Covid-19 : Masih Ramai Yang Ingkar PKPP

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seramai 82 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam dengan 75 orang daripadanya dikompaun, manakala enam direman dan seorang diberi ikat jamin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan paling tinggi dilakukan ialah tiada penjarakan fizikal (46), tidak memakai pelitup muka (23), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (12) dan aktiviti dalam pub/kelab malam (1).

Mengenai Ops Benteng, Ismail Sabri berkata, seramai 29 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan dua penyeludup ditahan selain merampas empat kenderaan dan sebuah bot.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 81 sekatan jalan raya di seluruh negara.

Sejak 1 Mei hingga 28 September lalu, seramai 7,389 individu ditahan membabitkan 750 tekong, 6,344 Pati dan 295 penyeludup,”

Beliau berkata, sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 37,133 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 67 hotel dan 10 premis lain.

Daripada jumlah itu, seramai 8,671 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 106 dihantar ke hospital untuk rawatan dan 28,356 dibenarkan pulang,”

Dalam perkembangan lain, katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian terhadap 12 jenis barangan di 650 premis perniagaan termasuk 464 daripadanya peruncit, 157 pemborong dan 29 pengilang.

Bekalan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan serta mudah diperoleh. Daripada 948 pemeriksaan itu, hanya 15 premis diberi nasihat,”

Sumber : Hmetro


Spread the love

One Comment

  1. Kalau ahli politik yang engkar, masih ada wang dan kuasa untuk digunakan. Kalau rakyat biasa, kena la pecah tabung ayam untuk bayar denda.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!