Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pengalaman bisnis aku adalah sikit daripada pengalaman dan pemerhatian. Mungkin sedikit kelebihan kerana aku berani menceburi berbagai bisnis sebelum ini. Pada awal tahun 2000 aku berhijrah ke industri IT daripada industri kulinari yang aku pelajari di Universiti, berkhidmat di hospital kerajaan dan syarikat swasta dan berniaga lebih dua belas tahun. Aku berani menceburi industri IT apabila seorang usahawan berkata trend perniagaan dunia adalah perniagaan berteraskan IT. Katanya tanpa internet anda bukan peniaga dan aku menyahut cabaran tersebut.
Pada pertengahan tahun 2000 jemaah bisnis online kami mula melibatkan diri dalam bisnis emas yang digabungkan dengan konsep IT. Ketika itu harga emas dunia hanya USD200 se ounce. Keberanian kami sangat berbaloi apabila harga emas naik sehingga USD1925 se ounce pada akhir tahun 2009. Ketepatan analisa kami bukan kerana kebijaksanaan kami tetapi menerima nasihat daripada beberapa mentor bisnis ketika itu. Itulah pentingnya berbisnis dalam jemaah, mempunyai beberapa mentor bisnis yang betul dan berada dalam trend bisnis masa depan yang betul seperti sebelum ini trend dot com dan trend emas. Bisnis masa depan pasti trend akan berubah.
Dalam kegawatan ekonomi 2015 dan next 2016 majoriti bisnis akan merudum tetapi ada bisnis akan menaik. Banyak syarikat akan tutup kedai dan ada juga berbagai cabang bisnis yang sudah dan bakal tumbuh bagai cendawan selepas hujan ketika musim ekonomi sedang merudum. Ada bisnis kelihatan sangat real tapi bukan real dan ada juga real tapi hayat tidak akan panjang berdasar sejarah bisnis yang lepas. Lebih baik kita membuat bisnis berdasarkan sedikit kajian dan nasihat pakar bisnis bukan sekadar ikut-ikut begitu sahaja. Bisnis yang bakal anda ceburi mesti ada kaitan dengan sosial media kerana inilah trend bisnis sekarang seperti statistik terkini. Pakar ekonomi kata dimana manusia berkumpul disitu duit berhimpun dan kini lebih 15 juta rakyat Malaysia kaki Facebook.
Kepada yang sudah dan bakal menceburi bisnis apa pun pengalaman yang bakal dilalui anggap semua itu sebagai pengalaman yang akan mendewasakan kita dalam dunia bisnis. Pengalaman adalah ijazah yang paling mahal apabila kita bersedia menerima penghasilan dengan ikhlas dan redha samada untung apatah rugi. JANGAN give up apabila bisnis pertama, kedua, ketiga yang kita ceburi berakhir dengan kerugian. Muhasabah diri dan jangan salahkan orang lain.
2016 aku memilih bisnis setelah menganalisa semua pengalaman silam dan analisa masa depan. Kami memilih bisnis yang boleh dilakukan secara berjemaah untuk mengurangkan persaingan dan berjaya bersama. Bisnis yang menggunakan sistem online, sistem sosial media dan pasaran yang luas bukan setakat Nusantara tetapi berpotensi berkembang keseluruh dunia. Sukses atau tidak ALLAH sahaja yg tahu kerana tugas kita Doa sentiasa, Usaha sungguh-sungguh ikut sistem yang betul, Istiqomah dalam usaha biar ketika susah dan senang dan paling penting Tawakal pada yg Esa kerana perancangan ALLAH yg terbaik.
Beranikah anda mempunyai pekerjaan kedua dengan berniaga secara online atau anda antara 67% yang tidak berani berubah dan terus mengkritik diri sendiri melalui kelemahan sistem semasa.
