BERSIH 2.0 angkara pihak ketiga

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, BERSIH 2.0 semakin hangat semakin panas disebut dimana sahaja di dunia nyata juga alam maya. Malaysia adalah negara demokrasi jadi setiap rakyat ada hak untuk menentang dan juga menyokong BERSIH 2.0.

Bagi aku BERSIH 2.0 adalah melampaui batas pemikiran politik. BERSIH 2.0 adalah rancangan pihak ketiga yang menggunakan demokrasi sebagai platform untuk memporak perandakan Islam dan Melayu. Mereka ini mungkin dari dalam negara atau luar negara yang sudah melihat perpecahan teruk di kalangan Islam dan Melayu dan berusaha dan terus berusaha dengan berbagai agenda untuk memastikan Islam dan Melayu tidak akan bertaut lagi dan menimbulkan rasa kebencian yang amat sangat di antara Melayu yang berbeza fahaman politik.

Lihat nanti pada 9 Julai 2011 dengan baju kuning bangsa apa yang paling ramai akan datang menyertai perarakan BERSIH 2.0, bangsa apa pemimpin politik yang paling ramai berdiri di depan memegang mikrofon, bangsa apa yang akan cuba menyuraikan perarakan dan bangsa apa yang kan melontar bom gas dan kemudian dibalas dengan kayu dan batu.

Ketika itu pihak ketiga akan terus merancang agenda lain dengan berbagai slogan atas perjuangan demokrasi yang akan terus memecahkan Islam dan Melayu Malaysia. Apakah yang akan jadi kepada Islam dan Melayu Malaysia di masa akan datang?

Nota : Buat study sikit siapa Ambiga Sree ni dan kes apa yang pernah beliau perjuangkan?

95 Comments

  1. Saya rasa sistem pilihan raya di negara kita dah cukup bersih. kalau tak, takkan pembangkang boleh menang 4 negeri kan. Pemilihan pemimpin perlu lah dibuat oleh rakyat melalui pilihan raya,tak perlu melalui demonstrasi. lagipun pilihanraya dah nak dekat kan. buat la pilihan yang betul dan jangan ikut perasaan natijahnya nanti kita akan merana

    sekadar pendapat
    Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Alexa rank terkini nas-alphalipid.blogspot.comMy Profile

    1. Salam..

      Tertarik dengan komen anda.

      “Saya rasa sistem pilihan raya di negara kita dah cukup bersih. kalau tak, takkan pembangkang boleh menang 4 negeri kan.”

      Kalau bersih, jangan cakap 4 negeri sahaja, tapi seluruh malaysia pembangkang menang.

      1. ingat pembangkang menang bagus sangat ke? tak nampak ke apa yang pembangkang dah buat dengan Selangor, Perak & Pulau Pinang? suka ke Malaysia jadi macam Singapura?

  2. alaa watpe nk terpekik la terjerit la sana sini.
    mmang la derang nak wat demonstrasi ramai2 sbb nak suarakn ketidakpuasan hati derang dgn saiz kelompok yg ramai agar pihak kerajaan buka mata.

    tp kn .aku nk tnya la..korang penah tgk ke kerajaan ubah dasar atau pape yg derang dah buat semata mata nk memenuhi tuntutan para penenteng2 mereka.
    tak ada kan.

    so pikir saja lah.walau macamana pun usaha kamu lakukan selagi Malaysia ni dibawah pentadbiran mcamani so jgn haraplah kerajaan nak dgr apa yg derang nak suarakan tu…..hehe lg kene maki ada la.hehe.so yg mana nak sokong bersih x ada sekatan pun bg kamu nk sokong.tp bepada padalah.sbb sokongan kamu itu semua x kemana pun.pak jib dan ahli nakal2 nya dah bersatu kununya la dapat mengjahilkan perbuatan kumpulan2 bersih itu.wassalam..peace no war.

