Blog semakin dilupakan kerana berpindah ke Facebook dan Twitter

Spread the love

Salam 1Malaysia, aku mula kenal dengan dunia internet lebih dekat sekitar tahun 1996. Ketika itu majoriti masyarakat tak kenal pun dengan Email. Kalau dapat buka akaun email pun dah rasa bangga dan terasa lebih maju daripada yang lain. Masa tu pun bukan mudah nak dapat line internet  kalau nak laju pun kat office. Aku pernah juga guna akaun dailing Telekom Malaysia (ketika itu belum diswastakan) di rumah tapi punyalah slow macam nak mampus (maaf kasar sikit).

Selepas email kenal pulak Chatting dan YM sana sini orang berchatting dan berYM sehingga ada office yang block line. Ramai jugalah aku kenal awek online ketika itu ada yang cantik, kurus, super gemuk dan ada juga yang ajak kahwin (ha ha ha semua tinggal kenangan). Masa tu tak ada blog kalau nak buat website sendiri kena pandai HTML, aku ada website sendiri guna platform Geocities dan Tripod tapi dah lupa addressnya.

[ad#Mangga 300]

Pertengahan tahun 2000 dunia di kenalkan dengan Blog yang kemudian menjadi kegilaan dan tak kurang ramai yang jadi kaya raya dengan bisnis online. Blog digunakan untuk berbagai tujuan bagi mengantikan website terutama untuk bersosial. Kemudian dunia diperkenalkan dengan Social Networking seperti MySpace dan Friendster. Perlahan-lahan blog semakin ditinggalkan terutama bagi golongan yang menggunakan blog sebagai platform bersosial. Yang paling terkini menjadi kegilaan dunia adalah Facebook dan Twitter. Majoriti individu sehingga syarikat besar menggunakan Facebook dan Twitter. Aku pun ada juga, joom follow  http://twitter.com/denaihati dan http://facebook.com/denaihati.

Hari ini aku baca  Thestar satu kajian menunjukkan daripada 2500 yang di interview 65% telah beralih dari Blog ke Facebook dan Twitter untuk bersosial. Tidak mustahil suatu hari blog juga akan menjadi email, YM dan chatting yang semakin dilupakan.  Perubahan ini berlaku dengan pantas dengan ada produk mobile seperti iPhone, Blackberry dan HTC yang mempunyai fasiliti Facebook dan Twitter. Jika pada awal tahun 2000 manusia tidak pernah terfikir blog, facebook dan twitter. Dan suatu hari nanti Facebook dan Twitter juga akan mengalami nasib yang sama akan dilupakan kerana sudah ada yang baru. Ketika itu apa agaknya platform yang kita akan gunakan??

@Dapatkan terkini berita sukan, problogger, blog teman terpilih, politik dan hiburan di http://info.denaihati.com.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

654 Comments

  1. Walaupun Facebook dan twitter semakin top,saya tidak akan sesekali meninggalkan blog,rasa macam kurang sesuatu je kalau sehari tak bukak blog.

    1. @wazy, hhuhu betul 2 bro..dulu seblum ada blog..x kisah sgt..sekarang kalau x buka blog rasa resah satu badan.tp kalau x buka fb sehari ok jew..haha

          1. @Steward John, games kat FB…?? owh, alhamdulilah, saye tak pernah sekalipun mencoba. baik blogging. kalau tersangkut kat games, kita terasa dimonopoli.

            1. @Anazkia, Hahha.. betul sangat tu mbak. Saya mengaku pernah jadi addict dengan games di FB. Tapi itu sebelum berkecimpung secara serius dalam blogging yah.

    2. @wazy, Haha.. Kalau dulu FB tu memang keperluan, setiap hari tak lupa singgah, sekarang pula dah beralih pegi Blog. Tak sah kalau tak berblogwalking..

          1. @Bang Iwan, Itu sememangnya betul Bang Iwan, cumaan kena juga mantain traffic yang masuk dekat blog yah. Nanti Alexa ranking tu jatuh..

        1. @Anazkia, Kalau blog yang kurang berkualiti macam blog saya tu, terpaksa la berblogwalking untuk dapatkan traffic selain daripada menggunakan Twitter atau FB.

          1. @Steward John, tak nak ke posting gune bahasa melayu..?? atau bahasa jawa ke..??? wekekeke… *mengarutlah aku nie*

            1. @Anazkia, Hahha.. mbak, dulu tu blog saya postingan melayu, tapi kira mau menarik traffic dari luar negara dan ngak mau hanya tertumpu di dalam Negara saja.

            2. @Anazkia, Nah, saya tu bukan mau menunjuk2 mau tulis postingan Bahasa inggeris tapi rasanya boleh tolong improvekan penulisan dalam bahasa Inggeris. Rasanya itu yang kita maukan.

