Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, atas kejadian yang terbaru maka aku publish semula entri lama ini untuk peringatan kepada diri aku yang lemah ini. Kejadian sekeliling merunsingkan hati aku sebagai seorang ayah. Bukan mudah nak jaga anak perempuan dalam dunia serba teknologi sekarang ni yang terdedah dengan gelagat kehidupan yang sangat mencabar.

Gadis Bertudung

2 bulan yang lepas ketika aku sedang menunggu pesanan makanan masuk seorang wanita bertudung bawal memakai T-Shirt pink nipis berlengan pendek paras ketiak. 3 hari lepas ketika aku mengisi minyak kereta keluar seorang wanita bertudung dengan baju blouse paras lutut nampak jelas betis putih melepak.

Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.

Melihat cara wanita sekarang bertudung menjadikan aku bingung memikirkan apakah tujuan mereka bertudung. Perkara negatif yang ditujukkan oleh wanita bertudung menjadi satu alasan kepada sebahagian wanita tidak bertudung untuk tidak bertudung. Ini bukanlah alasan yang baik untuk tidak bertudung tetapi itulah hakikat yang berlaku.

Firman Allah Surah An-Nur ayat 31 : “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.

Prinsip hanya ingin pakai tudung setelah mendapat hidayah adalah prinsip yang salah kerana menutup rambut adalah hukum ALLAH seperti yang telah tercatat di ayat di atas. …. Kenapa orang tak cakap aku tak sembahyang sebab belum dapat hidayah.


Spread the love

198 Comments

  1. Mmg menjatuhkn maruah wanita yg btol2 ikhlas bertudung. Pakai tudung tp cam tak pakai, baik tak yah pakai langsung. 👿
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

  2. banyakkan ceramah2,bengkel2,seminar2 ke berkaitan pemakaian tudung mengikut syariat wlupun sekalian hawa dh mgetahui,namun tak slh sekiranya kta sllu mgingatkn dn berpesan spjng masa….kpd usahawan2 tudung tu…pegang syariat dulu baru jual tudung…..!

  3. Pingback: fesyen tudung
  4. Memang cukup pedih dan sedih bile fikir bab-bab etika pakaian ni. Apela yang cube ditayangkan oleh mereka-mereka ini. Bertudung tapi seluar jeans ketat. Bertudung tapi pakai baju adik pule. Bertudung tapi ‘merendek’ atas moto baik punyer gaye. Wana’uzubillah.

    Moge aku,ibu bapa,abang adik kakak lebih peka dengan pakaian ahli keluarga kite. Di sane nanti, kite pasti ditanye.

  5. Buah yang masam, bukannya tiba di pasar baru masam, tetapi ia masam dari pokok lagi.

    Wanita bertudung (fesyen @ ikut-ikutan) berpunca dari kurangnya didikan tauhid di rumah.

    Ibu bapa yang menitikberatkan soal tauhid (kenal siapa Pencipta kita) pasti mendidik anak-anaknya akan sifat malu kepada yang Maha Pencipt.

    Sekian dimaklumkan. 🙂
    .-= amirulfaiz´s last blog ..Semalam, Jumaat yang tenang =-.

  6. betulla.. ramai dah camni.. pakai tudung, tapi tak tutup habis.. sekadar tutup fizikal, tapi masih banyak yang nampak.. cmner nak buat ye?

  7. ntahlah, aku nampak dorg ni sekadar bertudung sahaja. esk tudung lain, lusa tudung lain. huhu
    .-= mohdisa´s last blog ..Gadis Berkebaya Merah =-.

  8. berpakaian tapi telanjang.itulah mereka yg disebut penulis.
    kita jangan menilai seseorang dari luarannya.
    geng tudung tak cukup kain ni mencemarkan nama perempuan yang menutup aurat dgn sempurna.
    bertudung tak cukup kain=golongan yang kurg cerdik.
    perlu ditarbiyah lagi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!