Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak lahir 23 Julai 1953 ialah ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-6 sejak 3 April 2009. Beliau juga sebagai Menteri Kewangan dan merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.
Beliau telah dipilih untuk Parlimen Malaysia pada tahun 1976, pada usia 23 tahun, menggantikan bapanya duduk di kerusi Pekan yang berpangkalan di Pahang. Dari tahun 1982 hingga 1986 beliau menjadi Menteri Besar Pahang, sebelum memasuki persekutuan Kabinet Mahathir Mohamad pada tahun 1986 sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan Kabinet sepanjang baki tahun 1980-an dan 1990-an, termasuk sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Pelajaran. Beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004, berkhidmat di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebelum menggantikan Badawi setahun selepas Barisan Nasional mengalami kemenangan paling buruk dalam pilihan raya 2008. Di bawah kepimpinan beliau, Barisan Nasional memenangi pilihan raya 2013, walaupun buat kali pertama dalam sejarah Malaysia pembangkang memenangi majoriti undi popular.
Najib menjadi Perdana Menteri telah ditandakan oleh langkah-langkah liberalisasi ekonomi, seperti pemotongan subsidi kerajaan, melonggarkan sekatan ke atas pelaburan asing, dan pengurangan dalam langkah-langkah istimewa bagi orang Melayu dalam perniagaan. Selepas pilihan raya 2013 kerajaannya dikritik dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan skandal berterusan yang melibatkan firma negeri pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membawa kepada perhimpunan menuntut peletakan jawatan Najib, yang diterajui oleh pergerakan akar umbi Bersih. Protes berakhir dengan Deklarasi Warganegara Malaysia oleh Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan dan badan bukan kerajaan untuk menggulingkan Najib.
Kerjaya Politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, dengan kematian bapanya. Beliau menjadi ahli parlimen termuda yang pernah dipilih dengan usia 23 tahun ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
- 1978-1980 – Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
- 1980-1981 – Timbalan Menteri Pendidikan
- 1981-1982 – Timbalan Menteri Kewangan
- 1982-1986 – Menteri Besar Pahang
- 1986-1987 – Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
- 1990-1995, 1999-2008 – Menteri Pertahanan
- 1995-1999 – Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan, negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262 menewaskan calon lawan Khairul Anuar bin Ahmad Zainudin dari PKR yang beroleh 9,798 undi.
Gagasan 1 Malaysia
Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One Israel.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara.
Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia
Projek BR1M yang pertama datang dari idea Datuk Seri Najib Razak untuk membantu rakyat Malaysia yang miskin dan tidak berkemampuan. Jumlah sebanyak RM 500.00 Ringgit Malaysia telah diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3,000.00 sebulan.
Pemberian BR1M kali kedua telah dilancarkan pada Februari 2013 dan lebih 2.5 Billion telah diagihkan kepada rakyat Malaysia seluruh Malaysia. Ini secara langsung akan melibatkan 5.7 juta isi rumah di seluruh Negara. Tambahan daripada RM 500 yang diagihkan oleh kerajaan kepada isi rumah, rakyat Malaysia yang belum berkeluarga akan menerima 250 dari projek BR1M.
Dalam pembentangan Bajet 2015 Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan pemberian BR1M buat kali ketiga. Bagi isi rumah RM3,000 sebulan, pemberian meningkat daripada RM650 kepada RM950 yang akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 sehingga RM4,000 pula, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bantuan ini juga akan dibayar sebanyak tiga kali setahun. Kerajaan juga mengumumkan peningkatan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350 kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.
Kontroversi Isu wang RM 2.6 bilion adalah sumbangan derma
Pada 3 Ogos 2015, dalam satu kenyataan media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International. Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.
Pada 22 Ogos 2015, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa dana RM 2.6 yang diterima oleh Najib Razak adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah, beliau enggan memberitahu identiti penderma, tetapi mengesahkan sudah bertemu wakil penderma tersebut. Zahid Hamidi memberitahu, Malaysia dipilih untuk menjadi hub penderma membuat khidmat bayaran kerana Malaysia dilihat komited dalam gerakan anti keganasan, selain sebagai penghargaan terhadap komitmen Perdana Menteri dan mahu UMNO dan Barisan Nasional kekal berkuasa di Malaysia.
Program Transformasi Kerajaan
Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sedang menggerakkan proses menjalankan Transformasi Kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjadikan kerajaan lebih transparen. Langkah-langkah yang dilaksanakan juga termasuk menggunakan Key Performance Indicator @ KPI untuk mengukur kebolehupayaan pegawai dan agensi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA untuk menjelaskan target kepada kawasan atau bidang spesifik untuk kepentingan rakyat.
