Blog menghina Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, menghina Islam ini sudah ada sejak Islam itu ada di atas muka bumi. Menghina Nabi Muhamad SAW sudah ada sejak Nabi diangkat sebagai Rasulullah. Blog menghina Islam adalah satu dari jutaan penghinaan yang berterusan yang akan berlaku sehingga hari kiamat. Lihat sahaja bagaimana Benjamin Stephen mengina Islam melalui ceramahnya.

Di bawah kubah hijau Masjid Nabawi inilah Nabi Muhamad SAW disemadikan

Banyak blog yang mengulas isu ini terus link kan ke blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang mencerca ALLAH SWT, menghina Nabi Muhamad SAW dan mempesenda Islam tetapi tidak untuk aku kerana ini sudah pasti memberi laluan trafik dan menambah popularkan dan menjadikan penulis lebih mengila. Penulis ini adalah antara manusia psiko yang cuba mencari publisiti murahan melalui aktiviti ekstrim yang tidak adalah dalam kamus mana-mana agama.

Menghina Islam terjadi apabila umat Islam lemah tidak mampu merapatkan shaf berganding bahu walaupun ada perbezaan pendapat. Kelemahan in menjadi senjata pihak yang ingin melihat Islam jadi semakin lemah dengan diadu domba sesama Islam.

Kita sedang menunggu IMAM MAHDI yang bila-bila masa sahaja akan muncul menyelamatkan umat Islam kerana pemimpin Islam yang ada kini sudah tidak mampu lagi.

Nota : Hukum Menghina Rasulullah SAW

[ad#eQurban300]


Spread the love

88 Comments

    1. setiap hari kena mohon dengan Allah semuga hati kita tak dipesongkan setelah mendapat hidayah dari Nya kerana berapa ramai yg lain dalam Islam tetapi memilih jalan lain.

  1. Macam-macam dugaan umat islam perlu harungi. Kenapa masih kurang penyebaran syiar islam mengunakan teknologi seperti blog berbandng hiburan mendapat tempat

    1. Tugas kita umat Islam menyebarkan ilmu Islam walaupun 1 ayat tetapi kita termasuk aku lah lebih suka sebarkan informasi lain terutama keywords yg mesra SEO dan boleh mengundang trafik yg tinggi.

  2. Andai sahaja ‘sipenghina’ itu sezaman dengan Hamzah b. Abdul Muttalid(Singa Allah) mungkin sahaja patah tengkuknya dikerjakan dan robek perutnya. Andai sahaja ‘sipenghina’ itu sezaman dengan Khalid Al-Walid(pedang Allah) mungkin sahaja, terburai perutnya dikerjakan. Kedua-dua itu pembela Rasul dan agama Islam. Andai sahaja sezaman dengan Sayyidina Umar pasti berfikir banyak kali sebewlum dia melafazkan penghinaan itu. Syaitan yang terserempak ‘beliau’ dijalanan boleh U-Turn pilih jalan lain untuk dilalui…

    Jika kita sekarang iman tak seberapa, menghina Islam itu saya lihat, adalah sehina-hina perbuatan. Mempertahankan Islam dengan kata-kata dan doa adalah selemah-lemah iman.

    1. ketika itu Islam kuat dan bersatu tapi kini Islam berpecah belah maka tiada watak itu yg akan berjuang sehebat itu. Kita menunggu imam Mahdi utk menyelamatkan Islam dan ini bermana sudah akhir zaman lah kita ni.

  3. Blogger yg mcmni hanya nakkan perhatian. tapi kes yg hina Islam ni mmg kronik. spatutnya lapor je kat admin Blogger, pastu abes citer. ada blogger lain yg ambil kesempatan untuk bermain SEO padahal diorang patut tahu menda ni hanya lebih memudaratkan lg kalau diorang sendiri pon share gambar yg menghina tu di blog diorang sendiri.

    Andai kata blog yg direport tu dah didelete pon, tak guna gak sbb gambar2 yg menghina tu terlepas ke blog2 lain yg sesetengahnya nk tunjuk ambil berat sangat pasal hal ni padahal nak bermain SEO dan trafik je.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Sesuatu Yang Paling Besar Di Dunia Akan Muncul Di Ekspresi Ruang!My Profile

    1. memang sepatutnya kita tak perlu nak promosi blog yang hina Islam ni. Tak salah nak ulas sebagai tanda protes tapi tak perlu tampal gambar yg sangat tak tamadun dan letak link blog tersebut.

    1. Lihat sahaja kejadian Sept 11 apabila Islam dituduh sebagai penganas lebih ramai manusia di dunia berminat ingin tahu tentang Islam dan terlalu ramai di antara mereka hijrah ke Islam

  4. sekarang ni penghinaan kepada islam makin menjadi-jadi..umat islam lemah kerana kita tidak bersatu..bergaduh sesama sendiri..kalau kita menghalusi perkara ini sebenarnya orang kafir yang melaga-lagakan kita..tapi sedarkah kita?

      1. semoga yang membuat situs-situs dan karikatur-karikatur itu mendapatkan hidayah Allah, bila tidak, kasihan kepada mereka. Sesungguhnya hatinya kering kerontang merana. Mereka hanya melampiaskan kekesalan terhadap keresahan di hatinya sendiri, karena tidak menemukan ketenangan dan kedamaian dengan memeluk salah satu agama itu.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Barcelona Vs Manchester United Final liga Champions 2011My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!