Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pengalaman bisnis aku adalah sikit daripada pengalaman dan pemerhatian. Mungkin sedikit kelebihan kerana aku berani menceburi berbagai bisnis sebelum ini. Pada awal tahun 2000 aku berhijrah ke industri IT daripada industri kulinari yang aku pelajari di Universiti, berkhidmat di hospital kerajaan dan syarikat swasta dan berniaga lebih dua belas tahun. Aku berani menceburi industri IT apabila seorang usahawan berkata trend perniagaan dunia adalah perniagaan berteraskan IT. Katanya tanpa internet anda bukan peniaga dan aku menyahut cabaran tersebut.
Pada pertengahan tahun 2000 jemaah bisnis online kami mula melibatkan diri dalam bisnis emas yang digabungkan dengan konsep IT. Ketika itu harga emas dunia hanya USD200 se ounce. Keberanian kami sangat berbaloi apabila harga emas naik sehingga USD1925 se ounce pada akhir tahun 2009. Ketepatan analisa kami bukan kerana kebijaksanaan kami tetapi menerima nasihat daripada beberapa mentor bisnis ketika itu. Itulah pentingnya berbisnis dalam jemaah, mempunyai beberapa mentor bisnis yang betul dan berada dalam trend bisnis masa depan yang betul seperti sebelum ini trend dot com dan trend emas. Bisnis masa depan pasti trend akan berubah.
Dalam kegawatan ekonomi 2015 dan next 2016 majoriti bisnis akan merudum tetapi ada bisnis akan menaik. Banyak syarikat akan tutup kedai dan ada juga berbagai cabang bisnis yang sudah dan bakal tumbuh bagai cendawan selepas hujan ketika musim ekonomi sedang merudum. Ada bisnis kelihatan sangat real tapi bukan real dan ada juga real tapi hayat tidak akan panjang berdasar sejarah bisnis yang lepas. Lebih baik kita membuat bisnis berdasarkan sedikit kajian dan nasihat pakar bisnis bukan sekadar ikut-ikut begitu sahaja. Bisnis yang bakal anda ceburi mesti ada kaitan dengan sosial media kerana inilah trend bisnis sekarang seperti statistik terkini. Pakar ekonomi kata dimana manusia berkumpul disitu duit berhimpun dan kini lebih 15 juta rakyat Malaysia kaki Facebook.
Kepada yang sudah dan bakal menceburi bisnis apa pun pengalaman yang bakal dilalui anggap semua itu sebagai pengalaman yang akan mendewasakan kita dalam dunia bisnis. Pengalaman adalah ijazah yang paling mahal apabila kita bersedia menerima penghasilan dengan ikhlas dan redha samada untung apatah rugi. JANGAN give up apabila bisnis pertama, kedua, ketiga yang kita ceburi berakhir dengan kerugian. Muhasabah diri dan jangan salahkan orang lain.
2016 aku memilih bisnis setelah menganalisa semua pengalaman silam dan analisa masa depan. Kami memilih bisnis yang boleh dilakukan secara berjemaah untuk mengurangkan persaingan dan berjaya bersama. Bisnis yang menggunakan sistem online, sistem sosial media dan pasaran yang luas bukan setakat Nusantara tetapi berpotensi berkembang keseluruh dunia. Sukses atau tidak ALLAH sahaja yg tahu kerana tugas kita Doa sentiasa, Usaha sungguh-sungguh ikut sistem yang betul, Istiqomah dalam usaha biar ketika susah dan senang dan paling penting Tawakal pada yg Esa kerana perancangan ALLAH yg terbaik.
Beranikah anda mempunyai pekerjaan kedua dengan berniaga secara online atau anda antara 67% yang tidak berani berubah dan terus mengkritik diri sendiri melalui kelemahan sistem semasa.
