Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak lahir 23 Julai 1953 ialah ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-6 sejak 3 April 2009. Beliau juga sebagai Menteri Kewangan dan merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.
Beliau telah dipilih untuk Parlimen Malaysia pada tahun 1976, pada usia 23 tahun, menggantikan bapanya duduk di kerusi Pekan yang berpangkalan di Pahang. Dari tahun 1982 hingga 1986 beliau menjadi Menteri Besar Pahang, sebelum memasuki persekutuan Kabinet Mahathir Mohamad pada tahun 1986 sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan Kabinet sepanjang baki tahun 1980-an dan 1990-an, termasuk sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Pelajaran. Beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004, berkhidmat di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebelum menggantikan Badawi setahun selepas Barisan Nasional mengalami kemenangan paling buruk dalam pilihan raya 2008. Di bawah kepimpinan beliau, Barisan Nasional memenangi pilihan raya 2013, walaupun buat kali pertama dalam sejarah Malaysia pembangkang memenangi majoriti undi popular.
Najib menjadi Perdana Menteri telah ditandakan oleh langkah-langkah liberalisasi ekonomi, seperti pemotongan subsidi kerajaan, melonggarkan sekatan ke atas pelaburan asing, dan pengurangan dalam langkah-langkah istimewa bagi orang Melayu dalam perniagaan. Selepas pilihan raya 2013 kerajaannya dikritik dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan skandal berterusan yang melibatkan firma negeri pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membawa kepada perhimpunan menuntut peletakan jawatan Najib, yang diterajui oleh pergerakan akar umbi Bersih. Protes berakhir dengan Deklarasi Warganegara Malaysia oleh Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan dan badan bukan kerajaan untuk menggulingkan Najib.
Kerjaya Politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, dengan kematian bapanya. Beliau menjadi ahli parlimen termuda yang pernah dipilih dengan usia 23 tahun ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
- 1978-1980 – Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
- 1980-1981 – Timbalan Menteri Pendidikan
- 1981-1982 – Timbalan Menteri Kewangan
- 1982-1986 – Menteri Besar Pahang
- 1986-1987 – Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
- 1990-1995, 1999-2008 – Menteri Pertahanan
- 1995-1999 – Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan, negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262 menewaskan calon lawan Khairul Anuar bin Ahmad Zainudin dari PKR yang beroleh 9,798 undi.
Gagasan 1 Malaysia
Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One Israel.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara.
Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia
Projek BR1M yang pertama datang dari idea Datuk Seri Najib Razak untuk membantu rakyat Malaysia yang miskin dan tidak berkemampuan. Jumlah sebanyak RM 500.00 Ringgit Malaysia telah diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3,000.00 sebulan.
Pemberian BR1M kali kedua telah dilancarkan pada Februari 2013 dan lebih 2.5 Billion telah diagihkan kepada rakyat Malaysia seluruh Malaysia. Ini secara langsung akan melibatkan 5.7 juta isi rumah di seluruh Negara. Tambahan daripada RM 500 yang diagihkan oleh kerajaan kepada isi rumah, rakyat Malaysia yang belum berkeluarga akan menerima 250 dari projek BR1M.
Dalam pembentangan Bajet 2015 Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan pemberian BR1M buat kali ketiga. Bagi isi rumah RM3,000 sebulan, pemberian meningkat daripada RM650 kepada RM950 yang akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 sehingga RM4,000 pula, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bantuan ini juga akan dibayar sebanyak tiga kali setahun. Kerajaan juga mengumumkan peningkatan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350 kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.
Kontroversi Isu wang RM 2.6 bilion adalah sumbangan derma
Pada 3 Ogos 2015, dalam satu kenyataan media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International. Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.
Pada 22 Ogos 2015, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa dana RM 2.6 yang diterima oleh Najib Razak adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah, beliau enggan memberitahu identiti penderma, tetapi mengesahkan sudah bertemu wakil penderma tersebut. Zahid Hamidi memberitahu, Malaysia dipilih untuk menjadi hub penderma membuat khidmat bayaran kerana Malaysia dilihat komited dalam gerakan anti keganasan, selain sebagai penghargaan terhadap komitmen Perdana Menteri dan mahu UMNO dan Barisan Nasional kekal berkuasa di Malaysia.
