Blog Kenapa disable right-click

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Blogger Eizil selalu kongsikan Tips Blogging di Group FB Denaihati untuk perbincangan antara ahli group. Itulah istimewanya ikut serta Group FB Denaihati selain hadiah dapat juga ilmu yang dikongsikan oleh Rakan Blogger.

Berikut antara Tips Blogging yang dikongsikan untuk perbincangan.

Kenapa disable right-click sedang fungsi itu sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada kita selaku empunya laman web atau blog.”

disable right-click

Antara maklumbalas perbincangan yang diterima daripada Rakan Blogger yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada kita semua :

Denaihati Ilhamku Biasa juga jumpa blog yg buat macam tu sedang amalan tu tak di praktik kan majoriti blogger profesional dunia. Adakah kita lokek dengan ilmu yg sepatutnya kita kongsikan.

Hadihaizil Din Aku selaku pembaca, salah satu tabiat adalah highlight keyword dan guna fungsi right click boleh buat carian cepat ke google.

Hadihaizil Din satu lagi kebiasaan, ingin membuka link di new tab dengan right click, walaupun memang tahu boleh guna fungsi ctrl untuk buka di new tab, tapi ini melecehkan terutama apabila kita ingin browsing menggunakan tetikus sahaja.

Ejam Othman Btol tu eizil..mmg perlukan sgt right click tu utk open ke new tab dan peng-google-an pantas.

Denaihati Ilhamku Nak tahu juga apa tujuan sebenar off right click tu

Neo Corvin biasanya supaya pembaca tidak copy perkataan diterbitkan di blog. Juga untuk elak plagiat.

Anarm Khairul utk klik open new tab x jadi masalah pada aku sbb bleh tekan yg scroll kat mouse tu. jgn ingat dia utk scroll page je. dia bleh klik link jugak utk open new tab. yg jd masalah sikit bila nk highland dan buat carian pantas ke google.. memang x patut disable right klik.

Hafiz Rahim Selalu jumpa dalam blog blogspot..biasanya blog tu penuh dengan widget2 yang “syok sendiri”.

Hadihaizil Din kalau tujuan untuk tidak copy perkataan atau nak elakkan plagiat, rasanya disable right click bukanlah jalan penyelesaian, sebab yang ingin menyalin tetap akan menyalin.

Anarm Khairul diorang takleh nk halang org copy paste. walaupun kat blog dah disable right klik kononnya org takleh nk select, tapi kalau bukak feed blog tu tetap bleh copy paste jugak

Hadihaizil Din disebabkan kita nak halang satu dua yang suka copy paste ni, kita kehilangan pembaca yang lebih ramai.

Ku Jie yang buat disable right click tu tak tahu kot, boleh copy walau dia buat mcm tu..atau dia ikut² orang, tak baca sampai khatam bab tu..

Hafiz Rahim Memang diorang tak tau tu kak jie..setakat ikut orang..kalau oranf nak copy, bukan setakat bleh copy melalui feed..inspect element pun dah boleh.

Mohamad Izwan senang nak bukak new tab.

Muhamad Azman Ishak kebaikan dia….selalu saya nak buat backlink, saya akan taip nama domain blogger tersebut. daripada mainpage blog dia, saya akan rightclick pada tajuk entri terbaru untuk copy permalink. jika dia disable right click.. ini sedikit sebanyak melengahkan masa saya untuk meneruskan menyiapkan entri. silap haribulan.. tak jadi nak buat PINGBACK… perkara ini juga membuatkan saya terpaksa klik url entri tersebut sebelum memperolehi PERMALINK. kejadian ini sedikit sebanyak membantutkan proses backlink tadi. dan dalam masa yang sama.. impressi saya terhadap blog tersebut sedikit condong. jika dia tak disable right click, maka dengan itu, dia telahpon mempercepatkan saya untuk memperolehi PERMALINK entri dia… dan memudahkan tugas saya untuk terus menulis di blog. dan perkara disable right click sepatutnya tak berlaku.. kerana, kalau seseorang individu tu memang kaki-copy-n-paste… dia tetap akan copy. percaya lah.

Kepada Blogger yg disable right-click kongsikan kenapa anda buat begitu dan kepada Blogger lain apa yang biasa anda buat jika tersinggah blog yang disable right-click.


Spread the love

128 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!