Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
tajuk poligami memang satu tajuk yang sangat panas. Poligami pengalaman peribadi bersama dengan keluarga dan rakan-rakan berpoligami memang bermacam-macam. Majoriti sahabat yang berpoligami akan mempertahankan pendirian mereka berpoligami dan cuba melebarkan pengaruh di kalangan sahabat-sahabat yang masih belum berpoligami. Itulah kekadang takut betul isteri apabila mengetahui suaminya berkawan dengan sahabat yang berpoligami.
Sempena kepanasan drama “Selamat Pengantin Madu” aku kongsikan sebuah kisah “apa salahnya suami berpoligami” di facebook yang mendapat maklumbalas sangat hebat daripada kaum lelaki apatah lagi pembaca wanita. Luahan hati wanita dan isteri majoritinya kurang percaya kepada suami yang berpoligami. Mari kita selami perasaan sebahagian daripada wanita yang suaminya nak berpoligami.
Nur Shazil Zurain : Cuba org lelaki d tempat wanita,ape rasanye?msty sakit hati an.walaupun wanita sentiasa senyum d depan suami,tp dlm hati Tuhan je yg tahu.
Liza Anuar : Malang sungguh si suami yang mahu mengamalkan sunnah poligami namun mendapat muflis di akhirat kelak begitu juga dengan isteri2nya yg menjadi mangsa ketidakadilan. Pilihlah poligami jika ianya memudahkan jalan ke akhirat dan tak salah berundur jika ia sekadar menunda kenikmatan di dunia utk kepuasan selamanya di syurga. Manisnya poligami jgn sampai melenakan kewajipan2 yg akan memberatkan timbangan amalan kita nnt seperti berjuang menjadi seseorg yg bermanfaat utk agama dn kerjaya,berkorban mendidik ank2 menjadi hamba Allah yg berjaya,berkhidmat utk ibu bapa tdk dilupa, janganlah terlebih ghairah menjadi hamba kepada isteri muda kerana kita adalah hamba Allah bkn hamba cinta.
Sutera Rindu : poligami tidak salah.. saya tidak menolak kebenaran. cuma poligami tercalar dgn sikap manusia itu sendiri. Bagaimana cara mereka meyalari kehidupan berpoligami. ..dan kita juga tidak lari dari bisikan iblis utk menyesatkan manusia..di situlah kesilapannya.. menjadi tidak adil..suka membanding2 ..tidak bertangjawp. …sbb serg lelaki yg berpoligami Sekurangnya2 dia telah mengelakan dosa dan maksiat. .Tetapi kita jgn lupa syaitan sentiasa mencari cara terbaik utk bersama mereka..di hasut pula cara lain..bg saya poligami yg sebenar nya tidak bermasalah …hanya bergantung kpd pemimpin nya saje..utk handle 2 ..3..atau 4 ..keluarga.
Zana EryQue : Kalau suami mampu n bertanggungjawab 300% xpe…tp kdg2 ssh nk percaya juga…belum pasang 2 janji i promise u 100% my dear after dpt masuk longkang.nk ikut sunnah nabi blh…tp yg wajib tu ikut x.sekadar pendapat sya…nk mrh fikir dlu kalau dh sempurna oke blh.
Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim” – Surah An-Nisa ayat 3
Puan Suzy : Kalau suami mampu tunaikan segala yg wajib..solat, puasa, didik isteri n ank2 tutup aurat,semua yg wajib da setel,bru ckp pasal sunat…ini,yg wajib pon berlubang2,sebok nk ckp pasal sunat…..typical malay man.
Hud Aikara : bermasalah bukan poligami tu tp manusia. Bila hanya tahu menambah empat tp tak tahu erti adil dan tanggungjawab itu yg keluarga porak peranda. berat tanggungjawab tu bang oii..sanggup ke pikul sampai akhirat nanti.
Jovita Amir : Memang x salah klau suami nk poligami…… Kerana Sunna nabi dan perkara yg d halalkan,tapi adakah cek suami ni dah betul2 yakin diri tu akan ikut spt mna amalan nabi ? Jangan reti ckap je.
Aida Fatiha : Apa saya nampak sbb SEKS ja trend skrg lelaki kawin lagi satu….sedangkan yg kedua nak WANG ja..bukan orgnya..nak tanya lelaki HEBAT ka Kau…tak hargai pengorbanan isteri.
