Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pengalaman bisnis aku adalah sikit daripada pengalaman dan pemerhatian. Mungkin sedikit kelebihan kerana aku berani menceburi berbagai bisnis sebelum ini. Pada awal tahun 2000 aku berhijrah ke industri IT daripada industri kulinari yang aku pelajari di Universiti, berkhidmat di hospital kerajaan dan syarikat swasta dan berniaga lebih dua belas tahun. Aku berani menceburi industri IT apabila seorang usahawan berkata trend perniagaan dunia adalah perniagaan berteraskan IT. Katanya tanpa internet anda bukan peniaga dan aku menyahut cabaran tersebut.
Pada pertengahan tahun 2000 jemaah bisnis online kami mula melibatkan diri dalam bisnis emas yang digabungkan dengan konsep IT. Ketika itu harga emas dunia hanya USD200 se ounce. Keberanian kami sangat berbaloi apabila harga emas naik sehingga USD1925 se ounce pada akhir tahun 2009. Ketepatan analisa kami bukan kerana kebijaksanaan kami tetapi menerima nasihat daripada beberapa mentor bisnis ketika itu. Itulah pentingnya berbisnis dalam jemaah, mempunyai beberapa mentor bisnis yang betul dan berada dalam trend bisnis masa depan yang betul seperti sebelum ini trend dot com dan trend emas. Bisnis masa depan pasti trend akan berubah.
Dalam kegawatan ekonomi 2015 dan next 2016 majoriti bisnis akan merudum tetapi ada bisnis akan menaik. Banyak syarikat akan tutup kedai dan ada juga berbagai cabang bisnis yang sudah dan bakal tumbuh bagai cendawan selepas hujan ketika musim ekonomi sedang merudum. Ada bisnis kelihatan sangat real tapi bukan real dan ada juga real tapi hayat tidak akan panjang berdasar sejarah bisnis yang lepas. Lebih baik kita membuat bisnis berdasarkan sedikit kajian dan nasihat pakar bisnis bukan sekadar ikut-ikut begitu sahaja. Bisnis yang bakal anda ceburi mesti ada kaitan dengan sosial media kerana inilah trend bisnis sekarang seperti statistik terkini. Pakar ekonomi kata dimana manusia berkumpul disitu duit berhimpun dan kini lebih 15 juta rakyat Malaysia kaki Facebook.
Kepada yang sudah dan bakal menceburi bisnis apa pun pengalaman yang bakal dilalui anggap semua itu sebagai pengalaman yang akan mendewasakan kita dalam dunia bisnis. Pengalaman adalah ijazah yang paling mahal apabila kita bersedia menerima penghasilan dengan ikhlas dan redha samada untung apatah rugi. JANGAN give up apabila bisnis pertama, kedua, ketiga yang kita ceburi berakhir dengan kerugian. Muhasabah diri dan jangan salahkan orang lain.
2016 aku memilih bisnis setelah menganalisa semua pengalaman silam dan analisa masa depan. Kami memilih bisnis yang boleh dilakukan secara berjemaah untuk mengurangkan persaingan dan berjaya bersama. Bisnis yang menggunakan sistem online, sistem sosial media dan pasaran yang luas bukan setakat Nusantara tetapi berpotensi berkembang keseluruh dunia. Sukses atau tidak ALLAH sahaja yg tahu kerana tugas kita Doa sentiasa, Usaha sungguh-sungguh ikut sistem yang betul, Istiqomah dalam usaha biar ketika susah dan senang dan paling penting Tawakal pada yg Esa kerana perancangan ALLAH yg terbaik.
Beranikah anda mempunyai pekerjaan kedua dengan berniaga secara online atau anda antara 67% yang tidak berani berubah dan terus mengkritik diri sendiri melalui kelemahan sistem semasa.
149 Comments
walaupun zaman gawat banyak business yang merudum..rupanya banyak juga yang semakin berkembang. agaknya antara tulis blog dengan jual melalui fb ads mana lebih menguntungkan?
Curahan rasa safiya @ ..Novel: Ku Pendam Sebuah Duka Ep 15
peluang bisnes sentiasa terbuka luas. tinggal lagi nak manfaatkan peluang dan platform yang ada, dengan ilmu dan mentor bisnes yang dipercayai. fokus dan kerajinan juga penting.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Ikhtiar Seorang Anak Turunkan Kadar Gula Dalam Darah Ibu Yang Ada Kencing Manis
Betul tu saya setuju.. lebih2 lagi dengan adanya kemudahan internet.. semakin mudah untuk menguruskan bisnes…
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
Segalanya hanya berada dihujung jari.. harap dapat memanfaatkan segala peluang yang ada dengan sebaiknya.