149 Comments
Mahu atau tidak tidak terpaksa kita tempuhi dan cara kerja kita pun patut berubah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Berdasarkan keperluan masing masing juga, bila keadaan ekonomi yang mendesak, sesuatu harus dilakukan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bisnes menjadi pilihan ramai untuk bermula. Dengan menggunakan media sosial sebagai platform untuk bermula, kos bermula adalah rendah, kena kenal pasti kehendak pelanggan yang memerlukan, Buat proses velidasi, untuk memastikan ada permintaan, barulah boleh menjual.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Dengan kita mengenal sasaran pelanggan yang betul,kos menjadi lebih murah, copywriting pun tak perlu nak bombastic sangat, sebab kita menjual air pada orang yang betul betul dahaga.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Setuju tu. Dalam keadaan ekonomi yang tak menantu ini. Buat kerja online ok juga. Boleh tambah pendapatan kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Kosnya pun murah aje untuk bermula, memang bagus kalau dapat bermula awal.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tak sabar nak menuju ke tahun 2016, walaupun kita tahu tahun yang amat mencabar dan menguji kehidupan kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Dah bersedia dengan azam.dan niat tahun 2016? Nampaknya makin.mencabar pada tahun hadapan, kena bersedia dari.segi mental dan fizikal.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tahun 2016 akan menjelang tiba dalam 1 hari lagi. Tahun yang penuh cabaran.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Beberapa penambahan atau kenaikan harga akan berlaku pada tahun hadapan, antaranya kenaikan tol dan bil tenaga elektrik, sejak akhir akhir ini banyak benda yang kerajaan tak boleh nak bantu sangat.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tak sabar dan takut juga nak tempuhi 2016 nie.. orang kata ekonomi dunia bakal merudum kaw2 bermula taun depan.. huhu
Curahan rasa Media Sensasi @ ..Tonton Dan Download Cinta Si Wedding Planner Full Episode
Nampaknya memang kena bersedia dari awal, bagi mereka yang memang tak cukup pendapatan, kena berusaha lebih gigih, mungkin kena ikut cadangan abang.menteri AM.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
tidak dinafikan media sosial adalah medium paling berkesan dalam memajukan bisnes. so, sesiapa yang nak berbisnes, kena amik ‘pot’ hal ni
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tampal Gigi di Klinik Pergigian Bahau
Tahun 2016 adalah tahun yang amat mencabar dan ekonomi global pun semakin teruk. Nak hidup pun memang perlu kekuatan yang lebih daripada biasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Inilah trend semasa dalam bisnes online, disamping menggunakan facebook boleh juga bermula dengan menggunakan platform instagram.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Memang dia kena ambil tahu, maklumlah inilah trend terkini bisnes online.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Wow inilah peluang bisnes bagi tahun 2016 mmm boleh lah buat duit part time … http://www.gerobokbuku.com/
Ada juga yang menggunakan facebook untuk menjual buku secara fizikal mahupun digital.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Faris aiman kalau dah ok buat full time pun boleh.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Terima kasih di atas perkongsian pengalaman bisnes yang pernah disertai oleh tuan Denaihati…
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Ternyata pengalaman dan kegagalan yang lalu dapat menjadi guru terbaik kepada kita, untuk lebih berjaya pada masa akan datang..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Disebabkan itu pengalaman terlalu mahal harganya… dan gagal sekali dua tak bererti kita akan gagal buat selamanya…
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Dengan sedikit fakta yang diperolehi boleh memberikan maklumat halatuju bisnes yang ingin dijalankan. Nampaknya banyak tertumpu di facebook..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Platform yang makin hot untuk melakukan bisnes, kos pun murah untuk bermula.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Dengan ada mentor bisnes, lebih cepat untuk kita berjaya, berbanding dengan melakukannya sendiri.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Alhamdulillah… sekarang ni pun saya sedang mengusahakan bisnes kecil-kecilan secara online…
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Teringan kepada pesanan Chef Li @ Dato’ Dr Rusly Abdullah.. biar kecil asal berhasil..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Doakan semoga tahun 2016 membawa kejayaan kepada kita, biar seteruk mana pun ekonomi yang melanda negara kita..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Harap harap macam tulah 2016 nanti, walaupun banyak kos yang akan meningkat pada tahun hadapan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Nampaknya penting juga ada produk yang sentiasa ada permintaan dipasaran. Kalau tidak bisnes online akan bermasalah.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
yup.
pilih yang sesuai dengan peribadi kita dan juga tak mengganggu kerja hakiki kita.
kalau tak..memang sakit la urat belikat.