    1. betul jugak tu.. tp demo ni bg saya bukan fokus pd kerajaan je, boleh jadi untuk timbulkan kesedaran kpd rakyat jugak. kita kan negara demokrasi, negara yg bertuankan rakyat (supposedly). rakyat sedar, maka tiada pilihan buat yg dipilih rakyat kecuali untuk berubah. kan3? peace!
      Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..I Believe – Irfan Makki ft. Maher ZainMy Profile

  3. MARILAH SEMUA KITA BERSATU.JANGAN JADIKAN SEJARAH MELAYU HANYA DONGEGNAN KERANA SUATU KETIKA NANTI KITA AKAN MENJADI BANGSA YG TERTINDAS DAN TUMPANGAN DI TANAH NENEK MOYANG KITA SENDIRI.INI AMANAT YG DI TINGGALKAN OLEH SALASIAH KITA…ALLAH TUHAN KAMI,RASUL IKUTAN KAMI,AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI,JIHAD JALAN KAMI DAN MATI SYAHID CITA-CITA KAMI.ALLAHUAKHBARRRR!!!
    Curahan rasa Pensil @ ..Cara Untuk Mencari / Download Mp3 Paling mudahMy Profile

  4. adalah lebih baik kita bersihkan hati kita dulu.. Sesiapa pun yg akan memegang tampuk pimpinan negara masalah yg sama tetap akan berlaku.. baik rahsuah, baik kenaikan harga barang dan lain2 isula.. sebetulnya kita fikirlah secara positif.. kalau pun harga brg naik, tarif elektrik naik semua tu ada sebab dan musababnya… Kita org Malaysia ni patutnya bersyukur dgn ape yg kita ada skrg. Sekali pun inginkan perubahan.. takkan smp nak terjadinya huru hara dlm negara yg dah sedia aman dan damai.. tak cukup lgker? Sya sbg anak muda kdg2 sedih juga dgn pemikiran ikut-ikutan anak2 muda skrg… Tanyalah mak bapak tok nenek kita ape bezanya Malaysia dulu dan sekarang…

    Errr.. panjangnye.. tp saya mmg tak sokong BERSIH.. baiklah kita pergi BERSIHKAN KUBUR ker.. BERSIHKAN HATI mengadap Ilahi… adalah lebih baik.. dapat pahala… hhehehe
    Curahan rasa queen @ ..Tag from Kak EitaMy Profile

      1. betul kak..sya pon bersyukur apa yg ada skunk…tp kita kne tentang pemerintah yg zalim…dn yag tlah menipu rakyat…knapa harga brang naik ini dsebabkan subsidi dikurangkan…knapa dkurangkan???hati kak kan dah bersih sngat mesti kak tau kan…

        1. 2 soalan nak tanya :

          1. Adakah harga barang ini hanya naik di Malaysia sahaja atau diseluruh dunia? Jawapannya di seluruh dunia kerana ekonomi dunia sekarang sedang menuju keruntuhan. Sebab tu pakar ekonomi menasihatkan kita simpan banyak cash.

          2. Adakah negara lain ada bagi susidi pada rakyatnya? Jawabannya tidak hanyak Malaysia sahaja bagi subsidi pada orang Melayu tak pada bangsa lain sebab tu kita susah nak maju. Dah lama Amerika paksa Malaysia hapuskan subsidi.

          Jawapan aku ini bukan kerana aku sokong UMNO tetapi berdasar pengalaman berjalan banyak negara. Apa yg kita ada jauh lebih mewah dari banyak negara di dunia. Kalau kita susah hanya satu sebab MALAS sedangkan pendatang Indonesia, Bangladesh dan banyak negara lain mengirim berjuta-juta ringgit ke negara mereka setiap bulan.

    1. yang aku baca ni:

      1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
      2. MENREFORMASI UNDI POS
      3. GUNA DAKWAT KEKAL
      4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
      5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
      6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
      7. HENTIKAN RASUAH
      8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

      hmm…semuanya politik.takde pun yang membantu orang melayu?
      Curahan rasa Pacifista – X @ ..Insentif Tunai Untuk Trafik @ DenaihatiMy Profile

      1. jwpn mengikut pandangan saya
        1. senarai undi kotor ke? ada bukti? semua rakyat malaysia boleh cek senarai undi, minta salinan dgn spr, minggu ni minggu check senarai undi, kalau ada tersalah tempat, sila maklumkan spr, jgn dekat2 ngundi baru nak melalak.

        2.nak reformasi camne lagi undi pos? korang ingat undi pos semua bn punya ke? apa cdgnnya supaya korang boleh percaya kakitangan spr buat keje?

        3. dakwat kekal telah di gunakan di india, supaya org tak ngundi 2 kali. kat malaysia kita guna sistem biometrik( aku pun tak tahu pe benda hehe ). kalau nak apply pun tak sempat nak apply kat sarawak dlm masa terdekat ni

        4. kempen min 21 hari. kalau 100 hari pun semua boleh berkempen, fair le, kalau seminggu pun semua boleh berkempen… apa masalahnya?