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
Kalau tak tahu buat bisnes dengan menggunakan internet, kenalah belajar.. sekarang ni dah ada ramai usahawan internet di Malaysia yang sudi berkongsi kepakaran mereka…
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
Cuma anda perlu keluarkan sedikit kos dan luangkan sedikit masa untuk berguru dengan mereka..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
Ada byk cara sebenarnya nak belajar daripada mereka… bole beli ebook, DVD, hadiri seminar dan juga personal coaching…
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
Kalau personal coaching tu biasanya mahallah sikit… tapi biasanya result memang sgt memuaskan…
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
setuju. 99% sales saya datang dari Instagram. depends kepada barang dan service dijual. saya akan teruskan menggunakan Instagram sbg medium pemasaran disamping membuat website untuk meluaskan lagi capaian pengguna.
Hebat ni… pakar instagram.. bolehkah saya berguru nanti… saya memang tak ada pengalaman berniaga di instagram..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
Saya ingin luaskan dan banyakkan lagi maklumat mengenai pelaburan dan personal finance pada tahun 2016 dengan blog dan juga media sosial
Curahan rasa Elias @ ..Unit Trust Portfolio Update 29 Dec
Kalau ada kesempatan nanti, bolehlah saya terjah blog tuan untuk menambahkan ilmu dalam bidang pelaburan..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
Blog tetap dihati…lantak pi la dengan media sosial nie…bukan kata mau boikot…tapi boleh kena sawan kalo tak dijaga nafsu serakah dengan media sosial nie…dari kaca mata saya yang memang tak berapa pandai bermedia sosial nie… 🙂
Curahan rasa si bongkok @ ..#Review Boleh Ke Belajar Buat Duit Online Dari Youtube Adsense Dengan Wanita
Ya sama dengan saya… blog sentiasa di hati saya… In Shaa Allah, sehingga saya berpuas hati dengan kejayaan yang ingin saya capai..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
Bolehkah bisnes kita dapat berkembang dengan baik di tahun 2016 nanti. Semua itu menjadi satu target yang sepatutnya kita fikirkan setiap masa agar matlamat kita itu tercapai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Persoalan yang pelu dicari jawapnnya, sebab apa apapun boleh terjadi pada tahun hadapan. Kalau tak bersedia, banyak cabarannya nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bisnes apakah yang boleh kita mulakan di tahun 2016 nanti, moga bisnes itu boleh memberi kita pendapatan yang tinggi. Insha Allah….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Setakat ini saya sedang usahakan satu bisnes yang kurang berisiko… kemudian boleh memberikan pasif income berterusan pada setiap bulan..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
Yup, social media macam FB dgn IG mmg sangat penting. Tapi jangan lupa juga website. Bukan apa, kedua2 tu hak orang, dan page kita anytime je boleh ditutup.
Betul tu Suri. Kita ni ibarat sewa kedai orang bila dia nak ambil siapa pun tak boleh halang. Penting untuk simpan database supaya tidak kecewa di kemudian hari.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Laman sosial, Facebook, Instagram, Website atau blog perlu kita ambil perhatian dengan serius agar bisnes kita boleh memberi kejayaan nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Betul tu bro kamil tiga benda tu antara asas yang perlu ada kalau nak bisnes online.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bila kita dah memilih untuk berbisnes, kita nak kena kuatkan matlamat kita tuh, memang banyak cabarannya nanti, tapi nak kena kuatkan semangat.
Ya… nak buat bisnes memang kena kuat semangat… jangan sekadar hangat2 tahi ayam.. supaya kita tidak tersungkur di tengah jalan..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
Memang banyak pengalaman jatuh bangun dalam bisnes nih, nak kena kuat dah cekal hati kalau dah mula niat nak berbisnes nih.
Ramai orang pernah ada pengalaman gagal dalam perniagaan… cuma jangan sesekali kita give up… pasti ada sinar kejayaan menanti kita di kemudian hari..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
Apa jugak bisnes yang kita buat, nak kena betul-betul jaga dan “pelihara” bisnes kita macam anak kita sendiri.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Ya…. jadikan bisnes kita itu satu titik untuk memberi kita kehidupan yang baik, lebih lagi ketika menghadapi saat ekonomi yang tidak menentu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Namun dalam kalangan golongan muda Instagram lagi popular. Ia merupakan medium perniagaan online yang terkini, lebih mudah untuk scroll melihat gambar produk.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
setuju. 99% sales saya datang dari Instagram. depends kepada barang dan service dijual. saya akan teruskan menggunakan Instagram sbg medium pemasaran disamping membuat website untuk meluaskan lagi capaian pengguna.
Medium mana yang paling mudah memasarkan produk? Blog dan Facebook boleh digunakan untuk post gambar dan penulisan yang panjang dan menarik
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Pemilihan ‘tapak’ atau medium amat penting bagi memastikan perniagaan anda berjaya. Adakah anda mahu menggunakan blog, Facebook atau Instagram?
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Kita kena ketiga-tigalah baru betul-betul boleh meningkatkan pendapatannya. FB ads, Instagram, blog sudah menjadi sebati kepada setiap blogger.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Penggunaan blog, media sosial seperti Facebook dan Instagram yang hanya memerlukan kos yang minimum menggalakkan lagi percambahan perniagaan online yang bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Comments are closed.