Adib Afiq : mmg ssh istri yg nak trima bermadu ni…tp bg sya….saya tabek n respect pd istri yg dpt trima ktentuan tuhan dlm umhtgganya bla suami kawen lgi…tu bru btl2 boleh suami kawen lebih…bru xsakit kpale suami nk lyn kerenah istri2….klau tak…..heeemmm….jgn harap laaaa mmg xakn bahagia.
Mi Za : Berat tggungjwb lelaki berpoligami..segalanya akn disoal di akhirat nant..mampu ke bersikap adil dlm ertikata sbnrnya? Tepuk dada tanya iman..klau dr awl lg niat dh slh baik lupakn hasrat nk poligami..di dunia seronok tp igt, kt akhirat nant.
Djana-Jade Shafiee : Saya hidup berpoligami dan sy amat rapat dgn madu sy. Malahan bagi sy, selepas hidup bermadu, rezeki bertambah dan lebih bahagia.
harifah Sheikhah Syed Hashim : Masaalahnya nak kawin lebih tapi kedekut nak keluar duit nak bagi makan anak bini. Nak tutup kelemahan dia mula lah pukul bantai isteri supaya tak berani nak melawan.
Ieda Mohd Said : Sy ats pagar…ramai org yg keliling sy yg berpoligami….tp alhamdulillah…dierorg dpt suami yg adil dan baik…madu pn baik ant satu sama lain siap bleh shopping skali…tp x dinafikn ade yg x adil…kesian kt si isteri yg x dpt keadilan.
Ermaini Abdul Aziz : Memang sikap lelaki…tak cukup satu…. Satu jer saya pesan pada sang perempuan…ingat bila awak abik hak org lain belum tentu jadi hak milik awak selamanya…. dan juga pada sang lelaki…kalu tak mampu buat cara tak mampu…jangan kata kan awak kawin semata2 ikut sunah nabi.
Nur Shazil Zurain : Klu ppuan da berkorban,tarungkan nyawa berjam jam utk melahirkan zuriat,tp ade sesetengah suami tidak tahu berterima kasih pd istri.malah tidak pernah mnjaga hati istri. para suami nk isteri anda bertanggungjawab bagaimana lg?
Sutera Rindu : Ada keindahan di sebalik poligami jika ada penghayatan sepenuhnya.. kejujuran suami ..perbincangan dgn baik dgn ank..sessi perkenalan bakal isteri kedua kpd isteri pertama dan ank2. ..in sha allah poligami akan di terima dgn sebaik2 nya..tetapi sebaliknya berlaku..apabila tiada kejujuran. ..mula sorok2…bawa hp dlm tandas….sedar2 dah nikah di sempadan. ..itu lah yg segelintir wanita merasainnya en attack zack..perempuan nie mudah di kendalikan..hati mereka lembut..jika di gaya kan dgn cara lembut in sha allah ..segalanya berjalan dgn baik atas izin allah.
Noraini Abdul Kadir : Tak payah cite banyak ah…tak kena batang hdg sndiri dpt suami yg perangai alahkn syaitan…kalau rasa diri tu baguih sngt mntak2 lah dgn Allah dpt suami yg keparat..hah..masa tu baru th sktnya hati seorg wanita yg baik tp suami tak rasa bersyukur.
Emmy Lee Xana : Kalau segala macam solat pon culas, mengimamkan isteri & anak2 pon payah, mengaji puase pon mcm 1 bebanan……jgn mimpi la nak jadi suami berbini banyak yang adil & saksama. Belom dapat semuanya boleh belaka. Dah dpt, anak bini sedia ada tu mmg jadi pengemis la. Asek la dok tunggu bila si laki nak balik, yg si anak asek la dok tanya mana si bapak. Mmg ada yg bijak adil saksama. Tapi yg poligami sebab nafsu lagi ramai. Nabi SAW ajar semua lelaki bende yg elok2 pasal poligami. Tapi umat Nabi SAW yg merosakkan & cemarkan tujuan asal poligami tu.
Bella Nell : Lelaki kalau bab poligami, mesti paksa perempuan kene terima dan redha yg lelaki bole kawen lebih. Umpama perempuan takde perasaan. Lelaki, cuba terbalikkan diri kamu, sekiranya perempuan boleh berkawin lebih dari 1, apakah perasaan kamu? Bercakap jgn hanya ikut hawa nafsu sj wahai lelaki, kami perempuan ada perasaan bukan hamba nafsu sj.
