Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ALLAH punya kerja kebetulan tarikh Panda 4.0 dilepaskan oleh Google dengan kedatangan tetamu Malaysia dari China, Beruang Panda hampir sama. Cuma bezanya kehadirana Panda 4.0 tidak dikisahkan sesiapa tidak seperti beruang panda Fu Wa dan Feng Yi yang mendapat serangan cyber troops parti politik yang menjadi viral di sosial media. Memang tak pelik dengan serangan cyber troops politik yang bertujuan memanupulasi minda pengikut setia yang terus berjangkit dari satu smartphone ke satu smartphone dan jadi bahan bicara di warung kopi hingga ke surau.

gambar Beruang panda akan diterbangkan dari China oleh MASkargo
Beruang panda akan diterbangkan dari China oleh MASkargo

Setelah aku buat sedikit kajian rupanya program Diplomasi Panda oleh Kerajaan China sudah berjalan sejak zaman Dinasti Tang pada tahun 625, yang pertama kepada Maharaja Jepun. Sudah lama rupanya programa ini berjalan kalau tidak disebabkan kontroversi Beruang Panda Malaysia ini mesti sampai mati pun aku tak tahu ilmu ini. Malaysia adalah antara banyak negara yang telah menerima Giant Panda untuk program Diplomasi Panda.

gambar panda Fu Wa dan Feng Yi
Beruang Panda Fu Wa dan Feng Yi

Dari pembacaan aku ramai yang mempersoalkan jumlah duit sebanyak RM70 juta yang Kerajaan akan keluarkan untuk panda Fu Wa dan Feng Yi semalam 10 tahun berada di Malaysia. Mungkin cara fikir kita berbeza. Melihat China sebagai kuasa ekonomi dunia yang baru dengan nilai perniagaan ber trillion dollar tidak salah Kerajaan mengeluarkan modal sebanyak RM70 juta dalam masa 10 tahun maknanya RM7 juta setahun untuk memelihara beruang panda demi untuk mendapat pulangan ekonomi yang lebih besar. Mana ada perniagaan tidak keluar modal terutama untuk mendapat nilai perdagangan ratusan billion yang akhirnya memberi nilai ekonomi seperti sumber pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia. Orang kita memang ramai yang suka berniaga dengan air liur tapi harap untung beribu lipat kali ganda tapi akhirnya semua jadi angan-angan Mat Jenin.

gambar kandang beruang panda Malaysia
Rumah Panda Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara

Beruang panda Malaysia, Fu Wa dan Feng Yi tiada bezanya dengan Google Panda 4.0 menjadi alat kepada mereka yang bijak mengambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaan. Alhamdulillah trafik blog Denaihati meningkat setelah Panda 4.0 dilepaskan oleh Google dengan berbagai keyword lama naik semula dalam carta carian pembaca. Bayangan kalau kita pandai menggunakan ilmu SEO dengan menggunakan keyword tertentu untuk menakluki Google dengan produk-produk tertentu sudah pasti hasil jualan melalui blog dan websita akan meningkat dengan kehadiran Panda 4.0.

[box type=”shadow”]Edinburgh Zoo received its pandas in 2011. An agreed annual sum, paid to the Chinese government, is earmarked for giant panda conservation projects in the wild. But shortly after the panda exchange, trade deals were signed for salmon, renewable energy technology and Land Rover vehicles contracts worth an estimated £2.6b. Additional, Scottish exports to China have almost doubled in the past five years to £500m ($800m) – Sumber [/box]

Tak boleh nak salahkan cyber troops memang tugas mereka menyerang tak kira baik atau buruk cuma kita sebagai manusia mesti menilai setiap informasi dengan wajar. Cakap politik memang tak susah nak hapuskan tol sebagainya tetapi parking yang entah berapa ringgit pun tak terhapus (heeee … marahlah ni sebab dah berapa kali kena saman parking kat Shah Alam). Memanglah kesan program Diplomasi Panda tidak secepat kesan Panda 4.0 yang boleh dilihat dalam tempoh beberapa hari sahaja setelah dilepaskan. Tapi itulah kekuasan ALLAH tidak menjadikan setiap manusia itu sama daripada apa juga segi termasuk cara fikir.

Syukur ALLAH bagi peluang kepada aku untuk melihat Beruang Panda ketika Kembara Beijing.


Spread the love

153 Comments

  1. panda memang comel kalau dapat dekat dengan dia agaknya mahu jugalah panda kata ini manusia ke panda heee

  2. Setiap perkara yang berlaku sekeliling perlu dilihat terus kepada hikmahya… bukannya menyerang. kalau salah bagi pandangan dan cadangan… kalau betul kita sokong…

    cuma setiap makumat tu kita pastikan sumber dan kesahihan info nya…. supaya kita tidak menjadi agen batu api atau yang memecah belahkan ummat…
    Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Cara Saya Buat Duit Dengan JobdirumahMy Profile

  3. Mungkin ramai yg melihat kehadiran Panda ke Malaysia masanya dirasakan tidak sesuai biarpun untuk tujuan diplomasi. Lebih2 lagi isu MH370 masih segar dimainkan. Ramai yg melihat kehadiran panda itu sekadar nak memujuk agar Malaysia tidak disalahkan berhubung isu MH370 sebab ramai warga China terbabit..
    Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Selangor MSL umpama FinalMy Profile

  4. Malaysia adalah negara yang mementingkan persahabatan dan diplomasi dalam apa sahaja urusan dengan negara luar. Ini adalah contoh terbaik untuk mengeratkan hubungan antara China dan Malaysia demi memakmurkan lagi ekonomi negara kita.
    Curahan rasa Ezlaila @ ..Pantang Larang Pengambilan VitaminMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!