Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Blogger Eizil selalu kongsikan Tips Blogging di Group FB Denaihati untuk perbincangan antara ahli group. Itulah istimewanya ikut serta Group FB Denaihati selain hadiah dapat juga ilmu yang dikongsikan oleh Rakan Blogger.
Berikut antara Tips Blogging yang dikongsikan untuk perbincangan.
“Kenapa disable right-click sedang fungsi itu sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada kita selaku empunya laman web atau blog.”
Antara maklumbalas perbincangan yang diterima daripada Rakan Blogger yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada kita semua :
Denaihati Ilhamku Biasa juga jumpa blog yg buat macam tu sedang amalan tu tak di praktik kan majoriti blogger profesional dunia. Adakah kita lokek dengan ilmu yg sepatutnya kita kongsikan.
Hadihaizil Din Aku selaku pembaca, salah satu tabiat adalah highlight keyword dan guna fungsi right click boleh buat carian cepat ke google.
Hadihaizil Din satu lagi kebiasaan, ingin membuka link di new tab dengan right click, walaupun memang tahu boleh guna fungsi ctrl untuk buka di new tab, tapi ini melecehkan terutama apabila kita ingin browsing menggunakan tetikus sahaja.
Ejam Othman Btol tu eizil..mmg perlukan sgt right click tu utk open ke new tab dan peng-google-an pantas.
Denaihati Ilhamku Nak tahu juga apa tujuan sebenar off right click tu
Neo Corvin biasanya supaya pembaca tidak copy perkataan diterbitkan di blog. Juga untuk elak plagiat.
Anarm Khairul utk klik open new tab x jadi masalah pada aku sbb bleh tekan yg scroll kat mouse tu. jgn ingat dia utk scroll page je. dia bleh klik link jugak utk open new tab. yg jd masalah sikit bila nk highland dan buat carian pantas ke google.. memang x patut disable right klik.
Hafiz Rahim Selalu jumpa dalam blog blogspot..biasanya blog tu penuh dengan widget2 yang “syok sendiri”.
Hadihaizil Din kalau tujuan untuk tidak copy perkataan atau nak elakkan plagiat, rasanya disable right click bukanlah jalan penyelesaian, sebab yang ingin menyalin tetap akan menyalin.
Anarm Khairul diorang takleh nk halang org copy paste. walaupun kat blog dah disable right klik kononnya org takleh nk select, tapi kalau bukak feed blog tu tetap bleh copy paste jugak
Hadihaizil Din disebabkan kita nak halang satu dua yang suka copy paste ni, kita kehilangan pembaca yang lebih ramai.
Ku Jie yang buat disable right click tu tak tahu kot, boleh copy walau dia buat mcm tu..atau dia ikut² orang, tak baca sampai khatam bab tu..
Hafiz Rahim Memang diorang tak tau tu kak jie..setakat ikut orang..kalau oranf nak copy, bukan setakat bleh copy melalui feed..inspect element pun dah boleh.
Mohamad Izwan senang nak bukak new tab.
Muhamad Azman Ishak kebaikan dia….selalu saya nak buat backlink, saya akan taip nama domain blogger tersebut. daripada mainpage blog dia, saya akan rightclick pada tajuk entri terbaru untuk copy permalink. jika dia disable right click.. ini sedikit sebanyak melengahkan masa saya untuk meneruskan menyiapkan entri. silap haribulan.. tak jadi nak buat PINGBACK… perkara ini juga membuatkan saya terpaksa klik url entri tersebut sebelum memperolehi PERMALINK. kejadian ini sedikit sebanyak membantutkan proses backlink tadi. dan dalam masa yang sama.. impressi saya terhadap blog tersebut sedikit condong. jika dia tak disable right click, maka dengan itu, dia telahpon mempercepatkan saya untuk memperolehi PERMALINK entri dia… dan memudahkan tugas saya untuk terus menulis di blog. dan perkara disable right click sepatutnya tak berlaku.. kerana, kalau seseorang individu tu memang kaki-copy-n-paste… dia tetap akan copy. percaya lah.
Kepada Blogger yg disable right-click kongsikan kenapa anda buat begitu dan kepada Blogger lain apa yang biasa anda buat jika tersinggah blog yang disable right-click.
128 Comments
takank kena copy paste jela tu sebab ramai yang plagiat je sekarang.