Nieda Uda : Akhlak paling buruk seorang suami adalah suka membandingkan para isteri bila berlaku perselisihan dan suka menjatuhkan maruah isteri didepan isteri lain….akhlak paling dibenci oleh Allah.
Nabilah Ain : JARANG lelaki sekarang ikut sunnah. Semua ikut nafsu. Ingat perempuan ni patung ke? Dah jemu tambah lagi 1. Cuba lelaki jadi perempuan apa rasa? Ckp pasal hak kononnya perempuan x ada hak mempersoalkan. Setakat mampu atas katil je buat apa. Didik isteri pun x pandai ada hati. Bab poligami je lelaki pandai berkata2. Jd perempuan la nanti thu mcm mne rasa.
Arin Sukor : Pada aku dan untuk diri aku la kan..aku x snggup nk poligami… bia aku janda pun xpe aku puas hati dari aku selalu mkn hati … jantan skang bkn boleh percya.. nak poligami pastu buruk2 bini tua ckap bini tak power la xlyan dia la apa itu la!!!! Itu semua alsan semata2 nk puaskan nafsu… jantan apa pikir benda tu …eiii menyampah la aku… ya allah jauhkan la aku dari poligami ni… x suka3… nanti suami balik dari uma bini no2 ke 3 ke bekas2 bini lain melekat pastu bini tua nk kiss…weakkk
Nursuriana Osman : Nabi berkahwin lain pun selepas isteri pertama dia meninggal.. sbb ape? Sbb nak jaga hati isteri tercintanya.. sbb isteri pertama dia ada disisi disaat susah dan senang Rasullullah.. Rasullullah dan zaman dulu berpoligami atas dasar KEPERLUAN.. zaman sekarang ni.. berpoligami atas dasar KEHENDAK.. sakitkan hati isteri pun dosa tau..Ingat para suami… walaupun si isteri terima kamu berpoligami.. tapi hati dia TETAP AKAN TERLUKA DAN KEBAHGIAANNYA BERUMAH TANGGA TISAH SEBAHAGIA SEMASA HANYA DIA SEORANG DIHATI KAMU.. jadi si suami faham2 la.. kalau da isteri tu baik dari segala.. da bagi zuriat.. hargai la yg satu tu.. cukup la satu.. dalam islam pun meletak kan.. BERKAHWIN SATU ADALAH LEBIH UTAMA… WANITA YG BAHAGIA ADALAH WANITA YG MERASA SHE IS YHE ONLY ONE DALAM HATI SUAMI TERCINTA NYA.. DAN INGAT PARA SUAMI.. LELAKI YG BERJAYA ADALAH LELAKI YG DAPAT MEMBAWA ISTERI DAN ANAK2 DIA KE SYURGA ALLAH.. WALLAHUALAM.
Nor Za Hana : dah la kawin ramai,..bini2 plak soh cari rezeki…alasan bantu membantu…seronoknye ekk…kemainnnn~ pandai sgt2.. jauh menyimpang dr sunah tu… ade tu, kawin 2 je pon… sedara tnya anak no 3 skola drjah brpe, bapak pon x taw xleh nk jawab..nasib ko la nakkk!
Pasti ada pengajaran yang kita boleh pelajari dari isi hati mereka. Bagi ALLAH tak kisahlah berapa ramai isteri seorang lelaki yang terbaik adalah mereka yang paling berTAQWA. Mari kita muhasabah diri kita adakah kita termasuk dalam radar yang telah ditetapkan oleh ALLAH.
——————————————————————————
Masalah seksual pada suami menyebabkan isteri mencari makan diluar dan tidak kurang ada main dengan suami orang. Masalah begini tidak akan berlaku sekiranya suami bertindak dengan mencari penawar kepada masalah yang dihadapi.
Rahsia terbaik buat para isteri yang ingin menguasai suami
Bertindak sekarang sebelum terlambat kerana ada ramai lelaki dan suami orang yang mempunyai daya seks yang kuat sehingga boleh menambat hati isteri anda yang sedang gersang.
