Betul ke ganti MyKad siap dua jam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru minta kawan uruskan renew road tax kereta, memang boleh renew road tax online tapi saja nak bantu bisnis kawan-kawan. Lupa nak ingatkan kawan guna alamat baru jadi dia renew road tax ikut alamat lama yang tercatat di MyKad jadinya wakil MyEG pun hantarlah road tax itu ke rumah alamat lama. Susah juga bila MyKad guna alamat rumah lama jadi masalah bila dokumen penting menyimpang ke tempat lain. Nampaknya sudah tiba masanya aku tukar MyKad baru.

Sekarang mudah sebenarnya nak ganti MyKad boleh diuruskan secara online dan boleh semak status pemohonan MyKad secara sms. Tapi baru-baru ini aku terbaca status FB Kak Jie ramai kawan-kawan kongsi pengalaman boleh tukar MyKad dalam tempoh sehari sahaja. Isteri aku pun beritahu abang dia buat MyKad untuk anak di Pejabat Pendaftar Shah Alam di Plaza Masalam siap sehari je.

[box type=”shadow”]

Antara Pengalaman Ganti MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara

Muhammad Tarmizi : K.j kalau kat jpn putrajaya siap dlm masa 2 jam…parking public ada kat belakang jpn tu

cara_ganti_mykad
Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (MyKad) – Sumber google

Ellie Toh : Itu semua bohong semata. Siap dalam masa 2 – 4 minggu kakak ku sayang.  Ellie &family dah kena. Siap selepas 2 minggu. Buat di JPN Putrajaya. Ahhhhh… semua itu BOHONG!

Inginkan Harta Yang Diberkati?
[/box]

Bila baca status FB Kak Jie jadi pening pulak macam-macam pengalaman yang dilalui oleh kawan-kawan ketika nak ganti MyKad. Paling terbaik pengalaman Blogger Muhamad Tarmizi ganti MyKad hanya dua jam sahaja manakala Ellie Toh lebih dua minggu baru siap. Kenapa jadi macam ini kan sepatutnya Jabatan Kerajaan ada carta aliran kerja yang mesti dipatuhi.

ciri_ciri_keselamatan_mykad_baru

Memang sepatutnya semua Warga Malaysia sudah menukar MyKad yang lebih kualiti bermula Januari 2012 tetapi bukanlah wajib. Kelebihan pada MyKad baru ialah menggunakan cip baru yang telah diuji kualiti ketahanan di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf. MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.

kelebihan_mykad_baru

Kita tunggu apa pengalaman Kak Jie menukar MyKad suami beliau di Jabatan Pendafataran Negara Putrajaya. Kalau memang betul ganti MyKad boleh siap dua jam memang menjadi keutamaan aku untuk menukar MyKad yang sudah lebih 10 tahun ini. Kepada yang ada pengalaman ganti MyKad baru sila kongsikan untuk rujukan kita bersama.


Spread the love

138 Comments

  1. Saya br je apply i/c pada 9 Julai 2014 lalu, di JPN Sri Rampai tapi bila semak guna
    sms smpai hari nie still lg “in process” (30 Julai 2014), proses nk buat mmg xde mslh, x smpai 10 min. Officer tue jnji pn dlm tempoh 2 mggu jew. Mcm kes sy dh lbih dr 2 mggu rsnya.. Even 10 hr bekerja pn dh lbih…. So effective? No comment.. ^_^

  2. Maaf saya nak bagi pencerahan skit kalau ikutkan dalam piagam pelanggan JPN bagi Pejabat JPN di UTC , JPN Ibu Pejabat Negeri dan JPN Ibu pejabat Putrajaya tempoh siap Kad Pengenalan adalah 24 Jam yang bermaksud buat harini dapat esok tetapi mereka yang dapat dalam tempoh 2 jam kerana pada hari tersebut tidak banyak permohonan diterima jadi cetakan Kad Pengenalan jadi cepat siap…Ellie Toh dapat selepas 2 minggu maybe kerana cap jari ada masalah sebab Cawangan negeri pon paling lambat 10 hari bekerja je untuk siap … JPN tak pernah janji Kad Pengenalan siap 2 jam so klu masa pergi bt mmg tak dapat 2 jam jgnla marah dan komplen2 sbb terang2 kat piagam da tulis 24 jam mohon bertoleransi sesama manusia dan jgn asyik salahkan kerajaan…..

  3. saya buat new mykad taun lepas.. saya buat di johor bahru. siap dalam sebulan.. alahai.. siap sejam ke, seminggu ke, sebulan ke.. asalkan dapat mykad..

  4. jangan lupa aktifkan mykad anda untuk menikmati diskaun, rebat tunai n mata ganjaran (boleh di reedem) di kedai-kedai yang menyertai.
    untuk rujukan kedai yang menyertai boleh download applikasi MSSP di Google Play atau Apple Market.

    hubungi sy di 0137862324 untuk maklumat lanjut.

  5. Tak la mane de smpai 2 minggu -.- bohong erk jpn daerah pon seminggu je
    Dgr gak ade ok kate siap dlm 2 jam or beberapa
    Tp sebenarnye 1 hari -.- pns gak
    Dh la jauh
    Tp tape naseb bek 1 hari jeee

  6. Mmg boleh siap 2 jam tuan. Saya dh buat dh. Tapi mengikut tempat. Ini kerana, 2 jam siap tu adalah disebabkan ada mesin memproses yg terdapat di sesebuah cawangan jabatan pendaftaran. Jika tiada, ia akan mengambil masa utk permohonan dihantar ke hq. Info dari kawan saya la..

  7. Sehari dh boleh siap..sy dh buat dh..

    Klu duk area kl,bleh wt kt UTC Pudu Sentral..pagi buat,ptg dh blh amik..klu nk amik dlm masa 2 jam,boleh call dulu…klu buat ptg, esoknya dh blh amik..

    Kt utc mcm2 ade…jgnkan jpn,imigresen ke pejabat pos ke,jpj,ssm, semua ada dlm satu tmpt…senang punya kje..save time,save cost,save energy..hahahhaha..baik punya!!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!