Curahan rasa khairul asrol @ ..Lagi-lagi Invitation Dari Nuffnang. Tiket Wayang Percuma!
aku tak kisah sangat pasal right click ke tapi aku tak suka kalau disable highlight
Curahan rasa topo @ ..Titanic 2: Kapal Mirip Titanic yang Akan Mula Beroperasi 2016
setuju part nak google dgn pantas tu, kawan ok je kalau ade yg disable right click, yg tak boleh terima siap keluar alert massage, haha. macam2 massage depa tulis.
pernah disable rightclick, tapi tak lama, sbb kawan sendiri pon rasa bosan sbb nak buat interlink leceh.. hehe
Curahan rasa fariq @ ..Katil Antik Berusia 400 tahun
eh massage pulak dah.. 😛
Curahan rasa fariq @ ..Katil Antik Berusia 400 tahun
Fungsi right click memang perlu. Sebab kadang-kadang tak tahu mengenai sesuatu, boleh highlight dan terus search.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Kenapa Pilih Untuk Marah Sedangkan Masih Ada Ruang Untuk Bersabar?
Kalau Meneurut Kita didalam website online tidak membuat nyaman bagi si pengunjung untuk melihat produk2 kita dengan membuka berbahai macam tab
Dulu masa mula-mula berblog dengan wordpress self hosting,ada juga cuba disable right click,kadang-kadang kita sebagai owner rasa kekok pun ada,tapi ikut pendapat masing-masing juga la kan.Ada sesetengah blog memang sesuai untuk disable right clik ni.
Curahan rasa wazy @ ..Naikkan Like Fan Pages Anda Dengan GilaPing.Com
Saya salah seorang yang disable right click di blog milik saya. Pada mulanya saya enable kan right click dan memantau menggunakan tynt.com. Saya rasa cara itu cukup baik kerana setiap yang di salin akan disertakkan backlink ke blog saya. Setiap hari saya perhatikan begitu banyak kali berlaku copy paste yang dilaporkan oleh tynt.com sehingga saya terjumpa 100% artikel saya telah disalin dan di letakkan di blog dan facebook milik seseorang tanpa apa-apa backlink. Saya rasa itu tidak adillah kerana jika sesiapa pun copy and paste sebahagian boleh di terima lagi. Blogger international dan professional tak disable right click sebab mereka mempunyai tracking software yang boleh membaca cookie tapi kita mana ada semua itu. Pada pendapat saya biarlah sesiapa rasa susah sikit nak dapatkan apa yang ada diblog sehingga kan mereka terpaksa melakukan print screen. Wallahualam…sekadar pendapat peribadi.
Curahan rasa syarih @ ..Asal Usul Cendol.
guna tynt ni susah juga sebab ramai orang tidak akan copy direct…
Curahan rasa beckhrooy @ ..Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2013
selalu saya jumpa blog fotografi. ini untuk mengelakkan gambar yang mereka hasilkan tidak dapat dicuri (begitulah yang saya tahu).
Curahan rasa staibaqhang @ ..Servis webhosting terbaik dari Server Freek
aku setuju… komen azman ishak cukup bernas juga… =)
Curahan rasa KiD @ ..Shakiddo Bakal Jadi Penggusti?
Maaf nih Tuan Denaihati, belakangan ini setiap saya komen disini, commentluv tak pernah keluar (selalu error). kenapa ya?
Tentu blogger yang melakukan disable right click punya alasannya tersendiri
Tak pernah buat perkara seperti tersebut di blog
dan saya salah satu dari orang yang tak suka enable right click di blog
Maaf maksud saya suka enable right click 🙂 (salah ketik tuh)
“Hidupkan Untuk Memberi”, pasti disable right click tidak akan berlaku di situ.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
Biasanya pelajar dia tidak berapa mahir nak lekatkan nama di foto yg mereka publish di entri mereka, sbb tu mereka menggunakan disable right click. Mungkin ini adalah ciri2 yg selamat bagi mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
Saya sendiri pernah buat entri mengenai tajuk ini. Ada blogger yang kata, mereka gunakan fungsi ini supaya gambar tidak boleh dicopy …. namun ramai yang usul pendapat bahawa fungsi ini memang menyakitkan hati.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..10 Panduan Bila Nak Blogwalking
Saya tak takut dgn gambar, sbb setiap gambarkan kita dah edit dgn meletakkan nama kita di situ.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
Comments are closed.