            3. @Anazkia, yups, tak mengape. Saye je kekadang malas. Kadang reti juga baca tulisan orang, tapi malas sangat nak bukak kamus. Kalau boleh bahasa Inggris, khan lagi bagus

            1. @Steward John, Sebenarnya pagi dah keluar macam ni, lepas tu tukar ke template asal, pastu tu baru tadi lagi bertukar template baru ni.. rasanya tadi sedang dalam proses update template.

            1. @Anazkia, Tak juga berat sangat tu.. Buka laju jer.. Kelajuan laoding untuk blog juga salah satu faktor pengunjung tengok. Kalau lambat loading blog kita tu, gerenti tak sampai blog tu loading, dah ditutup.

            1. @Anazkia, Ngak ada masalah.. Bagus juga yah kalau sekali sekala kita berbincang pasal benda macam ni.. kita bukan sangat tahu pasal hati pengunjung kita yah. Sekurang2nya boleh juga dapat feedback dari orang lain.

            1. @Anazkia, aih, nampak ke…??? huehehehe.. beberapa kawan kat Indonesia, panggil saye Kak Ros hehehehe… memandai je diaorang…

  2. teknologi pesat mengikut peredaran masa. apa pula yang akan gantikan twitter dan facebook. sama2 kita nantikan

    1. @zuriey, erm tertanya-tanya gak pas ni laman sosial apa plak akan menjadi kegilaan pengguna internet..huhu

        1. @Steward John, semoga kita mampu mengawal tekhnologi. Bukan tekhnologi, yang akan mengawal kita. insya Allah…

            1. @Bang Iwan, Mbak Anazkia dan Bang Iwan, memang tidak boleh disangkal yah kita ni senantiasa dipengaruhi dan kadang2 tenggelam dalam teknologi ni.

  3. Memang betul pasal peralihan tu. Ramai rakan2 aku yang dulu sama2 buat blog, kini tinggalkan blog bersawang dan lepak di FB.. Aku bukan tak suka FB atau twitter, tapi macam kurang sesuai, sbb aku ni mmg kurang bersosial :D..

    teringat pula blog aku dulu yang dibuat pada 2002 guna frontpage dan hosting geocities.. tapi sekarang ni dah berkubur..

    1. @kulanz, Masih ingat juga microsoft Frontpage.. Tu la pertama kali guna untuk buat laman web. Tapi dulu nak update, kena update secara manual. Tapi sekarang ni senang jer. Bernaseb baik zaman sekarang ni ek.

      1. @Steward John, update dulu2 mmg x tahan bro, upload fail satu-satu, silap masuk folder mmg tak sempurna blog kita.. sekarang ni semua dah senang.. senang buat blog dan senang juga tinggalkan..

    2. @kulanz, mieran mula2 kenal fb dulu berbanding blog..masa ada fb memang melayan sampai sampai pagi buta la..huhu

      1. @mieran, aku dulu pun suka lepak FB sebelum aktif berbelog.. tapi sekarang ni lepak sekadar perlu untuk baca2 mesej yg bertimbun setiap hari..

    3. @kulanz, Kalau cakap pasal FB… Sebelum serious dengan blogging ni, memang jadi hantu dengan game FB tu.. Rasa macam buang masa pulak jika difikirkan.

        1. @kulanz, Alamak… Serious ker sampai 1k? ni hebat dah ni.. haha. Sekarang ni pula tengah berusaha nak mengumpulkan follower twitter ni..

          1. @Anazkia, Haha.. itu la.. tapi penulisan tu perlu la cukup kreatif.. Kalau bahasa tu pun bahasa tunggang langgang macam mana? hehe

            1. @Steward John, Hahha.. tidak la.. Anazkia pandai berbahasa.. Saya ni belum tentu penggunaan struktur ayat tu betul dan teratur.. hehe

      1. @Anazkia, 2 la pasal..dalam blog, suka hati kita je nak tulis panjang mana sekali pun..xde orang marah pun..haha

        1. @mieran, tak juga. Meskipun tak de aturan baku dalam blog, tapi kita juga harus tahu, banyak mana kita nak tulis. jangan buat pembaca enggan pulak singgah balik kat blog kite, karena tulisan kita, panjang tapi tak de makna *betul tak?* huhuhu….

            1. @Anakzia, Saya juga pernah dengar benda ni dalam marketing “Content is the king”. Segala2nya bergantung kepada content kita tu.

          1. @Anazkia, Kalau saya menulis, ikut sedap hati jer. Tak pe la.. memang gaya penulisan kita mcam tu. Tapi kalau baca pula entry orang lain, seolah2 kita ni boleh terikut2 dengan gaya penulisan dorang. Benda ni secara tidak langsung juga mempengaruhi gaya penulisan kita yah.

