Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa kata Blackberry telah terkubur dengan kehadirana berbagai jenama baru telefon pintar di pasaran dunia. Ramai yang menyangka Blackberry Z30 adalah gajet mereka yang terakhir. Blackberry tetap ada peminat yang setia dengan jenama yang sudah lama menakluki dunia. Terima kasih kepada Blackberry Malaysia kerana sudi menjemput blog Denaihati walaupun bukan blog gajet seperti Amanz.my, Vernonchan.com dan Soyacincu.com di pelancaran gajet baru Blackberry Z3.
Pada 24/6/2014 BlackBerry Malaysia secara rasmi telah melancarkan gajet terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu BlackBerry Z3. BlackBerry Z3 lebih fokus kepada negara-negara membangun terutama Indonesia, dimana ia hadir dengan sokongan skrin sentuh sepenuhnya. Blackberry Z3 seperti beberapa model sebelum ini menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 yang datang dengan beberapa fungsi khusus seperti BlackBerry Hub, BBM dan lain-lain.
Gajet ini hadir dengan skrin LCD bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm dwi-teras 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.1-megapixel, dan bateri berkapasiti 2500mAh. BlackBerry Z3 merupakan telefon pintar pertama daripada usahasama Blackberry dengan Foxconn. Di Malaysia, BlackBerry Z3 akan dijual pada harga RM699 bermula daripada 7 Julai 2014 ini. Selain ditawarkan secara berasingan, pihak BlackBerry turut dijangka akan menawarkan Blackberry Z3 bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi tempatan.
Dengan harga hanya RM699 sudah pasti Blackberry Z3 boleh bersaing dalam pasaran dengan bersandarkan jenama yang sangat berpengaruh berbanding dengan jenama lain walaupun offer harga yang sama. Kepada pembaca yang nak tahu spesifikasi lebih jelas sila ke blog gajet yang tersenarai di atas.
314 Comments
Tak pernah lagi guna apapun model blackberry ni. Yang pastinya semua brand sedang berlumba lumba mencipta smartphone touch screen dengan teknologi yang canggih. Tak lupa juga skrin mesti besar. 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Full Template Blog Aria Lee
Azhafizah, screen besar lah yang membuatkan blackberry z3 ni menarik kan? kalau kecil je mungkin ramai tak perasan kewujudan blackberry ni annti..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Bila Update Blog, Baru Pageview Naik
Aku bukan peminat blacberry tapi harga yang ditawarkan dgn spesifasi yg tidak mengecewakan. Aku rasa ia sangat berbaloi untuk di miliki oleh peminat blacberry.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
Wira merah, Harga memang murah.. ye betul.. harga dia mampu dimilik.. cuma teman tak pernah guna brand ini lagi, so.. kena tunggu review dari pengguna2 lain..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Blackberry Z3 jarang yang pakai, lebih banyak pakai android ya, tapi kalau kualitas qwertynya BB tetap unggul
Curahan rasa yandi @ ..Makanan Yang Membuat Maag Kambuh
ha2.. betul tu yandi.. ada sahabat teman yang sukakan blackberry kerana keypad qwerty BB yang mudah dan senang kata mereka.. yeaa.. tapi masa tu sahabat teman guna yang screen kecil tu..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Bila Update Blog, Baru Pageview Naik
tak ramai jumpa pengguna Z3 ni lagi..
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Dah mcm android smart phone yg lain… masih ada bbm dan bis sendiri ker nie?
Curahan rasa din @ ..Halo 4 War Games, Simple Tips for Improving in Multiplayer (Part 2)
tenatang BBM tu yang teman ank tahu sangat.. masih ada lagi algi ke fungsi BBm tu yea?
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
never been a fan of Blackberry. tapi model ni nampak cantik.
bak kata skandal den, once dah pakai bb, akan suka bb. no komen sbb den pengguna android..
tapi once dah pindah ke android, bb dilupai begitu aje hehe
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
yeke ni? kalau dah pakai BB or apa2 fon sekalipun, terpaksalah suka.. sebab dah beli kan.. hehehe.. redha ajelah setiap kekurangan yang ada kan.. takkan tak suka, pastu nak beli yang lain pula? banyak pulak duit nak keluar.. heee
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Bila Update Blog, Baru Pageview Naik
Sejujurnya saya tak pernah menggunakan Blackberry. Masih setia dengan Samsung Android. Apple product pun tak guna lagi..hehe
Curahan rasa amirnawawi @ ..Harga Promosi Ephyra sempena Ramadhan.
sama la bro. skarang pegguna android. ingat nak tunggu iphone 6 kluar, klu menarik dan berbaloi, den mungkin beralih ke ios. klu kurang menarik, nak ke nexus line
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
orang kate kalau dah start guna ios, dah taknak tukar lain dah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cabaran Review Entri Denaihati
pernah guna sbb ofis bagi je..then yg personal, lagi suka android & setia bersama samsung hehe
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Telefon pintar mampu milik ini sudah pasti akan menarik ramai muda-mudi di luar kerana selain harganya yang lebih murah, bahkan dengan beberapa ciri-ciri penambahbaikan yang mengagumkan. Tahniah kepada Blackberry!
