Blogger bukan hanya menulis sahaja

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa entri sebelum ini fokus kepada tajuk buat duit dengan blog setelah semakin ramai Rakan Blogger berjaya menjana pendapatan daripada blog. Tujuan sebenar buat blog bukan hanya untuk buat duit. Kalau mengikut entri “sebab mereka berblogging” ada berpuluh mungkin beratus sebab buat blog. Tidak kisahlah apa tujuan kita buat blog samada untuk buat duit atau sebab-sebab yang lain komen daripada Ibunda Blogger  dalam entri “Google Webmaster penting untuk blog” ini mesti diambil perhatian.

Pemilik blog kena belajar cara membina blog secara teknikal dan non teknikal kena seimbang..tak boleh satu cara saja.

Rakan Blogger pernah ke baca biodata Ibunda Blogger yang memulakan kerjaya sebagai seorang Blogger pada tahun 20/9/2005. Kalau belum kenalah baca baru tahu betapa nasihat beliau patuh diikuti. Ini aku quote kan sebahagian biodata yang selalu menjadi alasan untuk kita tidak mahu memajukan diri menjadi seorang Blogger.

[box]
Saya beruntung kerana mempunyai kawan dilingkungan yang sangat rajin membantu. Sebagai seorang yang buta IT, saya perlu berada di kalangan ‘geek’ untuk mendapatkan ilmu.

Seperti kata perpatah, kalau ingin dapatkan madu, jadilah seperti lebah yang kemana-mana pergi mencari bunga.  Jangan menjadi seperti lalat,  kat mana² dia pergi, dia akan mencari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada.

Ramai rakan-rakan yang menyumbang idea, pertolongan atau kritikan untuk membangunkan blog ini.  Sumbangan mereka sangat dihargai.[/box]

Kita selalu menjadikan “Buta IT” sebagai alasan untuk tidak mahu memajukan diri menjadi Top Blogger atau Popular Blogger. Apabila kita nak buat blog kenalah buat dengan cara yang betul walaupun sekadar hobi. Ramai Blogger termasuk aku yang suatu masa dahulu tidak pernah tahu blog secara teknikal dan non teknikal tetapi mengambil masa berbulan-bulan untuk belajar dengan Pak Cik Google di samping mendapat tunjuk ajar daripada kawan-kawan.

Bagaimana blogger perlu mengambil berat pelbagai perkara dan bukan penulisan semata-mata
Pemikiran seorang blogger, gambar asal oleh : allinfographics.org

Menjadi seorang Blogger bukan sekadar menulis dan menulis dan menulis serta fikir SEO sahaja. Blogger juga mesti mengenal blog sendiri dari sudut teknikal melalui Google Webmaster, Google Analytics, SEO tools dan berbagai tool yang lain.  Melalui komen-komen daripada entri lepas masih ramai Blogger yang tidak tahu pun kegunaan Google Webmaster begitu juga kegunaan Google Analytics atau tools yang lain. Paling mengejutkan ada Blogger yang tak pernah tahu pun semua ini.

Blogger juga perlu tahu hal-hal teknikal yang lain seperti loading page, pagerank, alexa ranking, trafik blog, bounce rate dan banyak lagi yang boleh membantu blog kita menjadi hebat berbanding blog yang lain. Dengan kelebihan ilmu teknikal berblog tanpa kita sedari walaupun pada asalnya duit bukan matlamat tetapi perlahan-lahan duit akan mencari blog kita.

 

Gabungan pengetahuan bukan teknikal dan teknikal ini sebenarnya memberikan kita kelebihan untuk mengetahui di mana tahap blog kita berada dan bagaimana untuk kita menaikkan ke tahap yang lebih baik. Contohnya kita tahu bahawa loading page kita di tahap yang kurang memuaskan, walaupun mungkin kita mempunyai kekangan kemahiran atau ilmu untuk menambah baik, tetapi sekiranya kita dapat mengenalpasti bahawa bahagian tersebut mempunyai masalah, kita boleh meminta bantuan daripada mereka yang lebih arif dalam bidang tersebut untuk melakukan optimasi tersebut untuk kita.

Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya kita tidak cuba untuk belajar bagaimana untuk mengenalpasti perkara-perkara teknikal ini. Kita seringkali mengambil remeh perkara seperti ini dengan alasan ianya tidak penting atau kita hanya menulis untuk suka-suka dan pelbagai lagi. Namun sekiranya kita sedar bahawa setiap masa yang kita laburkan itu begitu tinggi nilainya, pasti kita tidak akan memberikan alasan-alasan sebegini.

Ini pesanan daripada Sifu Affiliate kepada Rakan Blogger yang memang nak buat duit dengan blog :

Bagi gua, nak buat duit dengan blog, SEO itu benda wajib dan kritikal. Nak tak nak, kena belajar.

Nak menjadi Blogger yang BERJAYA kata kunci yang penting adalah “BELAJAR“. Jadi sejauh mana anda telah meluangkan masa, tenaga mahupun wang ringgit untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang anda ceburi ini; penulisan blog.

