BlackBerry Z3 Dilancarkan Di Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa kata Blackberry telah terkubur dengan kehadirana berbagai jenama baru telefon pintar di pasaran dunia. Ramai yang menyangka Blackberry Z30 adalah gajet mereka yang terakhir. Blackberry tetap ada peminat yang setia dengan jenama yang sudah lama menakluki dunia. Terima kasih kepada Blackberry Malaysia kerana sudi menjemput blog Denaihati walaupun bukan blog gajet seperti Amanz.myVernonchan.com dan Soyacincu.com di pelancaran gajet baru Blackberry Z3.

pelancaran Blackberry Z3

Pada 24/6/2014 BlackBerry Malaysia secara rasmi telah melancarkan gajet terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu BlackBerry Z3. BlackBerry Z3 lebih fokus kepada negara-negara membangun terutama Indonesia, dimana ia hadir dengan sokongan skrin sentuh sepenuhnya. Blackberry Z3 seperti beberapa model sebelum ini menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 yang datang dengan beberapa fungsi khusus seperti BlackBerry Hub, BBM dan lain-lain.

Blackberry Z3 dijual pada harga RM699
Blackberry Z3 gajet terbaru Blackberry

Gajet ini hadir dengan skrin LCD bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm dwi-teras 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.1-megapixel, dan bateri berkapasiti 2500mAh. BlackBerry Z3 merupakan telefon pintar pertama daripada usahasama Blackberry dengan Foxconn. Di Malaysia, BlackBerry Z3 akan dijual pada harga RM699 bermula daripada 7 Julai 2014 ini. Selain ditawarkan secara berasingan, pihak BlackBerry turut dijangka akan menawarkan Blackberry Z3 bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi tempatan.

gambar Blackberry Z3 dijual pada harga RM699
Blackberry Z3 dijual pada harga RM699

Dengan harga hanya RM699 sudah pasti Blackberry Z3 boleh bersaing dalam pasaran dengan bersandarkan jenama yang sangat berpengaruh berbanding dengan jenama lain walaupun offer harga yang sama. Kepada pembaca yang nak tahu spesifikasi lebih jelas sila ke blog gajet yang tersenarai di atas.


Spread the love

314 Comments

    1. Saingan dunia teknologi terutamanya smartphone makin ketat. Dengan kewujudan smartphone dari China yang ditawarkan dengan harga mampu milik, ada kemungkinan jenama-jenama lain boleh berkubur dengan cepatnya
      Curahan rasa MK Hakimi @ ..iOS 8 Apa Yang Baru?My Profile

    1. Relaks Minda, pastinya iPhone 5s juga menjadi pilihan hati kan. Lebih-lebih lagi jika ianya menang dari contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Tapi, jika tidak berkesempatan untuk memiliki iPhone 5s tersebut, maka, harga sesebuah gajet memang menjadi fokus utama jika hendak beli smartphone baharu.
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  1. bagi murni design blackberry Z3 ni cantik ditambah pulak screen paparan yg besar, puas klu tgok gambar..dulu pernah jugak terfikir nak guna fon blackberry, tapi sekarang murni addalah pengguna fon samsung dan kini tertarik pulak dengan iphone…hihi
    Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Liebster AwardMy Profile

  2. Oh, Blackberry masih terus bertahan? Tahniah kerana semakin mengikut kehendak pelanggan sekarang yang mahukan touchscreen, skrin besar dan banyak fungsi menarik.

    Walau macam mana pun, saya bukan peminat tegar Blackberry, beli pun tak pernah. Hehe.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!