            1. @Steward John, same la. Saye pun tulis kat blog main belasah je. Betul, karena lingkungan, membawa perubahan. Lingkungan membaca… Macam saya cakap hari2 bahasa melayu, kekadanang mase postingpun terbawa jugak bahasa melayu 🙂 kawan2 kat Indonesia komplain, karena mereka tak paham. nasib baik, hari2 jumpa kawan kat blog, jadi boleh sesuaikan antara bahasa Indonesia dengan bahasa melayu.

            2. @Steward John, Kalau begitu saya rasa blog ni tidak akan dapat diganti tetapi di”perkaya”kan lagi. Perkakasan untuk support blog ni pula jadi advance yah.

            1. @Steward John, itulah, dalam menulis, kita harus jujur. Karena, tak banyak yang baru kita temu dalam penggunaaan bahasa. maka tak hairan, ketika ada kata yang tak jauh beza 🙂 kalau tak hati2 menggunakannya, maka pupuslah menulis kita. Dikiranya meniru…

            2. @Anazkia, Sebenarnya saya ni pun bukannya pandai sangat menulis. Kalau penulisan dalam bidang akademik mungkin boleh lagi diterima, tapi kalau penulisan seolah2 kita memberi maklumat tu atau pasal penceritaan, memang agak payah sedikit. Saya tidak nafikan juga kalau Bahasa Melayu saya ni memang lemah sekali, tapi saya dapat rasa bahawa berblogging sedikit sebanyak dapat membantu saya.

            3. @Steward John, itulah kelebihan dan kekurangan kita. di situlah, peran para blogger menyumbangkan ilmunya. Steward, pandai dalam hal akademik, maka sampaikanlah. yang lain pula, pandai dalam merangkai kata untuk bercerita, maka buatlah. Selagi ada hikmah, selagi ada pelajaran moral. Semoga…

            4. @Anakzia, Setuju dengan cadangan mbak tu. Orang selalu kata “Sharing is caring” nampaknya sudah masa kita berkongsi2 informasi dengan orang luar yah.

    1. @mieran, hahaha x kisah la france 2..x sokong pun france..hahaha..eh dah 2-1 la skrg..france baru score..haha..gol pertama diorang kn dlm world cup kali ni

        1. @denaihati,

          sedih btol la ngan france ni.. knp la diorg x tuka si domenech tu ngn org lain.. T__T

            1. @Anazkia, Saya juga sudah lupa.. Rasanya dulu pernah buat benda ni dekat commenluv.. Tapi udah lupa la mbak. nanti kalau saya udah tahu caranya, saya roger2 dekat mbak ok.

    1. @mieran, erm memang dah sabar pun bro..haha..mak aku tahu aku join MLM..marah sakan dia.haha..terpaksa la dengar bebelan dia..salah aku gak kan

        1. @mieran, 2 la pasal bro..dah jatuh di timpa tangga..pas 2 terpijak tahi ayam plak..ahahha

  4. @qimie, aah aku pun perasan gak bro ada bisnes kt dlm fb..buat duit smbil berfb kn..erm tp kalau mcm MLM x minat la bro..aku ni x pndai nk ajak2 org..haha

    1. @mieran, aah sama la mcm aku bro.penah try dulu join MLM..tp duit burn mcm 2 je..rugi je..

      1. @qimie, la ko penah join MLM ke bro..huhuh..aku nasib la x penah join..ada gak kawan2 yg ajak dengar..aku dengar jelah..tp x join..selamat duit aku..haha

        1. @mieran, erm bagus la ko bro kalau x join..aku memang xnk join..tp diorg duk desak2, pas 2 terjerumus la aku masuk MLM sekali..dah terkena sekali, aku berhati-hati dah la

          1. @qimie, 2 la bro..bdak2 MLM ni diorang pandai berkata-kata taw..pas kta join bwh diorang, diorg wt senyap je.tinggal kta plak terkapai-kapai..kwn aku mcm 2 la jadinya

            1. @mieran, tahu xpe..yg aku ni susah nk termakan pujukan diorg tiba2 je join..bodoh btl..huhu..tp xpe 2 cte lama..lupakan jelah

    1. @mieran, 2 la pasal bro..erm qimie suka main fb sebab boleh berhubung cepat je dgn kawan2..huhu

        1. @mieran, erm biasa la 2 bro..dah namanya laman sosial sure la akan melalaikan..tp kalau kta gunakan ke jalan yg baik, xpe..

          1. @qimie, erm yup..skrg ni pun dah rmai org guna fb ni utk bt bisnes kn..tp kurang juag yg main fb sbb nak main game dlm 2 je..ahah

            1. @mieran, sekarang kn ada bisnes yg rm10 kt fcebook 2 kn..x ingat bisnes apa..tp mcm MLM gak kot..kena cri rmai downline

  5. waaah..bener banget tapi walau begitu..blogger jelas memberikan lebih dengan membuat kita semakin kreatif…bener gak??

