Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru minta kawan uruskan renew road tax kereta, memang boleh renew road tax online tapi saja nak bantu bisnis kawan-kawan. Lupa nak ingatkan kawan guna alamat baru jadi dia renew road tax ikut alamat lama yang tercatat di MyKad jadinya wakil MyEG pun hantarlah road tax itu ke rumah alamat lama. Susah juga bila MyKad guna alamat rumah lama jadi masalah bila dokumen penting menyimpang ke tempat lain. Nampaknya sudah tiba masanya aku tukar MyKad baru.
Sekarang mudah sebenarnya nak ganti MyKad boleh diuruskan secara online dan boleh semak status pemohonan MyKad secara sms. Tapi baru-baru ini aku terbaca status FB Kak Jie ramai kawan-kawan kongsi pengalaman boleh tukar MyKad dalam tempoh sehari sahaja. Isteri aku pun beritahu abang dia buat MyKad untuk anak di Pejabat Pendaftar Shah Alam di Plaza Masalam siap sehari je.
Antara Pengalaman Ganti MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara
Muhammad Tarmizi : K.j kalau kat jpn putrajaya siap dlm masa 2 jam…parking public ada kat belakang jpn tu
Ellie Toh : Itu semua bohong semata. Siap dalam masa 2 – 4 minggu kakak ku sayang. Ellie &family dah kena. Siap selepas 2 minggu. Buat di JPN Putrajaya. Ahhhhh… semua itu BOHONG!
Bila baca status FB Kak Jie jadi pening pulak macam-macam pengalaman yang dilalui oleh kawan-kawan ketika nak ganti MyKad. Paling terbaik pengalaman Blogger Muhamad Tarmizi ganti MyKad hanya dua jam sahaja manakala Ellie Toh lebih dua minggu baru siap. Kenapa jadi macam ini kan sepatutnya Jabatan Kerajaan ada carta aliran kerja yang mesti dipatuhi.
Memang sepatutnya semua Warga Malaysia sudah menukar MyKad yang lebih kualiti bermula Januari 2012 tetapi bukanlah wajib. Kelebihan pada MyKad baru ialah menggunakan cip baru yang telah diuji kualiti ketahanan di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf. MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.
Kita tunggu apa pengalaman Kak Jie menukar MyKad suami beliau di Jabatan Pendafataran Negara Putrajaya. Kalau memang betul ganti MyKad boleh siap dua jam memang menjadi keutamaan aku untuk menukar MyKad yang sudah lebih 10 tahun ini. Kepada yang ada pengalaman ganti MyKad baru sila kongsikan untuk rujukan kita bersama.
138 Comments
Saya renew mykad waktu nak buat passport. cip mykad rosak, so dieorang suruh buat baru supaya senang nak buat passport tu. masa saya buat tahun 2011 @ 2012 mungkin, siap dalam 3-4 jam.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
alhamdulillah sekarang semua dipermudahkan dengan bantuan teknologi.
teknologi sememangnya memudahkan, menjimatkan masa 🙂
Curahan rasa Zack One @ ..5 in 1 Emergency Light Car Hammer Flashlight Cutting Belt Magnet
dulu2 sebulan baru siap.. sekarang cepat. naik isi borang, ambik gambar.
pastu turun minum kopi… siappp!
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Rindu Awak 200% di Slot Akasia
satu jam pun boleh siap. tapi ada yang buat IC baru di UTC siap dalam tempoh 2 minggu.
tak pasti pulak kenapa.
better pegi buat di jabatan pendaftaran dan jagan buat di UTC
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
Kadang risau juga kalau terlalu cepat siap.. dikhuatiri tercicir ciri2 keselamatan.. hahaha.. boleh ke camtu?
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ujian Kehamilan Di Rumah
Sepatutnya sudah sampai masa saya untuk menukar MyKad.. Tapi seperti biasa, malas sedikit nak berurusan.. Hehe
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Singkirkan Toxin Dengan Set Detox Shaklee
Setahu saya siap berminggu-minggu juga. Kalau lagi cepat lagi bagus actually
suami pernah buat ic baru….pergi pagi petangnya datang ambik…mungkin sebab ramai orang.
Curahan rasa ema @ ..Bila Adik Datang Kuala Lumpur
Cepat juga tu kan.. Teringat masa mula-mula buat kad pengenalan.. Nak juga 1 bulan baru siap..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk Berpantang
Rasanya dah setahun dok terfikir nak tukar..sampai laa ni tak tukar2 lagi. Kalau senang dan cepat rasanya nak tukar jugaklah, yang lama ni sampai dah terkopek kopek dah
Curahan rasa Hannyabdullah @ ..Masa Untuk Belajar Kitab Teknik Seo Merah Jambu
Biasa, tempat yang boleh siap paling cepat bergantung pada tempat. Paling lama 3 minggu, paling cepat 4 jam di Kedah. fuuuuuu
UTC pun tak dak function, sehari boleh siap katanya. Tak payah 😀
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..E -COMMERCE Menakluk Asia Tenggara
ada yg buat di UTC siap dalam masa 2 minggu.. gila betul. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..CARA KEKAL SEGAR DI BULAN RAMADAN
Semakin hari semakin canggih teknologi. Sebab tu lah kejap je siap mykad ni.
Curahan rasa ZESCT @ ..SIARAN LANGSUNG PAHANG VS SIME DARBY 19 APRIL 2014
bagus sekali artikelnya
nad pun tak tukar lagi tuan denaihati..disebabkan kekangan masa..tapi nak takank kene tukar..kerajaan pun kenela tetapkan sistem yang sistematik supaya semuanyer berjalan dengan lancar
Curahan rasa nadia johari @ ..HAPPY LIFE FOOT PATCH
Kalau tak silap berapa lama siap bergantung pada status IC tu. Kalau yg bermasaalah atau out-station (fail di negeri lain) mmg lewat sikit. Tapi kalau yg ok dan mmg fail ditempat yg sama, biasanya satu hingga 2 jam sahaja. Kalau mahu senang, datang awal pagi (7.30 am). Pengalaman kawe lah…
Curahan rasa Ismail N @ ..Last Hours : The 6th Mass Extinction
kalau betul la 2 jam boleh siap…..sy pun nk wat jg la.tak payah nk tunggu berminggu-minggu.
Comments are closed.