Covid-19: sifar kes penularan di negara Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Buat kali pertama sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Malaysia merekodkan hanya satu kes positif COVID-19. Alhamdulillah.

Baca: Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Dibuka Mulai Jumaat Ini

Berdasarkan statistik sehingga setakat jam 12 tengah hari pada 1 Julai 2020 itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tunggal yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Menurutnya, angka terbaru itu sekali gus membawa maksud bahawa buat kali pertama juga tiada kes penularan dalam negara dilaporkan hari ini sejak COVID-19 yang berlaku pada 2 Mac lalu.

“Sehingga 1 Julai 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat satu (1) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,640 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 144 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Ingin dimaklumkan bahawa satu kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu.

Diingatkan juga kepada orang ramai perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial selagi kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Walaupun negara kita pada hari ini mencatat angka sifar kes covid-19, tidak bermakna perjuangan kita sudah berakhir.

Baca: Dr Zulkifli Hasilkan Buku Panduan Fiqh Covid-19 Dan Himpunan Doa

Kita lihat beberapa negara di luar sana walaupun mereka telah bebas covid-19 tetapi dalam masa yang sama tidak menjaga penjarakan sosial, akhirnya dikenakan lock down semula. Kalau boleh kita taknak jadi seperti itu.

Akhir kata, jagalah diri kita dan sentiasa beringat. Kerajaan dah tetapkan SOP, tolong patuhi dengan sebaiknya. Kita jaga kita ya.

4 Comments

  1. Kehidupan saya juga berubah akibat COVID 19. Memang rasa takut bila masa mula-mula virus ni menyerang sebab jumlahnyang di jangkiti merebak dengan begitu cepat. Mungkin sebab virus ni kita tak nampak dengan mata kasar. Kalaulah nampak mungkin langsung orang tak berani keluar rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!