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
telefon sekarang dah jadi keperluan dah bro. Dulu kehendak jer. Sesuai dengan peredaran zaman..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Surabaya, Kota Kedua Terbesar Di Indonesia Menarik untuk Dilawati
hp dah selalu dituar tukar macam tukar baju je..huhu
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
betul tu AmirNawi.. henfon pintar bukan lagi kehendak.. tetapi keperluan dimana2 sahaja.. pengguna yang berniaga, pelajar dan orang kebiasaan akan menggunakan gajet ini utnuk memudahkan urusan
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
kalau yang betul2 setia dgn BB, akan angkat kot smartphone ni..
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
laku ke blackberrry skang ni? specs macam kureng jer..
Curahan rasa FamiliCeria @ ..10 KHASIAT MAKAN BUAH KURMA YANG PERLU DIKETAHUI
Tu yang engineer dan tenaga pemikir mereka kena fikri bagaimana untuk mendapat tempat dalam pasaran..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
rasanya bb kena ikut cara xiaomi. low cost phone with high specs. susah bb nak compete dalam dunia telepon mahal mahal ni.
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
engineer BB dah habis pikir mcm mana nak buat phone tanpa nampak sgt diorg tiru apple.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
haha entah la. rasanya masih laku. cuma saham dia dah makin sorot je la
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
soalan ni pun sentiasa aku tanya..tapi pasti ada loyal usernya kan.
setuju dengan JMR, pasti ada loyal usernya.. mana2 produk or gajet pasti ada pengguna setianya.. sama macam manusia gak.. lain-lain citarasa kan.. heee
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Bila Update Blog, Baru Pageview Naik
Tak pernah lagi pakai blackberry seumur hidup ni. Dan kalau orang cakap blackberry, saya akan bayangkan keypad qwerty tu. Bukan yang touch screen macam kat atas ni.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
sama la ..saya pon selalu bayang mcm BlackBerry Curve 9320..
Curahan rasa FamiliCeria @ ..SAH KE SOLAT JUMAAT KALAU TAK DENGAR KHUTBAH?
Saya pun! Kita sama bro. Rasa cam tak reti guna pula bila keypad qwerty yang kecik-kecik tuh..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
haha sama la. den masih trbayang qwerty tu lagi bila sebut bb.
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
Fadzi razak, ye betul.. teman pun bila cakap pasal blackberry, mesti terbayang Blackberry bold tu.. heee.. keypad Qwerty yang meneynangkan kata sahabat2 teman
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Harga BlackBerry Z3 RM699 ini di Indonesia bisa mencapai harga RP 2.5 juta
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pendaftaran CPNS 2014 Secara Online di sscn.bkn.go.id
dengar juta mcm mahal..tapi bila cek takdela mahal mana pon..hehe..
Curahan rasa FamiliCeria @ ..10 KHASIAT MAKAN BUAH KURMA YANG PERLU DIKETAHUI
Saya sangat suka dengan smartphone yang layarnya lebar, seperti BlackBerry Z3 ini
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pendaftaran CPNS 2014 Secara Online di sscn.bkn.go.id
boleh beli satu kalau macam tu. apa tunggu lagi 🙂
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
bb z3 dengar cite bakal menggegar Malaysia…
tapi agak susah sikit la BB nak naik sekarang ni lagi-lagi apps BBM dah tak special lagi (sbb android pun boleh guna da skrg)
btol tu..agak-agak boleh ke nak laku di Malaysia ni..
Curahan rasa FamiliCeria @ ..10 KHASIAT MAKAN BUAH KURMA YANG PERLU DIKETAHUI
bagi diorang masa dan ruang untuk buat comeback. klu tak dapat juga, say bye bye..
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
kat malaysia ni ramai guna android. ada jugak yg guna apple, tapi kos tinggi sikit.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
pilihan ramai adalah android kan, kerana kegunaannya meluas.. dan menjadi ruang untuk mereka2 mengembangkan bisnes menggunakan application2 android terkini
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Setuju! Macam kurang dah daya penarik dan specifikasi yang menjadikan BB berbeza dari phone lain
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
terlalu banyak pilihan gadget sekarang ni. kemuculan blackberry pasti memberi saingan hebat
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
BlackBerry adalah salah satu produsen smartphone yang banyak diminati oleh banyak kalangan
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pendaftaran CPNS 2014 Secara Online di sscn.bkn.go.id
tak rasa macam tu sangat..sebab specs nya tak berapa nak power..
Curahan rasa FamiliCeria @ ..DOA QUNUT NAZILAH SEBAGAI SENJATA UMAT ISLAM
BB dah banyak muncul dgn model baru. nak lawan samsung dgn apple
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
Comments are closed.