        5.akses media
        nak akses macam mana ni? korang nak masuk pejabat media ke? korang dah banyak media utk mencaci hamun kerajaan, tulis benda yg buruk2 jer, benda yag baik tak tulis, kalau tulis kecik je..cek diri sendiri dulu ya sblm nak akses2 ni..

        6.institusi awam
        nak kukuh camne lagi nih? dari masa ke semasa improve le, mmg ada. bangunan dah batu mmg dah kukuh tu..

        7.rasuah
        ada, dlm bn ada, dlm pembangkang pun ada… korang ingat bn je ada ke.. silap.kes teoh beng hock tak settle lagih, bagaimana kontrak2 buat keje di sapu oleh…

        8.politik kotor
        iya le, contohnya bersih2.0, politik kotor le nih..
        Curahan rasa wikileaksmalaysia @ ..Denaihati.com | komen terpanjang aku penah buatMy Profile

        1. memang la pembangkang pon ada kesalahan…tp kesalahan umno tv x penah plak tunjuk…itu la sebab bersih 2.0 diadakan..pembangkang x diberi peluang lansung untuk memberi penjelasan di dlam tv…kawai kat umno ja…itula media yg berat sebelah…engko nie awat bengap sngt…bersih 2 bersih la…umno 2 yg politik kotor..pakai bju bersih pon kne tangkap..x kje lain ka…

          1. betol 3…aku setuju…aku x pernah tengok kesalahan pemimpin2 umno ditunjukkan kesalahannya dlam tv…klau pembangkang tunjuk sngt tp semua yg tv kata kat pembangkang aku x percaya.. itu semua permainan umno untk menjatuhkan imej pembangkang sahaja….yg polis keje dia skunk nie asyik tangkap owng pkai baju bersih je..x gile ke ….

          2. Gitu lah politik bila Pakatan memerintah baju merah pulak kena tangkap, keburukan Umno pulak ditunjukan dan media umno disekat. Kita jadi rakyat jangan jadi fanatik sangat pd mana2 pihak. Mana yg baik kita sokong yg tak baik kita bangkang. Biar fanatik kita pada Allah SWT sahaja.

      2. memang motif politik pun….

        sebab pilihan raya untuk politik…..

        pemimpin kerajaan dipilih berdasarkan pilihan raya…

        keputusan pemimpin akan effect ke rakyat..

        melayu adalah sebahagian dari rakyat

      3. perjuangan bangsa x akan menguntungkan bangsa tu..hanya menguntung kn yg di atas je…perjuangan islam tu lebih utama sebenar ny..kalau pemimpin melayu ttpi islam yg di pimpin x guna..bab nikah kwin nk pkai islam..bab mati nk pkai islam..bab ekonomi?? bab politik?? bab kehidupan?? xnk pkai islam..tu la pemimpin melayu hr ni…biar la pemimpin dari bangsa ape sekali pon ttpi islam yg memimpin itu lebih baik..islam separuh2 mane de bang..islam tu syumul..merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia…knpa kt nk ikot sistem pnjajah sedangkan nabi dh tinggal kn untuk kt 2 perkara kalu kt ikt kt xkn sesat sampi bila2..iaitu sunnah dn al quraan…ape bnda yg nabi x ajar kn pd umat ny?? cuba tuan2 bgtau?? politik?? prniagaan?? kewangan?? perang?? nk jd suami yg baik?? hatta nk kado hajat pon nabi ajar kn…tp org kt asyik melayu melayu melayu…perjuangan bangsa n sama la sperti ikot sifat syaitan..dulu ketika allah perintah kn iblis tunduk hormat pd adam tp iblis xnk..kenapa?? sebab iblis dijadilkan drpd api..sedangkan adam dr tanah..so bangsa api x nk patuh pd perintah allah..dn sampai hr n iblis jnji untuk sesat kn kt semua…jd tuan2 pk la sndiri..jadikan lah islam yg memerintah dn bukan islam yg dperintah..kebenaran itu umpama seekor semut hitam yg berjalan diatas batu yg hitam dimalam yg gelap..so sesiapa yg allah x anugerah kn nur tu nescaya x kn nmpak..mudah2an kt semua dberkati allah..amin

  5. bukan…ke…yang buat bersih dulu ambiga sree..bkn ke die kaum india?
    pelik la..orang melayu ramai nak join benda ni..kaum lain banyk duk senang lenang..
    Curahan rasa qarr jalil @ ..Yang, sedang buat apa?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!