Sekiranya anda mungkin tidak gemar untuk menelaah buku atau bahan-bahan rujukan yang lain, pihak Akademi Denaihati menyediakan kelas praktikal yang membolehkan anda menambah pengetahuan mengenai perkara-perkara teknikal dan bukan teknikal dalam menguruskan blog dan menjadikan blog anda lebih baik. Semoga usaha kita untuk menjadikan industri penulisan blog ini sebagai industri yang boleh dijadikan sebagai kerjaya profesional akan menjadi kenyataan dengan perkongsian ilmu dan pendapat dalam pelbagai sudut.


Spread the love

83 Comments

  1. setuju dengan apa yang disampaikan oleh denaihati..tak tahu kena belajar..tak ada alasan untuk tak tahu..mahu seribu cara, tak mahu seribu dalih.

  2. belajar amat penting.

    menyelongkar pun amat penting.

    bertanya kepada pro pun kiranya wajib.

    jangan sombong, jangan bongkak.

    insya-Allah saya hormat sesiapa saja.

  3. Blogger adalah penulis, guru, pelajar, usahawan, pendakwah, pelawak, wartawan, dan segala-galanya..

    Besarnya peranan dimainkan oleh blogger.. Dunia blogger tersangatlah luas..

  4. Agreed. Aku pun rase yang setiap blogger perlu dan kene ambik tahu pasal technical aspek bagi blog masing-masing, dan bukan just fizikal aspek semata mata.
    Sampai sekarang aku masih lagi belajar macam macam bende pasal blog, affiliate, seo. Lagi lagi sejak update algorithm baru, aku beli 3 ebook pasal seo,
    Kalau nak serius kene beli ebook untuk panduan. Memang tak rugi beli bende2 berilmu nie. Jarang yang akan tunjukkan teknik/kaedah/cara mereka buat duit bulat-bulat.
    Curahan rasa Joe @ ..Cara Buat Duit Online Dengan Hanya Duduk Diam Dan Goyang KakiMy Profile

  5. Salam DH,
    Blog saya mula mendapat peningkatan trafik yg banyak setelah berdaftar dgn Alexa dan Google/Bing Webmaster. Dari situlah entri blog mula di index dan mendapat tempat di enjin carian. Kini trafik dari enjin carian menguasai hampir 80% drp jumlah pengunjung. Saya xpernah pun membayangkan akan menerima beribu pv sehari…tapi kini, ianya bagaikan mimpi. Jumlah pengunjung terus meningkat dgn ketara sekali setiap bulan…Alhamdulillah

    Sesekali saya terbitkan juga entri berkaitan agar dpt membuka minda blogger lain untuk belajar meningkatkan ilmu teknikal didlm berblogging… Namun seringkali yg saya dapat jawapan; “Blog saya hanya memaparkan kisah peribadi dan kehidupan, xperlu nak belajar dan meninggikan trafik…lagipun blogging sekadar suka2. Susah nak belajar teknikal ni…apatah lagi dah berusia”.

    Jika dilihat blog2 mereka ini ada yg memaparkan kisah2, pengalaman, pengajaran dan panduan yg amat menarik, unik dan bermanfaat namun alangkah ruginya kerana ianya hanya dapat di kongsi/nikmati oleh segelintir sahaja.

    Mereka bagaikan bom jangka yg menanti masa untuk meletus namun sia-sia kerana tak jumpa suisnya… Jikalaulah mereka dapat melihat dari sudut pahala amal jariah yg berterusan, selagi blog mereka wujud dan kesan positif boleh di beri kpd mereka yg memerlukan… alangkah bagusnya!

    Benar…Blogging bukan sekadar buat duit, tapi berkongsi ilmu dan pengalaman itu lebih bernilai dan tidak dpt di jual beli…
    Curahan rasa Bin Muhammad @ ..Siapalah Aku…Tanpa Dirimu…My Profile

  6. semenjak menceburi dunia bloging, banyak mengubah pemikiran. tanpa sedar blog banyak melatih diri terutama dalam mencari maklumat dan gaya menulisan. daripada seorang yang hentam keromo sehingga menjadi seorang penulis minit mesyuarat yang cekap. semuanya latihan dari penulisan melalui blog. kalau tiada blog mungkin tiada tempat untuk berlatih menulis. selain itu, maklumat terkini setiasa dalam kepala hasil perkongsian rakan-rakan blogger lain. semuanya tanpa disedari.
    Curahan rasa saljuhumairah @ ..Pengalaman Service Produa Myvi di JertihMy Profile

  7. sebab tu saya suka berblog…ianya bukan hanya tempat untuk saya berceloteh…tapi secara tak langsung memaksa saya untuk belajar mengenai SEO, belajar mengenai menguruskan blog wordpress, mengajar saya cara edit theme, dan macam2 lagi..

    blogging bukan sekadar berceloteh tak tentu hala.. =)
    Curahan rasa Mama I.A @ ..Sakit Tangan Pulih Dengan AJHTMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!