Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru minta kawan uruskan renew road tax kereta, memang boleh renew road tax online tapi saja nak bantu bisnis kawan-kawan. Lupa nak ingatkan kawan guna alamat baru jadi dia renew road tax ikut alamat lama yang tercatat di MyKad jadinya wakil MyEG pun hantarlah road tax itu ke rumah alamat lama. Susah juga bila MyKad guna alamat rumah lama jadi masalah bila dokumen penting menyimpang ke tempat lain. Nampaknya sudah tiba masanya aku tukar MyKad baru.
Sekarang mudah sebenarnya nak ganti MyKad boleh diuruskan secara online dan boleh semak status pemohonan MyKad secara sms. Tapi baru-baru ini aku terbaca status FB Kak Jie ramai kawan-kawan kongsi pengalaman boleh tukar MyKad dalam tempoh sehari sahaja. Isteri aku pun beritahu abang dia buat MyKad untuk anak di Pejabat Pendaftar Shah Alam di Plaza Masalam siap sehari je.
Antara Pengalaman Ganti MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara
Muhammad Tarmizi : K.j kalau kat jpn putrajaya siap dlm masa 2 jam…parking public ada kat belakang jpn tu
Ellie Toh : Itu semua bohong semata. Siap dalam masa 2 – 4 minggu kakak ku sayang. Ellie &family dah kena. Siap selepas 2 minggu. Buat di JPN Putrajaya. Ahhhhh… semua itu BOHONG!
Bila baca status FB Kak Jie jadi pening pulak macam-macam pengalaman yang dilalui oleh kawan-kawan ketika nak ganti MyKad. Paling terbaik pengalaman Blogger Muhamad Tarmizi ganti MyKad hanya dua jam sahaja manakala Ellie Toh lebih dua minggu baru siap. Kenapa jadi macam ini kan sepatutnya Jabatan Kerajaan ada carta aliran kerja yang mesti dipatuhi.
Memang sepatutnya semua Warga Malaysia sudah menukar MyKad yang lebih kualiti bermula Januari 2012 tetapi bukanlah wajib. Kelebihan pada MyKad baru ialah menggunakan cip baru yang telah diuji kualiti ketahanan di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf. MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.
Kita tunggu apa pengalaman Kak Jie menukar MyKad suami beliau di Jabatan Pendafataran Negara Putrajaya. Kalau memang betul ganti MyKad boleh siap dua jam memang menjadi keutamaan aku untuk menukar MyKad yang sudah lebih 10 tahun ini. Kepada yang ada pengalaman ganti MyKad baru sila kongsikan untuk rujukan kita bersama.
138 Comments
Apabila membaca entri ini baru saya teringat… Saya dah tukar Mykad pada bulan Oktober tahun lepas, kebetulan sekali mendaftarkan kelahiran anak ke 3 saya… Sampai sekarang saya belum mendapat sebarang surat atau panggilan telefon daripada JPN tentang status MyKad saya.. Nampaknya saya kena Follow Up dengan JPN bila balik kampung nanti… Terima kasih kerana ingatkan saya… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Al-Kisahnya DiGi WWWOW Awards 2014
bergantung pada tempat juga rasanya , ada yang siap dalam masa 2 jam,ada yang sebulan baru dapat kad pengenalan terbaru tu
Curahan rasa wazy @ ..Prabayar Yang Membayar
tengok TEMPAT. Bukan semua tempat servisnya ok.
macam bapak dan mak aku..memang awal. tak sampai 2 jam pun.
dan memang KENA datang “AWAL”.
hangpa datang lewat..tak hairan la berjam-jam..
Curahan rasa titan @ ..Orang tak ada TARGET ni..dia tak cukup TAMAK sebenarnya..
Saya tak apdet lagi ic saya….
selalu kalau bab nak berurusan dengan kerajaan ini kita kena peka lokasi juga. kalau tempat buat itu dekat bandar rasanya makan masa mungkin sebab terlalu ramai agaknya. tapi masa saya buat kad pengenalan di ipoh cepat pula siapnya. mungkin sebab tak ramai. apa pun kalau nak siap cepat selalu juga pergi ke jabatan kerajaan wajib keluar rumah awal-awal. terkadang memamg tak logik bila kad pengenalan kata boleh siap 2 minggu padahal masa saya membuat kad penganalan anak di masjid tanah melaka sekejap jer. Tak tahu pula jika pegawainya bercuti ker, sistem asyik down entahlah.
eh jpn tak buka cawangan dekat UTC ke? kalau ada sudah pasti kita boleh pergi waktu bila kita free.
Curahan rasa suri @ ..Quilling Paper Sale Cahayacinta.com
Tak pasti pula di daerah Sabak ni. In sha Allah tahun depan akan tukar bersama anak yang bakal mencecah usia 12 tahun
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..Semakan Keputusan Pertukaran Pensyarah Kolej Matrikulasi Sesi 2014
saya tak tukar lagi IC baru.. Nak kena tukar jugak nanti.. IC sekarang dah macam nak rosak je..
Curahan rasa Anarm @ ..Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air
masa saya tukar kad pengenalan lama ke baru dalam masa 2jam lebih dah siap dah… buat di JPN Shah Alam.. =)
alhamdulillah tak perlu menunggu lama… tapi pengalaman renew passport di Putrajaya memang lambat.. dari pagi sampai petang baru boleh siap….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Melastik Bintang Di Papa Pilihan Pa&Ma Edisi Mei 2014
sy pernah buat kt melaka..dtg pagi..petang dlm pukul 4 dh siap 🙂
Curahan rasa Vimax Malaysia @ ..Pil Vimax – Bagaimana Vimax Boleh Mengubah Hidup Anda?
MyKad saya dah rosak ni. Patah kat bucuk sikit. Teringin jugak nak tukar. Lepas ni terus ke JPN Putrajaya lah lagi senang. 2 jam siap? Bagus ni.
Curahan rasa Ammar @ ..Punca Sebenar Lelaki Buat Laporan Polis Laungan Azan Terlalu Kuat
Dekat jpn putrajaya ada carta aliran kerja..boleh tengok..ic siap dalam masa 1 hari (24 jam) sekirannya tiada masalah cap jari semasa diambil..dan tiada istilah siap ‘on the spot’..
MyKad, kalau nggak salah di Indonesia disebutnya E-KTP. Untuk membuat memakan waktu yang cukup lama…
Curahan rasa Dawaihati @ ..7 Alasan Mengapa Omset Usaha Es Krim Menggiurkan
Betul tu Bang Dadan kalau di Indonesia di panggil KTP. Bukan kah maksudnya “Kartu Tetap Penduduk” atau apa ya maksudnya???
Curahan rasa denaihati @ ..Diego Garcia rahsia dunia
buat ic NIRC baru tempoh siap dalam 3 minggu, tapi buat lesen memandu yg baru terus siap tak sampai 2 jam…huhuhu
Curahan rasa az @ ..Bulan Kaler Meran (bloodMoon)
saya pernah buat di UTC Melaka, memandangkan dah petang maka keesokan harinya baru boleh ambil IC baru.
kata mereka kalau datang pagi lepas 2 jam boleh ambil dah.
Curahan rasa ejam @ ..Dalam Troli Pun Jadi.
2 jam? perghhh.. service express tu.. Haha. Saya tukar mykad hari tu dia bg tempoh 24jam.. esok baru ambil… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Alhamdulillah! Cek dari nuffnang untuk tahun ini
Comments are closed.