  6. Tak sabar nak tunggu apa seterusnya selepas facebook dan twitter. Lebih teruja kalau yang platform yang bakal popular tu ciptaan anak malaysia

    1. @Norasikin, Kalau ada millatfacebook, tidak mustahil anak Malaysia akan buat satu laman sosial 1Malaysia kan.. Tunggu masa jak tu.

      1. @Steward John, Kalau web yg sejibik mcm facebook ngan millatfacebook dah byk sgt org buat. Skripnya diaorg sepah-sepah je. Ada gak yg jual RM40. Nak la satu idea baru yg segar berinovatif

        1. @Norasikin, Betul ker skripnya dijual RM40? WOW.. mitu berita bagus tu. Yela, kena cari sesuatu yang baru.. biar kita jadi pelopor benda tu.

          1. @Steward John, Betooooollll! Patpongget je. Saya try gak demo web ngan login name yg diberi. Frontpage je dah sejibik mcm facebook. emmm Ntah2 millatfb pun guna skrip yg sama sbb mmg sejibik

    1. @Bang Iwan, Haha.. dekat FB boleh tulis panjang juga.. dekat message tu.. Tapi kalau dekat “shoutbox” memang terhad sangat-sangat. Nama pun sudah lama bersosialkan.

    1. @Bang Iwan, kt fb dan twitter boleh tulis komen je..x boleh tulis entry panjang2 kn bang iwan..x best la..huhu

            1. @Anazkia, kejap2, nak tengok kat blog Anaz…

              Cinta yang Luka

              Aku kembali mengais-ngais huruf. Menyusunnya satu demi satu menjadi kalimat, untuk mengatakan bahwa aku cinta. Nyatanya, ia menjadi luka.

              Dunia dah maju, zaman pun dah berubah. Bahkan, sastra pun mengikuti perkembangannya :).

              tajuk Cinta yang Luka, Anaz buat mase baru belajar buat fiksi mini.

            2. @Anazkia, Macam karya Shakespear jer ni.. hehe.. Tidak la.. Saya pun tidak sangat tahu menahu pasal benda ni kerna bidang saya lain.. hehe. Tapi sekarang saya udah tahu kalau fiksi mini itu ujud.

          1. @Steward John, shakespare…??? huehehehe.. ada2 aja, yah enggaklah. kebetulan, saya memang suka sastra. Saya juga suka baca bukunya Samad Said, Arena Wati *yang rupanya kelahiran Makassar Indonesia*

            Saya juga ada kartu anggota perpustakaan negara *Jericho punya nggak?* hehehehe… Kalau ke sana, paling bacanya yah karya2 sastrawan negara Malaysia *maaf, Anaz nulis Indonesia aja yah? biar Jericho tambah pinter 🙂

            1. @Anazkia, Bisa aja. Tapi malangnya saya tu bukan di ibu kota Kuala Lumpur. Saya ni di Negeri Sabah, bisa saja ada kartu perpustakaan. Tapi biasanya baca buku pasal teknologis, hobby, macem2 lagi.. haha

          2. @Steward John, kat Sabah rupanye…??? haiyah.. baru tahu, Anaz. Ingatkan duk KL je…

            Ni orang IT lah ni…??

        1. @Anazkia, Nah, kalau boleh menulis lebih daripada 140 patah perkataan, rasanya ramai pengguna twitter tidak sanggup nak tweet dan membaca.

            1. @Anazkia, Kita buat kesimpulan bahawa Twitter ni jadikan alat sebagai kita menyebarkan postingan baru dekat blog A.K.A alat untuk mendapatkan traffic.

    1. @Bang Iwan, Ya Bang Iwan. Seperti kata bang Iwan diatas tu, Twitter dengan FB hanya bertindak sebagai alat untuk meningkatkan traffic dalam blog.

    2. @Bang Iwan, erm kalau promote blog guna fb trafik naik sikit je bang iwan..tp boleh la daripada xde langsung kan..hehe

    3. @Bang Iwan, Tapi laman web seperti FB juga boleh berfungsi sebagai “address book” kita kan Bang Iwan.. boleh simpan maklumat pasal kawan lama kita dekat sana.

    1. @nuances pen dofollow, Haha.. Setuju sangat. Boleh juga meluah2 apa2 dekat blog. Kalau FB dengan Twitter macam tiada nikmat pula nak guna benda tu. Sekadar berhubung dengan rakan yang telah lama terpisah boleh la.

    2. @nuances pen dofollow, yup setuju sangat,,dengan blog kita boleh berkarya dengan bebas..tp jangan terlampau bebas la..haha

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!