Curahan rasa titan @ ..Cara kira dan Kadar Dividen ASB dan Bonus ASB 2015
Pilihan yang memang sesuai tu. Harga emas sekarang pun tengah turun, inilah masa untuk simpan aset.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
In shaa Allah. Semoga impian bisnes 2016 terlaksana dan tercapai. Biarlah ada dua atau lebih pekerjaan asalkan untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Kebanyakan mereka yang berjaya bermula dengan melakukan beberapa kerja samada secara sampingan atau sepenuh masa.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
zaman sekarang ni internet adalah segalanya. jika pandai ambil peluang boleh jana pendapatan lumayan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3
Yang menjadi masalah buat mereka yang masih baru adalah tidak tahu dimana hendak bermula.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Banyak skill teknikal diperlukan, tanpa mentor yang betul, mungkin akan langgar dinding dan banyak duit yang terbakar.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Berdasarkan kisah yang dikongsikan denaihati memang penting adanya mentor bisnes.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Mentor sebagai ikon kita dan terapkan apa yang mereka kongsikan dripada pengalaman mereka sendiri, bagaimana jatuh bangun mereka sehingga boleh bergelar jutawan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Wah..teruk sekali, sampai langgar dinding. Mata duk kat mana masa berjalan tu Sani? Memang betul, mentor adalah sebagai sifu kita untuk menuju ke arah yang lebih membuahkan hasil yang kita harapkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
saya pilih bisnes emas. sebabnya, emas tidak boleh dimanipulasi oleh manusia. hasil bumi. insyaAllah. 🙂
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Viral kes gadis di culik.
Betul tu hafizuliskandar. Itupun kena ada ilmu dan mentor, baru boleh berjaya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Rugi tak melabur dalam emas masa harga rendah beberapa tahun dahulu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Usaha tangga kejayaan. Kena pilih bisnes yang selamat jika nak bertahan lama dalam dunia bisnses. ada tempat rujukan lagi selamat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Berhasil Ada Masuk Lagi-Wordless Wednesday
Berusaha, berikhtiar, bertawakal harus diterapkan dalam bisnes. Namun bukan semua boleh berjaya. Ada juga yang gagal. Itu sudah lumrah. tetapi jika kecewa, habis semua impian kita untuk berjaya lebih gemilang lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Kena Ada mentor yang telah berjaya, barulah kurangkan risiko gagal atau rugi.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bagus buat bisnes emas ni. Kena belajar dari pakar insyallah kita akan selamat dari duit menjadi lebur.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Bagus bisnis emas tetapi trend bisnis emas sudah berlalu tapi tak salah kalau nak jadikan salah satu pelaburan untuk masa panjang.
Curahan rasa denaihati @ ..Dua Kerja bukan pelik
Terima kasih Tuan DH atas nasihat ini. Kena guna kaedah online yea. Banyak nak kena belajar dari Tuan DH dan rakan-rakan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Setiap Hari Dengan Kerja Online
kebanyakkan individu yang berniaga emas ni mmg hidup senang. modal besar tapi berbaloi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3
Kalau bab beniaga emas, saya tidak tahu langsung. Kalau memerlukan modal besar nak berniaga berkaitan emas, memang saya akaui ianya perlu modal yang besar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Bukankah masa lagi relevan, sekarang ni harga pun dah turun, adakah ini masa yang sesuai untuk membeli?
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Kena guna kaedah online untuk kelangsungan bisnes pada zaman IT ini. Jika tidak kita akan ketinggalan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Betul tu. Dunia online dan IT boleh mengatasi sempadan benua. Cuma kita nak berubah dan bertindak atau tidak.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Setiap Hari Dengan Kerja Online
Tepuk dada tanya hati, sanggupkah menerima cabaran dangan membuat bisnes secara online tetapi dalam waktu yang sama tidak mengabaikan keluarga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Sekarang pun Saharan tukaran USD lebih mahal berbanding dengan matawang negara kita. Kita kena mula pergi pasaran global.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Yalah nak buat bisnes online pun kena ada ilmu, kalau buat secara berjemaah lagi elok. Boleh berkongsi pengalaman mereka sebelum ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Tim Denaihati dah tunjuk kan bagaimana mereka melakukan bisnes secara berjemaah.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Lain orang lain kepakaran dapat digembelingkan menjadi satu jemaah yang kuat.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Sekarang ni susah nak cari seorang yang ada semua kepakaran, ada yang pandai buat design, tapi tak pandai nak buat copywriting.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betul tu Tuan Sani, ciri-ciri sorang yang pakar dalam banyak bidang tethad. Kena banyak ilmu untuk betul-betul serius.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Memang kita akan ketinggalan jika bsines online terkini kita tidak belajar. Banyak peluang terhidang sebenarnya, hanya kita saja yang perlu berusaha untuk merebutnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Secara online kos mencari pelanggan lebih murah kalau betul caranya, ada cara yang percuma tetapi lambat sedikit.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Wah ada juga yang percuma untuk memasarkan produk kita, boleh cuba ni.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Comments are closed.