484 Comments
Manis pahitnya poligami ni mesti disebarkan agar menjadi pedoman kepada kita semua…semua rata2 nak kita buat pilihan yang tepat agar tidak tersilap berpoligami…saya sokong cara ini dapat menghindari diri daripada nafsu semata2 malahan mengamalkan poligami mengikut sunnah rasulullah..
Curahan rasa JAWATAN KOSONG TERBARU @ ..IKLAN JAWATAN KOSONG UiTM
ceit.. ikutkan kahwin satu pun ada pahit dan manisnya… kenapa nak double standard kan isu kahwin pologami pulak..
yang manis itu biasanya membawa penyakit dan yang pahit itu biasanya obat. kecuali madu mmg penawar segala jenis penyakit..
Bukan main keras komennya di Facebook dan blog Denaihati. Pedas sungguh reaksi mereka terhadap isu panas ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
orang perempuan jer yg berlebih lebih… tak kena lagi nikmat poligami.. dah rasa esok tersenyum lebar..
bila bicara bab nikmat ni mmg hanya tuhan ajer yg tahu.. itulah cabang rahmat dari nya..
yang pedas tu lah yang dicari utk santapan tengah hari. ibarat sambal belacan…
Ini ini sentiasa menjadi panas, banyak kaum Hawa mula membangkitkan pelbagai masalah berkaitan dengan kaum Adam yang pandai berpoligami tetpi tanggungjawab entah ke mana?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
meraka yg membangkitkan ni bukan yg kena poligami pun… poyo lebih…
rasanya kalau isteri isteri sepakat tiada masalah yg akat timbul.. sepakat seperti sepakatnya kampung hai pening lalat..
kita semua sepakat di kampung hai pening lalat mengucapkan selamat pengantin baru..
Kisah berpologami dari dulu hingga sekarang sentiasa panas. Pelbagai reaksi daripada pembaca lebih lagi kaum Hawa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kalau diaorang boleh manitain lepas 10 tahun kahwin dah tentu si suami tak cari lain… so salah dia orang jugak..
huh pedas sungguh ni… sila jgn buat kenyataan berpoligami kerana isteri sedia ada sudah tidak maintain cun… nanti org kata kerana nafsu semata walau hakikatnya nafsu itu mmg fitrah manusia
manusia mmg dikurniakan nafsu dan akal , itu yg membezakan kita dgn haiwan..
tajuk yang boleh membuat kaum hawa emo ni. Sambil baca artikel pun dah rasa emo. Hehe
Curahan rasa SP @ ..Review Copy Pakej Rujukan Exam Online Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) 2014
emo tak bertempat… benda mmg bagus utk ummah sejagat apa nak kecoh…
tak payah emo emo la SP.. awak tak kesian ke pada kaum hawa yg tak ketemu jodoh sampai ke sudah??
rileks rilleks sabar sabar… jgn emo emo.. nanti cepat tua kang suami cari yg lain pulak sbb isteri nampak lebih tua dari usia sebenarnya.
PG tak tahu nak kata lagu mana. But, hidup membesar disamping mama yang dimadukan tanpa pengetahuan beliau, memang nampak perbedaan disitu. Lebih-lebih lagi bila kebahagian yang direntap dalam sekelip mata. Nak salahkan siapa masa tu? Tak tahu. Anak-anak menjadi kekuatan mama. Sebagai anak, PG doakan mama tabah dan mama tabah sehingga bapa dijemput olehNya dan sehingga ke hari ini. Al-fatihah.
berat tanggungjawab seorang lelaki ni lagi-lagi bila ingin berpoligami
Tanggung jawab di sini dan jawapan di sana
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Ubat Buasir : Faktor & Pencegahan
Allah tak akan uji hambanya lebih dari kemampuan hamba itu… kalau faham maksud ni takde dakwa dakwi lagi dah…
manusia ni mmg diciptakan utk memegang tanggungjawab… lahir2 jer pun dah ada tanggungjawab.
berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul… kalau kongsi 2tiga bahu utk pikul mungkin boleh ringan kan beban
jangan dibuat main..poligami ni maknanya orang lelaki kena tambah satu lagi tanggungjawab untuk dipikul
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Tips Temuduga Kerja Kerajaan
satu ke dua ke tiga ke tetap lelaki kena pikul tanggungjawab.. takde bezanya pun..
kalau tak sungguh maka tak dikata… belakang parang diasah pun boleh tajam..
sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina nya.. kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai..
lebih baik memahami maksud sebenar poligami spepertimana yang telah ditulis dalam al-quraan .
