Betul ke ganti MyKad siap dua jam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru minta kawan uruskan renew road tax kereta, memang boleh renew road tax online tapi saja nak bantu bisnis kawan-kawan. Lupa nak ingatkan kawan guna alamat baru jadi dia renew road tax ikut alamat lama yang tercatat di MyKad jadinya wakil MyEG pun hantarlah road tax itu ke rumah alamat lama. Susah juga bila MyKad guna alamat rumah lama jadi masalah bila dokumen penting menyimpang ke tempat lain. Nampaknya sudah tiba masanya aku tukar MyKad baru.

Sekarang mudah sebenarnya nak ganti MyKad boleh diuruskan secara online dan boleh semak status pemohonan MyKad secara sms. Tapi baru-baru ini aku terbaca status FB Kak Jie ramai kawan-kawan kongsi pengalaman boleh tukar MyKad dalam tempoh sehari sahaja. Isteri aku pun beritahu abang dia buat MyKad untuk anak di Pejabat Pendaftar Shah Alam di Plaza Masalam siap sehari je.

[box type=”shadow”]

Antara Pengalaman Ganti MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara

Muhammad Tarmizi : K.j kalau kat jpn putrajaya siap dlm masa 2 jam…parking public ada kat belakang jpn tu

cara_ganti_mykad
Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (MyKad) – Sumber google

Ellie Toh : Itu semua bohong semata. Siap dalam masa 2 – 4 minggu kakak ku sayang.  Ellie &family dah kena. Siap selepas 2 minggu. Buat di JPN Putrajaya. Ahhhhh… semua itu BOHONG!

Inginkan Harta Yang Diberkati?
[/box]

Bila baca status FB Kak Jie jadi pening pulak macam-macam pengalaman yang dilalui oleh kawan-kawan ketika nak ganti MyKad. Paling terbaik pengalaman Blogger Muhamad Tarmizi ganti MyKad hanya dua jam sahaja manakala Ellie Toh lebih dua minggu baru siap. Kenapa jadi macam ini kan sepatutnya Jabatan Kerajaan ada carta aliran kerja yang mesti dipatuhi.

ciri_ciri_keselamatan_mykad_baru

Memang sepatutnya semua Warga Malaysia sudah menukar MyKad yang lebih kualiti bermula Januari 2012 tetapi bukanlah wajib. Kelebihan pada MyKad baru ialah menggunakan cip baru yang telah diuji kualiti ketahanan di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf. MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.

kelebihan_mykad_baru

Kita tunggu apa pengalaman Kak Jie menukar MyKad suami beliau di Jabatan Pendafataran Negara Putrajaya. Kalau memang betul ganti MyKad boleh siap dua jam memang menjadi keutamaan aku untuk menukar MyKad yang sudah lebih 10 tahun ini. Kepada yang ada pengalaman ganti MyKad baru sila kongsikan untuk rujukan kita bersama.


Spread the love

138 Comments

  1. entah saya tak pernah buat kat JPN putrajaya lg…buat kat cawangan Banting jer…seminggu siap…malas nk tunggu dan pergi kesana buang masa jer…haha

  2. berkenaan dengan MyKad, yeop ada pengalaman semasa hilang kad dan pembaharuan kad.

    sebelum yeop bertukar ke mykad baru, yeop pernah hilang di pekan Gerik sekali dompet dan mykad dalam tu, memang tak duduk senang kiranya sebab tinggal beberapa bulan nak periksa SPM. Kos hilang kad hampir RM100 pada asalnya, tapi akhirnya bayar hanya RM30 bila merayu melalui surat ke Putrajaya. Memang tunggu lama, dalam 3 bulan dapat kad baru. cip pun seingat yeop dalam 64k cip.

    dah hampir beberapa tahun pakai tu, yeop dapat kesan kerosakan pada kad apabila ia mula mengopek di dalam kad. tahun lepas baru buat, kos dalam RM10 sebab ada sahabat di jabatan tu. memang tunggu lama jugak, dalam 3 bulan.

    bila yeop tengok balik pada carta pembuatan kad, ia memang mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan mykad, ya 3 bulan. nak buat jauh pun tiada masa, masa tu mana ada UTC dan RTC kat Ipoh. nak taknak yeop buka online untuk semak mykad dah siap atau tidak.

    3 bulan kalau buat di pekan atau bandar kecil. jenuh sangat.
    Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Impian Jadi Kenyataan?!My Profile

  3. Ada niat hendak menukar MyKad baru yang dikatakan telah dipertingkatkan ciri-ciri keselamatan. Belum berkesempatan lagi hendak ke JPN.

  4. Sy buat tahun lepas masa tu kebetulan nak settlekan mykid anak so alang2 dah dtg jpn putrajaya masa tu terus la ajak wife buat mykad yg baru sekali

    Sy n wife ambil no giliran pastu proses..pastu ambil gambar..then kaunter suruh tunggu 2 jam baru siap dan memang 2 jam lepas tu siap

    Itu pengalaman sy..dan sebelum tu sy pernah buat surat beranak anak dengan mykid sekali pun 2 jam dah siap..cuma sy x dapat nak collect lepas 2 jam sebab dia nak sijil nikah original baru dpt collect mykid n surat beranak
    Curahan rasa mijie @ ..Menunggu masa untuk lenyapMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!