Blog Terperangkap Dalam Dunia SEO

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sana sini Rakan Blogger bercerita tentang SEO sehingga banyak blog terperangkap dalam dunia SEO. Tujuan utama SEO untuk kebanyakan Rakan Blogger tidak ada yang lain selain mengejar trafik blog. Untuk itu Rakan Blogger akan sentiasa sensitif dengan kata kunci panas semasa yang boleh menjana trafik yang tinggi yang akhirnya boleh menjana pendapatan apabila dapat mengembirakan pengiklan.

Apabila kita bermain dengan kata kunci panas masalahnya trafik blog tidak menentu bila mengena tiba-tiba trafik naik mengunung tetapi turun kembali apabila kata kunci tersebut tidak lagi dicari oleh pembaca. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Melihat situasi dunia blogging yang kucar kacir makanya sebuah entri bertajuk “Penjana Trafik Berdasarkan Kata Kunci” telah ditulis oleh Blogger Eizil untuk menyedarkan Rakan Blogger bahawa jangan kita hanya bergantung kepada kata kunci panas jika ingin bertahan lama dalam dunia blogging.

Optimasi kata kunci demi enjin carian

Terbaca entri di sebuah Blog Antrabangsa katanya SEO bukan segala-galanya dalam sesebuah blog yang baik. Jangan terlalu risau dengan trafik blog dan pengiklan yang meletakan berbagai syarat. Yang perlu kita fikirkan adalah PEMBACA SETIA yang membaca blog kita. Apa guna kalau trafik tinggi melangit hanya kerana kita meletakkan satu kata kunci panas yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan niche blog. PEMBACA SETIA pasti akan datang tetapi tidak membaca entri tersebut dan akhirnya akan lari daripada blog kita apabila kesilapan yang sama berlaku berulang-ulang.

37-teknik-luar-biasa-masalah-kekeringan-idea

Mengikut kata Blogger Profesional tersebut apa yang perlu adalah entri yang berkualiti dengan SEO yang bernyawa dengan tajuk yang sesuai, gaya penulisan yang menarik tidak kaku dan ejaan yang betul seperti kehendak Google. Apabila kita mampu menulis dengan baik, mempunyai blog yang berkuasa dan mempunyai PEMBACA SETIA maka kita boleh menetapkan syarat kepada pengiklan bukan pengiklan yang menetapkan syarat untuk kita. Mungkin ini jugalah yang ingin disampaikan oleh Blogger Eizil dalam penulisannya.

Kajian kata kunci untuk enjin carian

Antara Blog yang boleh menjadi contoh dengan penulisan yang baik, berinformasi dan mempunyai SEO bernyawa adalah blog Mak Cik ini. Aku memang kagum dengan cara menulisan yang bersahaja tetapi penuh dengan jiwa, ilmu dan menggunakan SEO yang nampak tak nampak. Blogger ini selalu kata dia tak menulis kerana SEO tetapi bagi yang faham akan tahu bahawa beliau menulis mengikut atur cara SEO.

2013 kian hampir sudah tiba masa untuk blog Denaihati berubah ….


Spread the love

185 Comments

    1. Berdasar entri ini :
      1. Adakah tak puashati kalau kita dapat menulis mengikut kesukaan hati PEMBACA SETIA kita yg selalu mendapat maklumbalas yg baik.
      2. Adakah suka kita menulis entri-entri yg tidak kena mengena dgn minat kita tetapi pasti dapat trafik yg banyak.
      3. Kita boleh menulis apa yang kita suka dan membuatkan PEMBACA SETIA suka dengan penulisan kita.
      Curahan rasa denaihati @ ..Cara membina jenama blog terkenalMy Profile

      1. Emm sy suka menulis mengikut citarasa dan ideal yang pasti ada setiap hari..contoh kehidupan..byk skop yang boleh kita cerita berdasarkan kehidupan..dengan cara ni secara tak langsung akan menarik minat pembaca dan mungkin la pembaca tak mudah jemu utk singgah di blog kita..kadang2 ada masa sy perlu juga menulis bertentangan dengan minat..paling suka yang no 3 tu..hehe
        Curahan rasa Hafizul @ ..Indahnya Alam Maya Dan Media SosialMy Profile

  1. Hai bro DH,

    Selamat pagi, benar sekali, artikel yang hanya target trafik panas tidak akan bertahan lama dan akan kecewa bila trafik menurun kembali. Apa yang penting adalah penulisan yang kualiti dan SEO yang betul serta menjaga pembaca setia kita.

    Satu perkongsian yang berguna. terima kasih kerana berkongsi.
    Curahan rasa donnyien @ ..Let’s start givingMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!