Curahan rasa Nadiah Othman @ ..Alfalfa Complex Rahsia Keintiman dan Kesuburan
betul tu…. harap kaum hawa semua dapat memahami dan hadam baik baik… jangan main tolak jer mentah mentah..
hadam baik baik huhuhu… mmg perlukan sel sel otak berhubung utk hadam perkara ini..
mana yg dah pernah mengandung tu mungkin boleh sel sel otaknya berhubung kesan pengambilan anmmun.
Erkk baru perasan ada gambar Ayu … hoho …. 🙂 jeng jeng jeng …. wanita juga ada perasaan .. betullah tu …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kita lelaki pun ada perasaan yang diberi oleh Allah untuk berpoligami.. dah itu fitrahnya..
perasan yang sebtiasa membuak buak… siapa tak mahu berjalan2 sambil di apit oleh 2 orang wanita kan….kan..kan…
kalau dah membuak buak harus dicari penawarnya agar berlandaskan jalan yg sempurna.
Hahaha keluar lagi gambar si Abang Ensem ni … uhhh macam mendoakan je untuk AE ada jodoh dengan Hanis Zalikha .. hoho ….
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kesian nanti kan meran.. mau menangis meraung 44 hari nanti si meran tu.
kalau dah jodoh tak kemana… jgn pikirkan orang lain sangat
Poligami memang tak salah, tapi sangat mencabar.
Tak semua lelaki mampu adil dengan semua isteri mereka.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Doa Banyak-Banyak Tapi Tak Dapat-Dapat, Kenapa?
belum cuba belum tahu… biar yg dah merasa jer yg bagi penjelasan kebenaran dan kemanisan yang ada dalam berpoligami.
kami lelaki mmg suka kan cabaran… mmg pengambaraan melengkapkan 4 serpihan tulang rusuk kami ini satu yg amat mencabar kami dari segi fizikal dan mental…
Assalam…..saya tak halang poligami….tp sisuami yang nak poligami tulah mesti faham apa tu poligami terlebih dahulu. Kmdn lihat dirinya…..adakah ia mampu utk beri nafkah dan adil…..jika ia bokeh lakukan…..maka teruskan hajatnya…..jk dilihat drama selamat pengantin madu tu…..memang ia layak…..tp no 2 tu yang tak reti nak mengalah….dah ambil hak org, dia pula yg lbh2…… dlm poligami ni kita perlu bertolak ansur…barulah hdp amsn damai…….itu pendaost saya aja….
Sbnarnya masalah poligami ni bukan punca dari suami je .. tapi isteri juga .. bila isteri sendiri tak faham apa itu poligami .. maka benda tu jatuh masalah pada si suami …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
betul tu… selalu orang perempuan ni yang lebih lebih… berlebih lebih dalam setiap sesuatu urusan.
soal nafkah ni bersangkut paut dgn rezeki dan rezeki itu milik Allah.
Walau apa pun pendapat manusia, yang penting kena ikut apa yang Islam kehendaki.
Curahan rasa Nurul @ ..Penjelasan Ustaz Azhar Idrus | Tanda- Tanda Rezeki Yang Berkat
betul tu… dah diharus kan berpoligami maka kena la ikut kan kan..
Harus tak bermakna kena ikut. Nak ikut, ikut. Tak nak ikut, sudah. Sila fahamkan maksud harus dan wajib ya 🙂
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Senarai top 100 cabaran ke-2 iPhone 5s
adakalanya hukum yang harus itu akan bertukar menjadi wajib… takkala itu berlaku adakah anda akan akur??
Jika hidup didunia ini untuk mencari kebahagiaan di akhirat… pasti tiada apa yg perlu dipertikaikan.
Curahan rasa BM @ ..Tingkatkan Trafik Blog Guna Pinterest
Betul tu, saya setuju. Ramai yang anggap poligami ni masalah dunia .. lagi2 ada yang kait ttg dunia seksual lelaki … orang tak faham je yang nampak bab tu walhal banyak kebaikan poligami ni kalau difikirkan betul2 …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Panduan Lulus Exam PTD M41 2014
kena buat kempen we want berpoligami secar besar besaran dan konsisten..
kempen yea.. kenapa selama ini tak pernah terpikir… kena usahakan ni??
Comments are closed.