Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa kata Blackberry telah terkubur dengan kehadirana berbagai jenama baru telefon pintar di pasaran dunia. Ramai yang menyangka Blackberry Z30 adalah gajet mereka yang terakhir. Blackberry tetap ada peminat yang setia dengan jenama yang sudah lama menakluki dunia. Terima kasih kepada Blackberry Malaysia kerana sudi menjemput blog Denaihati walaupun bukan blog gajet seperti Amanz.my, Vernonchan.com dan Soyacincu.com di pelancaran gajet baru Blackberry Z3.
Pada 24/6/2014 BlackBerry Malaysia secara rasmi telah melancarkan gajet terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu BlackBerry Z3. BlackBerry Z3 lebih fokus kepada negara-negara membangun terutama Indonesia, dimana ia hadir dengan sokongan skrin sentuh sepenuhnya. Blackberry Z3 seperti beberapa model sebelum ini menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 yang datang dengan beberapa fungsi khusus seperti BlackBerry Hub, BBM dan lain-lain.
Gajet ini hadir dengan skrin LCD bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm dwi-teras 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.1-megapixel, dan bateri berkapasiti 2500mAh. BlackBerry Z3 merupakan telefon pintar pertama daripada usahasama Blackberry dengan Foxconn. Di Malaysia, BlackBerry Z3 akan dijual pada harga RM699 bermula daripada 7 Julai 2014 ini. Selain ditawarkan secara berasingan, pihak BlackBerry turut dijangka akan menawarkan Blackberry Z3 bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi tempatan.
Dengan harga hanya RM699 sudah pasti Blackberry Z3 boleh bersaing dalam pasaran dengan bersandarkan jenama yang sangat berpengaruh berbanding dengan jenama lain walaupun offer harga yang sama. Kepada pembaca yang nak tahu spesifikasi lebih jelas sila ke blog gajet yang tersenarai di atas.
314 Comments
Harga yang sangat menarik. Blackberry nampaknya sudah kembali untuk bersaing.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Penyakit Resdung dan Cara Merawatnya Secara Selamat dan Semulajadi
bagus banget blackberry z3 sangat cangih
Curahan rasa obat herbal kanker prostat @ ..chang sheuw tian ran lin yao
Harga mampu milik dan rekaannyta pula sangat cantik,sudah tentu prestasinya juga terbaik
Curahan rasa wazy @ ..Selamat Menyambut Ramadan 2014 1435 Hijrah
terlalu cepat teknologi berkembang…tak terkejar nak mengikutinya….
Curahan rasa asraff @ ..Luis Suarez Pemain Uruguay Digantung 9 Perlawanan Oleh FIFA
Tak bestla. Sebab xpakai android. Nak download apps susah nanti huhu.
Curahan rasa yusri @ ..Lafaz dan niat puasa Ramadan sebulan
saya pun rasa macam tu jugak
Curahan rasa brohantu @ ..Langkah Keselamatan Ketika Memancing
walaupun bukan androi, z3 ni pasti ada kelebihan yang membuatkan penggemarnya terliur
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
Setiap produk smartphone sudah tentu ada kelebihan dan kekurangannya
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pendaftaran CPNS 2014 Secara Online di sscn.bkn.go.id
Harga berpatutan..cantik pun cantik..jujurnya bila tgk gambar dan jenama blackberry yg terlintas di fikiran mgkin hrganya rm1k ke atas tp selesai baca entry ini..hrga nya cukup mampu milik 🙂
Curahan rasa eyfa writter @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
nampaknya ada cadangan nak beli tu
Curahan rasa brohantu @ ..Jadual Air Pasang Surut
sekarang ini banyak persaingan sebab itu harganya tidak capai 1k
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
Nampak harga berpatutan..tentu jadi pilihan ramai peminat gajet..
Curahan rasa Brader Kecik @ ..Pengguna Aplikasi FireChat Di Platform Android Dan iOS Sekarang Boleh Bersembang Sesama Sendiri Walaupun Tanpa Sambungan Internet
huh..
dah keluar dah. Mesti adik gua akan rembat ini phone.
Curahan rasa titan @ ..TOLONG.
harganya berpatutan… boleh bersaing dengan harga lenovo nampak gayanya
Curahan rasa faizal @ ..Ketuk-Ketuk Aidilfitri
lenovo rasanya lebih murah kot
Curahan rasa brohantu @ ..Jadual Air Pasang Surut
memang saya akui lenovo lebih murah tetapi z3 ini mungkin ada kelebihan yang lain dari lenovo
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
Dibalik setiap harga yang ditawarkan tentu akan diikuti dengan suatu kelebihan dibanding yang lain
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pendaftaran CPNS 2014 Secara Online di sscn.bkn.go.id
BB semakin canggih semakin diminati
Curahan rasa faizal @ ..Ketuk-Ketuk Aidilfitri
Blackberry tuh~ huhu tapi tak pernah pakai lagii
saya juga tidak pernah pakai black berry ni. tetapi nampak ramai ramaja yang suka pakai
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
Sama dengan saya bro, jangankan memilikinya, menggunakannya pun saya belum pernah 🙂
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pendaftaran CPNS 2014 Secara Online di sscn.bkn.go.id
masih tidak terkejar untuk mendapatkannya.nampak gaya tunggu masa sahaja untuk prodok ini di lepaskan
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 12/2014 _HUAWEI Ascend P7
nampaknya ada cadangan nak tambah gajet ni
Curahan rasa brohantu @ ..Jadual Air Pasang Surut
Artikel yang bagus, kami tunggu artikel berikutnya..
http://goo.gl/Y6or4q
Jangan salah sahabat, setiap artikel yang disajikan di DH so pasti bagus, menarik dan bermanfaat bagi pembacanya
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pendaftaran CPNS 2014 Secara Online di sscn.bkn.go.id
tahniah buat denaihati kerana terpilih dan ini membuktikan yang blog bermutu dan berkualiti memang senantiasa menjadi pilihan advertiser
Curahan rasa myrujukan @ ..Pemborong Baju Kurung Moden Ready Made
semoga blog kita akan berjaya macam blog DH juga walaupun makan sedit usaha dan masa.
Curahan rasa suri @ ..Cara Mudah Membuat Cucur Pisang Buntal
apa tip nak di jemput macam DH?
Curahan rasa brohantu @ ..Jadual Air Pasang Surut
kategori harga boleh dikatakan murah juga ni.. tak pernah pakai lagi hp dari blackberry.
Curahan rasa ema @ ..Majlis Perpisahan dan Pencen Awal
boleh cubalah dulu, kot kena dan serasi dengan citarsa…
Curahan rasa Denaihati @ ..Titian Serasa Ramadhan Bersama Yeos
Comments are closed.