Blog Travel Denai.my idea dari MITBCA

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dapat hadir ke majlis Malaysia International Tourism Bloggers Conference and Awards 2013. Ada banyak sebab kenapa aku sebagai penulis blog sepenuh masa perlu hadir #MITBCA2013 selain bersosial dan menceduk ilmu daripada ahli panel daripada berbagai negara iaitu rasa tanggungjawab sebagai seorang Blogger hadir ke majlis yang dianjurkan untuk Blogger. Denaihati Network telah diberi peruntukan 10 tempat oleh penganjur yang nilainya RM600 untuk setiap tempat dan alhamdulillah beberapa Rakan Blogger sudi bersama.

MITBCA2013

MITBCA2012 telah memberi ilham kepada aku untuk memulakan blog Travel kerana ketika itu seperti tiada katogeri yang sesuai untuk mencalonkan blog Denaihati untuk anugerah MITBCA2012. Lama juga memikirkan nama domain yang sesuai untuk blog Travel. Pada mulanya blog Travel ini menggunakan domain gengkembara.com tetapi setelah beberapa bulan digunakan terasa macam tak berapa menarik. Setelah berfikir dan menerima cadangan daripada rakan-rakan kembara akhirnya nama DENAI sempena DENAIHATI digunakan untuk domain baru. DENAI yang bermaksud jalan kecil di dalam hutan sudah cukup sesuai mengambarkan kisah pengembaraan.

Denai.my

Denai.my bermula dengan kumpulan entri kembara dari blog Denaihati.com. Blog Kembara Denai.my sudah lama berada di alam siber cuma tidak dimaklumkan kepada Rakan Denaihati kerana sedang menguji SEO. Alhamdulillah belum mencapai tahap maksima tetapi trafik organik semakin banyak masuk ke blog Denai.my. Lebih banyak entri travelog yang lepas dan akan datang akan dikongsikan di blog ini. Blog Denai.my juga terbuka kepada Rakan Denaihati yang ingin berkongsi kisah sebenar kembara anda samada di dalam atau di luar negara.

Kenapa blog Travel? Kerana potensi blog Travel sangat besar kepada Rakan Blogger yang ingin mencari pendapatan sampingan. Semangat untuk menulis pengalaman mengembara semakin membara apabila mendengar pembentangan panel Travel Blogger di MSMW2013 dan MITBCA2013 yang mendapat berbagai peluang daripada blog Travel mereka.

MITBCA2013

Untuk memulakan blog Travel bukan semestinya Blogger perlu melancung keluar negara tetapi boleh dimulakan daripada kawasan setempat mungkin kampung halaman. Seorang Blogger dari Filipina dijemput menjadi panel di berbagai seminar di seluruh dunia hanya kerana beliau menulis blog kisah kampung halamannya, Mindano. Kemana kita pergi tidak penting kerana kita bukan orang pertama yang sampai di sesuatu tempat tetapi kisah pengalaman kita itu yang membezakan kita daripada pengembara yang lain.

Jadikan kita seorang Blogger yang melihat peluang sebelum orang lain. Lagi pun ramai Blogger yang berjaya ada lebih daripada satu blog seperti En Titan (tunggu blog Kembara Cendol) dan Beautifulnara.

90 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!