Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kisah dari seorang sahabat. Ceritanya berlaku kepada sekumpulan jemaah tabligh masturat yang sedang transit di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sebuah negara dalam perjalan menuju kesuatu tempat. Kepada yang tak tahu erti jemaah masturat itu maksudnya jemaah suami isteri. Oleh kerana aku tak berapa nak ingat cerita secara tepat jadi aku kisahkan secara ringkas sahaja.

Seorang wanita Inggeris telah menghampiri jemaah masturat lalu bertanya kepada salah seorang jemaah lelaki, mengapa sangat kejam memaksa jemaah wanita menutup muka melindungi kecantikan wajah dan tubuh seorang perempuan. Jemaah lelaki menerima kritikan dengan senyum sambil melihat jemaah wanita yang memakai purdah.

Gadis Bertudung mengikut syariat

Dengan sopan jemaah lelaki bertanya kepada wanita Inggeris bolehkah menunjukkan dimana pasport beliau. Terpinga-pinga wanita Inggeris tersebut apabila menerima soalan balas yang tidak menjawab soalan beliau. Wanita Inggeris tersebut telah membuka beg tangannya lalu mengeluar sebuah beg yang di dalamnya ada lagi sebuah beg yang tersimpan pasport. Wanita Inggeris tersebut mengeluarkan pasport dan menunjukkan kepada jemaah lelaki tersebut.

Jemaah lelaki tersebut berkata anda telah menyimpan barang berharga di tempat yang sukar untuk dilihat oleh orang supaya pasport tersebut terpilihara dari dicuri orang. Katanya lagi isteri kami lebih bernilai dan berharga dari nilai pasport tersebut kerana itu kami menyimpan kecantikan isteri kami dengan purdah dan jubah yang tidak menampakkan muka dan bentuk badan mereka. Kecantikan mereka hanya untuk tatapan kami sahaja.

Kisah ini menerpa diminda apabila terbaca sebuah blog yang ada maksud tersirat seperti dalam kisah di atas ..

[box type=”shadow”]

I was naive…and unfortunately I still am.

And then, I started to look for something deeper…a religion, a God, a better way of living life.

I wanted to cover myself up more…be respected and known for who I am inside…not for how much flesh I am showing outside… Felixia Yeap

[/box]

Semuga Allah bagi HIDAYAH kepada mu Felixia Yeap

gambar felixia yeap bertudung

kerana HIDAYAH itu milik Allah dan Allah beri kepada siapa sahaja, dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja.

[box type=”shadow”]“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“. – Surah An-Nur ayat 31[/box]

gambar Felixia Yeap berhijab

Sayangkan berapa ramai wanita islam di sekeliling kita yang bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat nampak peha nampak tangan kerana mereka tidak faham apa tujuan hijab dan pakaian yang menutup tubuh … sebenarnya bukan untuk fesyen tetapi untuk syariat mengikut perintah dan hukum ALLAH SWT yang telah tertulis dalam Al Quran…

[box]“Saya akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis),” – Felixia Yeap[/box]

Semuga Allah memberi HIDAYAH kepada semua wanita Islam yang sudah bertudung tetapi tidak mengikut syariat dan wanita Islam yang belum bertudung serta semua wanita di dunia … kerana ANDA lebih bernilai dari sebuah pasport.


Spread the love

135 Comments

  1. Bagi kaum muslimat saya kira merupakan suatu kewajiban bagi mereka untuk menutup aurat seperti yang telah diperintahkan baik dalam al qur’an mau dalam hadits2 Rasulullah sudah banyak pula yang menerangkan tapi lagi2 kita kembalikan kepada individu masing2 soalnya jika hal itu tidak dilakukan sesuai dengan pemahaman dan tidak ada pengetahuan maka sama saja akan sia2 nanti. Bukannya tidak menganggap hal itu wajib tapi biarkanlah para wanita mempelajai hal itu sebelum mereka menutup auratnya..
    Curahan rasa Agung Talaga @ ..Spesifikasi Dan Daftar Harga Blackberry Di Bawah 1 JutaMy Profile

  2. sebelum saya pakai tudung saya tak berapa kisah sangat tentang cara pakaian ..
    tapi lepas bertudung nie saya selalu utama kan ttg pakaian …
    sekarang ni pun still belajar pelan-pelan ubah semua benda .. bukan senang utk berubah jd lebih baik semua tu perlukan masa ….
    Curahan rasa namia @ ..“Jangan Tegur”My Profile

    1. kalau la semua perempuan di muka bumi ciptaan allah ini patuh dan taat pada perintah allah nescaya tidak ada lagi kes pembuangan bayi , pelacuran , zina , sosial dan bemacam – macam lagi keruntuhan aklah yang melibatkan wanita . semoga allah merahmati semua wanita di muka bumi in . amin

  3. Lelaki memang suka wanita seksi, namun bila mencari pasangan hidup semestinya dia mahu yg mempunyai akhlak dan menjaga kehormatan(menutup aurat).

  4. alhamdulillah kalau tgk kat Malaysia ni dah makin banyak perubahan yang positif (walaupun masih banyak yg negetif) kalau dulu ramai yang pakai skaf tak tutup leher sekarang dah ramai yang menutup dada.. 🙂

  5. Semoga entri ini dapat dijadikan panduan kepada wanita muslim, supaya menutup aurat mengikut syariat yang ditetapkan… Kita kena tunjuk betapa indahnya Islam kepada rakan-rakan kita yang belum beragama Islam supaya mereka dapat merasakan betapa uniknya agama Islam ini untuk mereka anuti…

    Saya pernah mendengar radio IKIM berkenaan tentang kaum wanita yang beragama lain sebelum ini, telah mendapat hidayah daripada Allah S.W.T untuk memeluk agama Islam… Berdasarkan pengalaman dan pandangan mereka, antara cabaran terbesar mereka setelah memeluk agama Islam, ialah rakan-rakan mereka yang beragama Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar… Sehingga mereka keliru tentang mana satu yang terbaik untuk mereka ikuti… Jadi sama-samalah kita fikirkannya… Semoga ada hidayah yang akan merubah kehidupan kita menjadi lebih baik di sisi Allah S.W.T… In Shaa Allah…

    Dekat negara Brunei sekarang ini, dengar ceritanya sedang memperketatkan undang-undang menutup aurat , sejak Sultan Brunei bersetuju untuk melaksanakan Hukum Hudud di negara tersebut…
    Curahan rasa Anuar @ ..Emas Terpakai Untuk Dijual 2012My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!