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan kadar ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan. Langkah ini termasuk penggunaan KPI untuk memastikan menteri yang terlibat bertanggungjawab atas segala perbuatan mereka, dengan menggunakan media seperti twitter and Facebook untuk berkomunikasi dengan penduduk tentang apa yang sedang berlaku di dalam kerajaan, membuka tender kerajaan supaya rakyat boleh terlibat dan mengkritik, dan memberikan pandangan tentang perbelanjaan kerajaan.
Sumber : Wikipedia
62 Comments
Pada saya isu derma itu agak fishy. Najin keluar bermacwm macam statement dan semuanya tak masuk akal
Najib mula menceburi politik pada usia yg sangat muda. Padanlah banyak sgt pengalaman beliau
Walaupun gagasan 1 malaysia di wujudkan sikap racist masih menular di kalangan kita
Hampir terlupa sy yg najib ni merupakan anak kepada bekas perdana menteri hehe
Teruknya balasan kepada seorang pemimpin yg tak amanah. Semoga malaysia dilindungi dari pm yg korup
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Kita harus ingat, pemimpin yang adil adalah salah satu dari golongan yang dapat naungan di padang mahsyar kelak sebab berat tanggung jawab.
macam macam cerita keluar sejak najib sudah tidak mnjadi PM. kebanyakkannya negatif dan melibatkan wang rakyat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Biasalh, bila dah turun takhta ni lah baru ada yang berani bongkarkan rahsia. Kalau tak, berisiko tinggi
Sememangnya tidak dinafikan banyak jasa dan sumbangan DSN kepada rakyat Malaysia khususnya golongan B40
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
yang paling menonjol mestila wujudnya utc. banyak kebaikan utc tu. senang nak buat passport dan tak payah ke jabatan pendaftaran
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Setiap Perdana Mentari pasti ada jasa yang diberikan kepada rakyat. Mustail lah kan kalau satu jasa pun takde
fishy la kes wang 1mdb ni. banyak yang tak logiknya. macam mana peguam negara boleh berdiam pasal hal ni dulu. hmm
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Deadpool 2
Peguam negara naik dengan bantuan Najib Razak, jadi nak dakwa pun fikir sampai beruban.
Betul tu. Dah macam tak guna ada peguam kalau tindakannya di pengaruhi oleh orang luar
Tertunggu tunggu gak bila keputusan 1MDB akan keluar. DSN pun makin galak update FB dia skng ni hehe
Apa pun yang berlaku kita rakyat tetap kena hadapi sebaiknya segala kemungkinan. Bergantung harap pada manusia memang sentiasa kecewa.
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Pencuci Muka Safi? Ini 18 Pembersih Wajah Untuk Kulit Berbeza! Anda Suka Yang Mana
Biar pun kerajaan bertukar tangan, pasti ada suara yang tetap tidak berpuas hati.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Biaslah tu, nak puas kan hati semua orng ada satu perkara mustahil, tak gitu tuan Ikhwan?
Itu sudah normal. Susah nak puas kan hati rakyat. Pasti ada sahaja yg tak puas hati
Kita selalu ingat tukar kerajaan keadaan jadi ok, tapi perubahan besar datang dari perubahan diri. Bila diri dah ok, masuk keluarga. Komuniti dan akhirnya ke negara.
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat Menarik Di Cameron Highland Pahang? Wah Cantiknya!
Yup. setuju tu ibu. kena ubah diri sendiri sebelum ubah kampung, bila dah ubah kampung, akn ubah negeri dan seterusnya negara
Rakyat berharap selepas PRU ke-14 ni, negara akan menjadi lebih aman, lebih maju dan lebih teratur..rakyat juga mahukan sesuatu untuk mengurangkan beban secara amnya. Bukan sekadar menadah mulut, disuap 1 sudu, yang muntahnya bersudu-sudu..
Curahan rasa JMR @ ..Bufet Ramadhan 2018: Laman Kayangan, Shah Alam
Nak muntah asyik bayar cukai, GST, tol dan kenaikan sara hidup. Sedut darah sudah mengalahkan pontianak vampire.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
Tapi skang ni rakyat kena bayar SST dah banyak lagi isu lain tetap ada. Macam nak kena muntah lagi ni
kekal kerajaan sedia ada atau tukar, semuanya rakyat yg kena hadap. semoga pru kali membawa perubahan secara positif
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung
Alhamdulillah hari ni kerajaan dah bertukar, GST juga dah dihapuskan dan SST akan dimulakan balik.
hahah welcome back SST. Rasanya tukar ke tak kerajaan ni, rakyat still kena hadap kenaikan kos sara hidup di Malaysia
Ye, kesan memang secara langsung kepada rakyat. Cuma sejauh mana bila dah tukar kerajaan ni, masih sedang memerhati
Comments are closed.