Program Transformasi Kerajaan
Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sedang menggerakkan proses menjalankan Transformasi Kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjadikan kerajaan lebih transparen. Langkah-langkah yang dilaksanakan juga termasuk menggunakan Key Performance Indicator @ KPI untuk mengukur kebolehupayaan pegawai dan agensi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA untuk menjelaskan target kepada kawasan atau bidang spesifik untuk kepentingan rakyat.
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan kadar ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan. Langkah ini termasuk penggunaan KPI untuk memastikan menteri yang terlibat bertanggungjawab atas segala perbuatan mereka, dengan menggunakan media seperti twitter and Facebook untuk berkomunikasi dengan penduduk tentang apa yang sedang berlaku di dalam kerajaan, membuka tender kerajaan supaya rakyat boleh terlibat dan mengkritik, dan memberikan pandangan tentang perbelanjaan kerajaan.
Sumber : Wikipedia
62 Comments
Benarlah kata kata ulama silam,
Yang Besar itu Nafsu, Yang Berat itu Amanah, Yang indah itu Solat, Yang dekat itu Mati… (Imam Al-Ghazali)
Amanah itu berat.
Tapi sekarang ni ramai bercita cita nak pegang amanah sedangkan diri kurang upaya
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Ubat Kencing Manis Terbaik? Sedapnya! Ini 11 Makanan Untuk Kawal Gula
Skang ni ramai nak memegang amanah sebab lagi mudah mendapat kesenangan. Lupa diri segala bagai
siapa pun pasti gelap mata bila melihat duit yang banyak lebih2 lagi bila menguruskan duit negara. semoga isu wang rakyat ini dapat diperjelaskan dengan sebaiknya.
kalau kita mengutuk pun tidak akan selesai juga. makanya berdoalah agar mereka yang terlibat ke hadapan untuk beri penjelasan.
Ada waktunya, pemimpin yang baik diuji dengan orang bawahan yang tamak lagi jelik.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Sebab Wajib Buat Pemasaran Di Facebook
Ikhwan: Betul tu. Kesian gak pemimpin yang dapat assistant yang teruk. Kucar kacir hidup dibuatnya
Dari satu kuliah ilmu yang saya dengar, memang betul pemimpin ni ujiannya berat. Tapi kalau lulus ganjarannya pun besar. Sebab itu pemimpin yang adil dapat naungan di mahsyar kelak.
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat menarik di Selangor Waktu Malam & Siang? Wow, Cantiknya 20 Lokasi Ini!
Bukan senang nak memerintah negara, banyak cabaran dan rintangannya.
Rintihan rakyat memang ada tetapi apakan daya bukan semua kemahuan rakyat dapat dipenuhi.
Apa pun jalankanlah amanah yang rakyat berikan dengan jujur, ikhlas dan tanggungjawab terutama perdana menteri.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018
Betul tu. Bukan semua rakyat akan berpuas hati dengan cara pemerintahnya. Tapi setidak-tidak, tadbir la dgn adil dan bersih
Saya doakan agar Malaysia terus maju, makmur, hidup dalam aman dan damai tanpa ada kekacauan hingga boleh menyebabkan negara kita tidak aman.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018
Kami pun doakan perkara yang sama tuan – terus maju, makmur, hidup dalam aman dan damai selamanya.
saya cuma mampu berharap Malaysia terus maju jaya..
diberikan petunjuk dan hidayah kepada pemimpin serta rakyatnya..
aamiin.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bermain Dengan Driver Bukan Disengnajakan Untuk Suka-suka
Rakya pun berdoa benda sama. Nak tengok tiada lagi korupsi dan Malysia lebih maju berbanding sblm ni
paling sedih apabila rakyat memberi kepercayaan, mereka salah gunakan kepercayaan itu untuk kepentingan mereka.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sports Hijab by NURD – Tudung Untuk Bersukan
Masa ini banyak penguasaan syarikat syarikat dari China masuk ke Malaysia, tengok la siapa yang memimpin.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Mudah Dan Cepat Jadi Kaya Di Zaman Informasi
Share atau saham dalam Proton pun pemiliknya China.. Itu baru satu contoh.
Curahan rasa Ksjb @ ..Tiada Uber lagi di Malaysia?
Tapi not bad gak produk terbaru Proton, katanya diilhamkan drp kereta syarikat China
Tu la, suka betul DSN bawa kompeni dr China. Kat Gebeng tu, siap nama jaln pun ditukar ke bahasa/nam tempat di sana
Itu lah beza pemimpin yang bertanggungjawab dengan pemimpin yang nak amik kesempatan je
Pemimpin yang adil adalah salah satu dari golongan yang dapat naungan di padang mahsyar kelak sebab berat tanggung jawab.
