Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sana sini Rakan Blogger bercerita tentang SEO sehingga banyak blog terperangkap dalam dunia SEO. Tujuan utama SEO untuk kebanyakan Rakan Blogger tidak ada yang lain selain mengejar trafik blog. Untuk itu Rakan Blogger akan sentiasa sensitif dengan kata kunci panas semasa yang boleh menjana trafik yang tinggi yang akhirnya boleh menjana pendapatan apabila dapat mengembirakan pengiklan.
Apabila kita bermain dengan kata kunci panas masalahnya trafik blog tidak menentu bila mengena tiba-tiba trafik naik mengunung tetapi turun kembali apabila kata kunci tersebut tidak lagi dicari oleh pembaca. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Melihat situasi dunia blogging yang kucar kacir makanya sebuah entri bertajuk “Penjana Trafik Berdasarkan Kata Kunci” telah ditulis oleh Blogger Eizil untuk menyedarkan Rakan Blogger bahawa jangan kita hanya bergantung kepada kata kunci panas jika ingin bertahan lama dalam dunia blogging.
Terbaca entri di sebuah Blog Antrabangsa katanya SEO bukan segala-galanya dalam sesebuah blog yang baik. Jangan terlalu risau dengan trafik blog dan pengiklan yang meletakan berbagai syarat. Yang perlu kita fikirkan adalah PEMBACA SETIA yang membaca blog kita. Apa guna kalau trafik tinggi melangit hanya kerana kita meletakkan satu kata kunci panas yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan niche blog. PEMBACA SETIA pasti akan datang tetapi tidak membaca entri tersebut dan akhirnya akan lari daripada blog kita apabila kesilapan yang sama berlaku berulang-ulang.
Mengikut kata Blogger Profesional tersebut apa yang perlu adalah entri yang berkualiti dengan SEO yang bernyawa dengan tajuk yang sesuai, gaya penulisan yang menarik tidak kaku dan ejaan yang betul seperti kehendak Google. Apabila kita mampu menulis dengan baik, mempunyai blog yang berkuasa dan mempunyai PEMBACA SETIA maka kita boleh menetapkan syarat kepada pengiklan bukan pengiklan yang menetapkan syarat untuk kita. Mungkin ini jugalah yang ingin disampaikan oleh Blogger Eizil dalam penulisannya.
Antara Blog yang boleh menjadi contoh dengan penulisan yang baik, berinformasi dan mempunyai SEO bernyawa adalah blog Mak Cik ini. Aku memang kagum dengan cara menulisan yang bersahaja tetapi penuh dengan jiwa, ilmu dan menggunakan SEO yang nampak tak nampak. Blogger ini selalu kata dia tak menulis kerana SEO tetapi bagi yang faham akan tahu bahawa beliau menulis mengikut atur cara SEO.
2013 kian hampir sudah tiba masa untuk blog Denaihati berubah ….
185 Comments
Traffik senang nak dapat, tapi nak dapat pembaca setia tue yg susah sebenarnya.
Curahan rasa Andre Joe @ ..Buat Duit Dengan Adsense
setuju dengan ayat SEO bukan segala-galanya bagi blog.
masih kurang dalam penggunaan dan maksud SEO, tapi dah boleh paham trafik tuh. 😀
Curahan rasa shasha yacob @ ..Give Away Dot My
masih keliru dengan SEO tapi , pasal trafik tuh dah boleh faham 😀
satu tips yang bagus.. SEO dengan blogger tidak dapat dipisahkan.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Promosi 1 bulan PERCUMA daftar UniFi dan Streamyx
emm betul dah tu kan..tak guna kejar kata kunci semata-mata sedangkan mood pembaca tidak dijaga..ehh ye ke blog kujie bermain SEO?memang cetek lagi ilmu sy bab SEO ni..langsung tak perasan dalam artikel kak jie tu kak jie menulis mengikut aturan SEO..hebat kak jie ekk..
Curahan rasa Hafizul @ ..Blog Popular Pemangkin Kejayaan Pondok Kecil
Tajuk dan gambar yg menarik tidak di nafikan merupakan tarikan utama pembaca…tetapi isi kandungan perlulah berkualiti agar pembaca puashati lalu menjadi seperti “pungguk yg rindukan bulan”
Curahan rasa Bin Muhammad @ ..Hati Tenang…Setenang Air di Kali…
Untuk dapatkan pembaca setia tu memang mengambil masa juga,tapi dengan perancangan yang teratur,sedikit demi sedikit ada juga pencapaian yang membanggakan sebab tanpa pembaca setia,mungkin blog kita sepi je
Curahan rasa wazy @ ..Tom Yam Kuah Merah
Terbaikkk… masih dalam proses pembelajaran lagi. Pembacaan sebegini sedikit sebanyak memberi input 🙂
Curahan rasa Kazen @ ..For Sale: Tag Heuer Grand Carrera Calibre 36
Alhamdudillah. terbukti juga apa yang terbenak di minda selama ini. Apa yang penting isi hati dan cetusan minda yang kita tulis. Syabas bro, satu idea yang perlu dihayati.
Curahan rasa ismailrich @ ..Sepetang Di Kolam Renang Bersama Pandelela Rinong.
Blog terbaik tidak bergantung pd google…sebaliknya google yg ingin popular melalui mereka
Curahan rasa lepakl.com @ ..OPSIsrael : Anonymous lancar Cyberwar menyerang Israel
terima kasih.
Terbuka minda
Pembaca setia tu yang susah nak dapat sebab penulisan JomStadi pun belum konsisten..huhu..
Curahan rasa JomStadi @ ..Kisah Profesor Ateis dan Pelajar Muslim – Siri 1
tak sabar nak tengok perubahan blog DH
Curahan rasa ariff @ ..Dapatlah Merasa Temubual Depan Kamera
Kira-kira apanya yang berubah ya?
Curahan rasa Dawaihati @ ..Myanmar vs Thailand Piala Suzuki AFF 2012
betul tu.. paling penting yang membuatkan sesebuah blog tu bernyawa adalah pembaca setia… itu yang paling penting.. dengan adanya pembaca setia, semangat kita akan terus berkobar2… 🙂
Curahan rasa boni kacak @ ..Hari Aids Sedunia 2012
Comments are closed.