Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kisah dari seorang sahabat. Ceritanya berlaku kepada sekumpulan jemaah tabligh masturat yang sedang transit di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sebuah negara dalam perjalan menuju kesuatu tempat. Kepada yang tak tahu erti jemaah masturat itu maksudnya jemaah suami isteri. Oleh kerana aku tak berapa nak ingat cerita secara tepat jadi aku kisahkan secara ringkas sahaja.
Seorang wanita Inggeris telah menghampiri jemaah masturat lalu bertanya kepada salah seorang jemaah lelaki, mengapa sangat kejam memaksa jemaah wanita menutup muka melindungi kecantikan wajah dan tubuh seorang perempuan. Jemaah lelaki menerima kritikan dengan senyum sambil melihat jemaah wanita yang memakai purdah.
Dengan sopan jemaah lelaki bertanya kepada wanita Inggeris bolehkah menunjukkan dimana pasport beliau. Terpinga-pinga wanita Inggeris tersebut apabila menerima soalan balas yang tidak menjawab soalan beliau. Wanita Inggeris tersebut telah membuka beg tangannya lalu mengeluar sebuah beg yang di dalamnya ada lagi sebuah beg yang tersimpan pasport. Wanita Inggeris tersebut mengeluarkan pasport dan menunjukkan kepada jemaah lelaki tersebut.
Jemaah lelaki tersebut berkata anda telah menyimpan barang berharga di tempat yang sukar untuk dilihat oleh orang supaya pasport tersebut terpilihara dari dicuri orang. Katanya lagi isteri kami lebih bernilai dan berharga dari nilai pasport tersebut kerana itu kami menyimpan kecantikan isteri kami dengan purdah dan jubah yang tidak menampakkan muka dan bentuk badan mereka. Kecantikan mereka hanya untuk tatapan kami sahaja.
Kisah ini menerpa diminda apabila terbaca sebuah blog yang ada maksud tersirat seperti dalam kisah di atas ..
[box type=”shadow”]
I was naive…and unfortunately I still am.
And then, I started to look for something deeper…a religion, a God, a better way of living life.
I wanted to cover myself up more…be respected and known for who I am inside…not for how much flesh I am showing outside… Felixia Yeap
[/box]
Semuga Allah bagi HIDAYAH kepada mu Felixia Yeap
kerana HIDAYAH itu milik Allah dan Allah beri kepada siapa sahaja, dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja.
[box type=”shadow”]“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“. – Surah An-Nur ayat 31[/box]
Sayangkan berapa ramai wanita islam di sekeliling kita yang bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat nampak peha nampak tangan kerana mereka tidak faham apa tujuan hijab dan pakaian yang menutup tubuh … sebenarnya bukan untuk fesyen tetapi untuk syariat mengikut perintah dan hukum ALLAH SWT yang telah tertulis dalam Al Quran…
[box]“Saya akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis),” – Felixia Yeap[/box]
Semuga Allah memberi HIDAYAH kepada semua wanita Islam yang sudah bertudung tetapi tidak mengikut syariat dan wanita Islam yang belum bertudung serta semua wanita di dunia … kerana ANDA lebih bernilai dari sebuah pasport.
135 Comments
Cantik apabila Felixia Yeap bertudung , memang sekarang ni ramai yang bertudung tapi menampakkan tempat yang tidak sepatutnya di dedahkan
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #81
itulah..
moga mereka yang jahil ini akan lebih sedar suatu hari nanti.
Curahan rasa titan @ ..Tak berapa waras dahh..
Betul tu bro titan. Semoga semakin ramai yang sedar.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Peluang Buat Duit Hujung Tahun 2013
Ustaz Azhar kata “orang perempuan tak wajib pakai tudung, yang wajibnya adalah menutup aurat” mungkin mereka tidak mengerti erti sebenar menutut aurat.. hikmahnya banyak jika mereka lihat dengan mata hati… Semoga perempuan-perempuan disekeliling kita mendapat taufik dan hidayah… In Shaa Allah..
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Proton Perdana Baru, Macam Menarik jer.. Macam Cantik Jer
Bertudung sekarang dh tdk mencapai matlamat asal..ada yg bertudung kerana ikut trend dan fesyen terkini ja..kerana fesyen dan trend..syariat diketepikan..
kesian yang menjadi mangsa fesyen…
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Resepi Kueh Lopez Kasih dan Sayang Ibu
semoga dapat hidaya felixia.. yup memang ramai yang bertudung dan tutup badan tapi tidak mengikut syariat yang ditetapkan.. pakai baju tapi ketat
Curahan rasa zool @ ..Buah Binjai – Buah masam manis yang semakin hilang
setuju sangat dengan entri ni. Ramai yang pakai tudung tetapi masih mampu membuatkan orang nampak segenap segi susuk badan mereka dan menimbulkan ghairah….!
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Amalan ayat seribu dinar untuk anda berjaya
Sekarang bertudung menjadi trend. Semoga yang berniat menggunakan tudung dengan niat yang betul.
Curahan rasa Arman @ ..Contest SEO Eridy Percubaan Pertama
Syukur adanya entri ini. Terima kasih Tuan Denaihat
Curahan rasa ieta @ ..Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog?
sekarang trend pakai sarung nangka..
teringat lagu “minah-minah tudung sekarang memang cacat otak”
haha
Curahan rasa DM @ ..1Malaysia Spiritual Tourism Akan Dibina di Pahang?
Selalu kita dengar diaorang kata “xpe xtutup aurat tp hati baik”. Ayat yg sekadar menyedapkan hati sendiri. Macam mana nak kata kita seorang yang baik sedangkan ingkar dengan suruhan-Nya. Wallahu a’lam
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Komunikasi Leptin-Otak untuk Kurus
Hari ni ramai yg bertudung seperti botol kicap..Tertutup dgn baik di atas tapi kat bawah bukan main ketat…tak lemas ke..:)
Curahan rasa Zufar @ ..Cara Nak Buat Blog Sendiri
Banyak wanita muslim yang bertudung namun sayangnya niatnya bukan untuk menurup aurat namun hanya mengikuti fashoin yang ada.
Bertudung / hijab sekarang nampaknya dijadikan salah satu bagian dari fashion seharusnya ini tidak boleh dikaitkan satu sama lain …
Curahan rasa Rina @ ..Create A Fullscreen Image Background Slideshow Using jQuery And HTML For Website
ada yang bertudung tapi pakai ketat2 , memang tak sesuai…
Curahan rasa papa mifz @ ..Ramalan Cuaca di Kuala Terengganu ( 10/12/2013 – 16/12/2013 )
boleh kata masih ramai yang berpakaian macam ni, semoga mereka juga diberkan hidayah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat
Mesti kena cukup kuat untuk bertudung.. Tengah usaha.
Curahan rasa Qashmere @ ..Wordless Wednesday ( 14 ) : Musim Durian & Rambutan
Satu peringatan baik untuk wanita-wanita Islam, dan juga untuk lelaki yang menpunyai wanita dalam hidup mereka (anak, isteri, ibu, kawan etc)
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014
Comments are closed.