Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Blogger Eizil selalu kongsikan Tips Blogging di Group FB Denaihati untuk perbincangan antara ahli group. Itulah istimewanya ikut serta Group FB Denaihati selain hadiah dapat juga ilmu yang dikongsikan oleh Rakan Blogger.
Berikut antara Tips Blogging yang dikongsikan untuk perbincangan.
“Kenapa disable right-click sedang fungsi itu sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada kita selaku empunya laman web atau blog.”
Antara maklumbalas perbincangan yang diterima daripada Rakan Blogger yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada kita semua :
Denaihati Ilhamku Biasa juga jumpa blog yg buat macam tu sedang amalan tu tak di praktik kan majoriti blogger profesional dunia. Adakah kita lokek dengan ilmu yg sepatutnya kita kongsikan.
Hadihaizil Din Aku selaku pembaca, salah satu tabiat adalah highlight keyword dan guna fungsi right click boleh buat carian cepat ke google.
Hadihaizil Din satu lagi kebiasaan, ingin membuka link di new tab dengan right click, walaupun memang tahu boleh guna fungsi ctrl untuk buka di new tab, tapi ini melecehkan terutama apabila kita ingin browsing menggunakan tetikus sahaja.
Ejam Othman Btol tu eizil..mmg perlukan sgt right click tu utk open ke new tab dan peng-google-an pantas.
Denaihati Ilhamku Nak tahu juga apa tujuan sebenar off right click tu
Neo Corvin biasanya supaya pembaca tidak copy perkataan diterbitkan di blog. Juga untuk elak plagiat.
Anarm Khairul utk klik open new tab x jadi masalah pada aku sbb bleh tekan yg scroll kat mouse tu. jgn ingat dia utk scroll page je. dia bleh klik link jugak utk open new tab. yg jd masalah sikit bila nk highland dan buat carian pantas ke google.. memang x patut disable right klik.
Hafiz Rahim Selalu jumpa dalam blog blogspot..biasanya blog tu penuh dengan widget2 yang “syok sendiri”.
Hadihaizil Din kalau tujuan untuk tidak copy perkataan atau nak elakkan plagiat, rasanya disable right click bukanlah jalan penyelesaian, sebab yang ingin menyalin tetap akan menyalin.
Anarm Khairul diorang takleh nk halang org copy paste. walaupun kat blog dah disable right klik kononnya org takleh nk select, tapi kalau bukak feed blog tu tetap bleh copy paste jugak
Hadihaizil Din disebabkan kita nak halang satu dua yang suka copy paste ni, kita kehilangan pembaca yang lebih ramai.
Ku Jie yang buat disable right click tu tak tahu kot, boleh copy walau dia buat mcm tu..atau dia ikut² orang, tak baca sampai khatam bab tu..
Hafiz Rahim Memang diorang tak tau tu kak jie..setakat ikut orang..kalau oranf nak copy, bukan setakat bleh copy melalui feed..inspect element pun dah boleh.
Mohamad Izwan senang nak bukak new tab.
Muhamad Azman Ishak kebaikan dia….selalu saya nak buat backlink, saya akan taip nama domain blogger tersebut. daripada mainpage blog dia, saya akan rightclick pada tajuk entri terbaru untuk copy permalink. jika dia disable right click.. ini sedikit sebanyak melengahkan masa saya untuk meneruskan menyiapkan entri. silap haribulan.. tak jadi nak buat PINGBACK… perkara ini juga membuatkan saya terpaksa klik url entri tersebut sebelum memperolehi PERMALINK. kejadian ini sedikit sebanyak membantutkan proses backlink tadi. dan dalam masa yang sama.. impressi saya terhadap blog tersebut sedikit condong. jika dia tak disable right click, maka dengan itu, dia telahpon mempercepatkan saya untuk memperolehi PERMALINK entri dia… dan memudahkan tugas saya untuk terus menulis di blog. dan perkara disable right click sepatutnya tak berlaku.. kerana, kalau seseorang individu tu memang kaki-copy-n-paste… dia tetap akan copy. percaya lah.
Kepada Blogger yg disable right-click kongsikan kenapa anda buat begitu dan kepada Blogger lain apa yang biasa anda buat jika tersinggah blog yang disable right-click.