Orang dulu cukup takut bila di beri tanggung jawab
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pantang Bersalin Cepat Baik? Wah Bahaya! Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh
Berat tanggung jawab yang dipikul, termasuklah kepimpinan yang dijalankan olehnya setiap masa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Mudah Dan Cepat Jadi Kaya Di Zaman Informasi
kan.. tanggungjawab memimpin ni bukan satu perkara senang. Tapi dunia skang dh terbalik..
ada gst tak salah…cukai tinggi tak salah
yang salahnya apabila wang tersebut tiris entah ke mana..bukan untuk kegunaan marhaen..hehe
sekadar pandangan untuk zaman perdana menteri sekarang hehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..26 Resepi Air Balang Sedap dan Mudah untuk Pasar Malam dan Bazar Ramadhan
soal amanah soal berat bro..
masalahnya kita tidak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah..
nak tunggu jawapan di akhirat lambat lagi tu…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Surat Terbuka Untuk Pengundi Malaysia
Rakyat marah bila tak tahu ke mana perginya wang kutipan GST tu. Patut nya patah balik kpd rakyat kan
semoga Malaysia terus maju. siapa pun yg menanf pru nnti, berikan kepercayaan kerana itu pilihan rakyat
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 5 Mei 2018
kerajaan malaysia sungguh sangat bijak sekali ..
sangat mementingkan kesejahteraan rakyat..semoga indonesia bisa menjadi lebih baik^^
Datuk Seri Najib meningkat naik dalam karier politiknya secara perlahan-lahan dan tidak mengambil tindakan secara drastik..
seperkara lagi kita berada diluar dunia politik hanya tahu sesuatu info yang belum tentu sahih dan terbukti kebenarannya..
atas sebab itu RUU Antiberita palsu diluluskan supaya segala fitnah dan tohmahan tidak berleluasa.
berdasarkan penilaian hati yang bersih kita sudah nampak siapa menjadi pejuang negara biarpun tidak membuat tindakan populis..
harap Malaysia terus aman dalam dunia penuh tipu daya ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Surat Terbuka Untuk Pengundi Malaysia
Terlalu banyak perkara yang disembunyikan termasuk isu 1MDB tak dapat dibahaskan di parlimen dan bagaimana pula dengan laporan PAC serta jawatan kuasa kira-kira wang negara.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
bagaimana anak perdana menteri mempunyai wang sebegitu banyak untuk menerbitkan filem yang dah macam filem lucah.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sports Hijab by NURD – Tudung Untuk Bersukan
Ada janji UMNO dan Barisan Nasional yang tak tercapai seperti menurunkan harga kereta, hakikatnya dengan pelaksanaan GST tak membantu harga kereta turun.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jangan Kutuk Orang Kahwin Lambat
Majoriti negara yg saya lawati mempunyai sistem GST malah ada lebih tinggi nilainya. Terbaru Mesir pun ada GST. Kenapa agaknya GST kita jadi isu?
saya tak kisah dengan GST yang ada. kekalkan saja kadarnya.
apa yang saya pentingkan pada mana-mana parti yang memerintah, pastikan GST dikutip dan disalurkan kembali kepada rakyat dengan sebaiknya.
Kena sedar, GST ini satu sumber pendapatan negara. Apa yang rakyat kena ingatkan kerajaan, untuk uruskan hasil dengan betul dan tak membazir. Kerajaan – termasuklah kakitangan. Usah buat tuntutan palsu dan sebagainya. Ini meningkatkan belanja kerajaan.
Kalau tak dikawal, akan berlaku kenaikan kadar GST.
Curahan rasa izwan @ ..Pasang Cuckoo Iris Top Water Purifier Sebelum Raya
Berat juga manifesto BN PRU14 kali ini dengan 300++ initiatif , tidak termasuk 100++ janji — adakah ia boleh dilaksanakan dengan jayanya & pasukan BN akan lebih komited?
Curahan rasa Airinaa @ ..Pengkhianat Barisan Nasional Akan Dibongkar Selepas Pilihanraya?
Boleh dilaksanakan atau tidak tu, diorang apa peduli. Manifesto ni sekadar gula gula utk rakyat memangkah
Comments are closed.