149 Comments
Perniagaan internet boleh membuatkan seseorang itu menjadi jutawan,kalau kena dengan cara dan uhasa yang betul.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Memang anda lihat mudah sahaja untuk perolehi untung 5 angka tapi anda tidak akan dapatnya semudah itu tanpa usaha yang gigih selain teknik serta ilmu pemasaran yang betul.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Tengok aje usahawan tudung seperti tdl , semuanya bermula dari platform facebook.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Buat pengetahuan anda perniagaan internet seperti mana-mana perniagaan secara offline yang lain, ia mempunyai risiko sendiri dan memerlukan kerja yang keras.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Ia bukanlah seperti skim cepat kaya ataupun MLM. Jadi anda seharusnya tidak tidak keliru tentang perkara ini.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Sebab itu penting untuk velidate bisnes, sebelum betul betul buat bisnes tu. Ada yang boleh mula bisnes dengan modal yang sangat rendah, dan risiko pun rendah. Jangka membuta tuli sahaja, nanti banyak duit yang terbakar.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Sekiranya anda tidak pernah menceburinya sebelum ini anda akan menggangap perniagaan internet ini sebagai pelaburan internet, skim cepat kaya dan sebagainya yang bersifat penipuan ataupun scam
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Ramai lagi yang masih skeptikal pasal bisnes online macam ni. Sekarang hanya share link pun boleh buat bisnes part time.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Secara umumnya Perniagaan/Pemasaran Internet ataupun lebih dikenali sebagai Internet Marketing merupakan istilah umum bagi pelbagai lagi jenis promosi ataupun jualan produk yang dilakukan melalui medium atau platform internet (online).
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Banyak peluang bisnes dan kerja online sekarang. Cuma bergantung kepada diri kita sama ada nak atau pun tidak aje.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Terdapat bermacam macam cara bisnes atau kerja online, Ada job untuk data entri, ada job tukang review, Buat artikel dan macam macam sebenarnya. Cuma kita kena tahu kat mana nak cari.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Jika ada usaha yang berterusan insyallah boleh berjaya dengan bisnes online. Usaha tangga kejayaan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Kena Saharan satu jenis perniagaan dan buat sampai jadi, kalau Ada halangan, belajar untuk atasi halangan tersebut, minta lah bantuan jika tersesat jalan. Jalan yang terbaik dengan ada.mentor, jadi boleh kurangkan risiko gagal.
Kena sasarkan satu jenis perniagaan dan buat sampai jadi …boleh typo disitu…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tahun 2016. Kena usaha cari kerja lain juga. Nak tambah pendapatan kena usaha lebih sikit.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Kalau buat dua kerja nampaknya perlukan 16 jam satu hari, sebagaimana yang dicadangkan Pak Menteri AM.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Ramai yang bisnes online. Jika kena dengan caranya insyallah boleh berjaya. kena pandai buat kerja yang ok.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Job dirumah pun adalah salah satu kerja online , dan ia mengikut kemahiran yang kita miliki. Kalau boleh berbahasa inggeris lagi lah bagus.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
semenjak study dulu saya dah berniaga secara online..disaat rakan2 sekelas lain dah kerja, saya masih kerja dengan bisnes online.
Curahan rasa permohonan upu @ ..Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2016/2017
Baguslah tu, tak perlu nak bergantung kepada majikan, kita sendiri jadi majikan, nampaknya ia makin menarik ya permohonan upu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tidak boleh mengharapkan satu kerja saya untuk menghadapi tahun 2016 ini. Banyak yang perlu kita berubah untuk hadapi keadaan ekonomovyang merudum.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Betul tu. Tak boleh harapkan satu kerja aje. Jika gaji dah besar tak ada masalah. Jika tidak boleh usaha cari kerja online.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Kean belajar dengan bro kamil ni macam mana dia bahagikan masa, dalam masa yang sama boleh buat banyak entri di blog.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tahun 2015 kita akan tinggalkan, maka tahun baru 2015 akan menjelang tiba, kita perlu bersedia segala kemungkinan dalam keadaan ekonomi yang muram.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Tahun 2016, apa saja peluang kerja yang ada jangan lepas peluang. Rebut saja peluang itu, jika tidak kita ketinggalan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Tahun baru 2016 bakal tiba.Ayuhlah mulakan langkah berbisnes.Lagi best berbisnes secara online.
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Cara Membuat Homemade Play doh
Memang best bisnes online ni, kalau tahu caranya. Kepada mereka yang masih tak tahu macam mana nak bermula jemput baca entri di blog saya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tahun 2016, kita tidak boleh goyang kaki lagi, kena tambahkan usaha dan tingkatkan semangat kita agar tidak tenggelam di telan arus ekonomi yang merudum.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Tidak boleh dah zaman berpeluk tubuh. Jika tidak mencari sesuatu bisnes yang baru, boleh membuat kita lingkup.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Comments are closed.