128 Comments
Dan lagi, saya tidak kisah blog kena copy-paste sebab memang sudah terbiasa sebelum ini membenarkan sesiapa sahaja untuk ambil artikel. Penggunaan Tynt Publisher dalam blog sekurang-kurangnya memperingatkan mereka yang salin untuk beri backlinks yang sepatutnya.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Penjenamaan Blog Menerusi Baju
saya juga gunakan tynt 🙂
Curahan rasa ciklaili.com @ ..Wordless Wednesday : Audience Demographics
Ada juga yang kita syok duk tulis komen panjang2, lepas tu nak copy komen kita, takut tersalah ke apa atau terdelete. Bila nak copy ni tak dpt susah jugak kalau disable right click tak dpt digunakan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
Setuju dengan pendapat rakan blogger sensasi2020.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Penjenamaan Blog Menerusi Baju
Seringkali menemukan blog yang menggunakan disable right kanan ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Formasi Untuk CPNS 2013
Dan blog saya juga tidak menggunakan cara ini walaupun banyak juga artikel yang dicopy paste 100 %
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Formasi Untuk CPNS 2013
Entri Ferrykan soal kesihatan, dah pasti copy and paste pasti berlaku, kerana banyak info2 yang bernilai di situ untuk mereka gunakan di entri mereka. Lebih2 lagi tip2 menjaga kesihatan supaya sihat sejahtera selalu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
As-Salam. Kebanyakkan yang buat disable right click ini adalah blogger blogspot sepertimana K. Kujie cakap. Mereka tak khatam baca, dan sebenarnya kurang arif mengenai fungsinya, tanpa belek kebaikan dan keburukan.
Tapi sekarang, dah ramai yang sedar.
Bagi saya, disable right click banyak menyusahkan pengunjung. Setuju dengan kebanyakkan pendapat yang dikongsikan di entri ini.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Tak Perlu Jadi Blogger Tamak Haloba
Sangat bersetuju, lebih2 lagi budak2 pelajar yg mereka fikir nak copy dan paste gambar mereka yang cun-cun dan cute-cute.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
Hidupkan untuk sentiasa memberi,
Memberi sebagai berkongsi ilmu,
Ilmu terhadap proses ingin mengetahui,
Mengetahui apa saja yang mahu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
Tiada rahsia buat saya, nak copy dan paste, pasti ada sesuatu yang istimewa yang ada di patah ayat itu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
Tiada masalah bagi saya, kalau ada yang nak copy dan paste, mungkin dia orang backlink untuk diolah di blog mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
selalu jumpa blog mcm ni bila kita perlu bukan tab lain
seolah-olah perkongsian dia tak sempurna sebab rujukan tak boleh dicapai
Curahan rasa Kujie @ ..Masalah Anak Remaja
Kenapa ehh tak ada disbale left click? Hmm …
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Penjenamaan Blog Menerusi Baju
Tak ada right click, mungkin juga dia fikir kita guna tangan kidal kot.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
salah satu blog yg saya sakit hati ada blog yang disable right click. Saya suka guna right click dan bukannya nak copy entry pon, sekali pon x pernah nak buat mcm tu, tujuan right click utk select certain keyword dan juga buka tab supaya muda, x ker susah nak masuk satu entry tu pastu kena back semula semata mata nak pi homepage balik, senang citer blog yg mcm tu saya ban jer
Curahan rasa Juan @ ..The Following TV Series – The Best Thriller Drama
rasanya blogger ni fikir orang akan copy entri dia kot,, ..
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..10 Gambar Aleesya, anak dara Erra Fazira : Comel!
Orang tak fikir panjang + tak selidik betul2
apa kebaikan disable right klik.. yang diorang tau
ikut blogger2 yang beri tips. sedangkan banyak
faedah juga jika kita berkongsi..
kalau terjumpa blog mcm ni saya baca juga
pastu tak datang dah..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Rahsia sihat cantik berseri dengan Aura White
geram je tengok blog yang disable tu. kekadang bukan nk copy, cuma nak buka tab… mungkin mereka ada sebab tersendiri. cuma tidak tahu kenapa.. mari kita tengok kenape mereka disable. tunggu saje komen mereka
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Jangan Kau Berlagak
secara peribadi sy xberapa suka dgn applikasi disable right klik.
setuju dgn pndpt diatas, dimana aplikasi itu sukarkn utk searh keyword.
nak kene buka tab baru n taip satu2..uihh lecehh…^_^
Curahan rasa akhil @ .. Highlights Kelantan vs Maziya FC 6 Mac 2013
oh baru fikir pasal benda ni, lebih mesra tanpa disable right click rasanya
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..EPL Football Malaysia Cup 2013
tak rugi pun kalau kita berkongsi 🙂
* pernah juga entri percutian di blog ciklaili.com yang diplagiat oleh blogger lain..
Curahan rasa ciklaili.com @ ..Wordless Wednesday : Audience Demographics
Berkongsi dalam “Hidupkan Untuk Memberi” yg selalu di dilihat di blog Denaihati. Gunalah prinsip ini pasti anda disukai ramai. Tak percaya tanya lah Tuan empunya Denaihati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
Comments are closed.