Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik membaca entri di blog Abangensem.com bertajuk “Bersara Awal Tidak Bererti Kaya“, kalau belum baca bagus klik link tu dan hayati isi HATI menulis yang selalu fikir dia ensem.
Setelah membaca entri yang menarik tersebut aku lontarkan komen untuk menguji tahap pemikiran penulis dan pembaca entri tersebut.
Komen aku : “Bersara awal sebab nak jadi kaya … mana ada orang makan gaji kaya raya melainkan makan rasuah juta-juta.”
Perangkap mengena ….
Abangensem menjawab : “Alamak Tuan DH dah pecah lobang. Memang saya berenti sebab nak jadi kaya..tapi bukan kaya harta, sebaliknya kaya MASA.”
Komen Anuar : “Saya setuju dengan pendapat Tuan Denai Hati.. Biasanya ornag bersara awal disebabkan untuk menjadi lebih kaya daripada sekarang.. Sebab duit makan gaji memang tak mampu menjadikan kita kaya.. Duit makan gaji hanya mampu memberikan kita kehidupan yang selesa.. Jadi, berenti kerja makan gaji adalah salah satu tindakan untuk mengejar kekayaan.”
Pengumuman Abangensem untuk bersara awal setelah berkhidmat lebih 15 tahun dengan sebuah Bank terbesar di Malaysia memang mengemparkan dunia Blogger Malaysia.
Setelah entri “Penggangur Ensem is in Town” keluar aku yang tak ada kena mengena dengan keputusan Abangensem juga terpalit apabila ada beberapa Rakan Blogger yang menghubungi untuk mengikut jejak Abangensem. Tak salah nak bersara awal cuma bukan ikut emosi kerana tidak ngam dengan suasana kerjaya sekarang atau stress dengan boss yang entah apa-apa. Bersara awal perlu dirancang dengan baik supaya keluarga tidak tergadai dengan angan-angan besar kita yang tidak terancang.
Semasa aku membuat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam pada akhir tahun 1997 aku telah mendapat offer bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji double. Susah juga nak buat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam yang banyak kemudahannya. Setelah aku fikirkan daripada 28 juta Rakyat Malaysia hanya lebih kurang 4 juta keluarga yang bergantung rezeki dari Perkhidmatan Awam selebih bekerja dengan swasta dan bekerja sendiri. Jadi kenapa aku tak boleh jadi sebahagian daripada 24 juta tersebut.
Tujuan utama aku bekerja di Swasta adalah untuk belajar cara menguruskan perniagaan yang betul. Bekerja di swasta bukan mudah kalau gaji RM10k syarikat akan perah tenaga kita sehingga titis peluh yang terakhir. Kena maki F**k, B*B*, An**ng dan macam-macam perkataan hina itu menjadi halua telinga. Aku tak pernah ambil hati sebab aku tahu tujuan utama aku bekerja. Aku tak mahu emosi mengadai kehidupan keluarga seperti beberapa kawan yang bersara awal kerana tak tahan dengan tekanan akhirnya sengsara tidak dapat mencari kerja yang sesuai untuk menyara keluarga. Nak dapat ilmu dan pengalaman kena SABAR tak macam sekarang ramai yang nak berjaya sekelip mata tak sanggup nak bersusah bekerja dengan mereka yang telah berjaya. Setelah melalui berbagai kesusahan akhirnya bila sampai waktu yang sesuai aku meninggalkan jawatan besar dengan gaji dan fasiliti yang peeh memang best di KFC.
Aku meninggalkan KFC untuk menguruskan syarikat sendiri yang hasilnya berlipat kali ganda daripada gaji bulanan yang aku perolehi sebelum ini.
Tapi …
Setelah bekerja sendiri rupanya lagi sibuk daripada bekerja makan gaji. KURANG BENAR seperti jawaban komen Abangensem bersara awal sebab nak kaya MASA. Kaya MASA tak juga tetapi kita boleh menguruskan masa mengikut keperluan perniagaan, keluarga dan peribadi bukan keperluan bos. Sekarang ni walaupun aku selalu berada di rumah kekadang wife komplen juga sebab macam tak de sebab aku sibuk dengan kerja dari pagi sampai ke malam.
Bila bekerja sendiri tak kerja makna tak ada gaji itu bezanya dengan bekerja makan gaji yang pasti setiap bulan ada gaji dan kalau ada rezeki setahun sekali dapat bonus. Bestnya kerja sendiri ini semakin banyak kita kerja semakin lebih pendapatan untuk diri kita sendiri. Kepada yang malas dan suka berfoya-foya akhirnya gigit jari.
Kepada Rakan Blogger yang nak bersara awal seperti mamat ini memang aku sokong cuma pastikan ada perancangan yang betul dan pasti ada simpanan untuk keluarga sekurang-kurangnya 1 tahun sebab bisnis tidak selalunya indah. Ramai yang berjaya setelah melalui banyak kegagalan dan ada yang lansung terkapai-kapai setelah gagal mencuba kali pertama. Jangan pulak sudah bersara awal baru nak rancang nak buat apa itu menempah mautlah namanya.
Paling baik bina network dari awal kerana bekerja dalam network lebih mudah untuk berjaya bersama dan boleh mengurangkan kemungkinan kegagalan. Cuma bukan senang nak cari network yang satu kepala …
Paling penting be creative ..
236 Comments
pernah juga terfikir untuk nak bersara tapi income online belum menjamin masa depan. kena bina network besar dulu, terima kasih kerana berkongsi pengalaman ini bah.
Curahan rasa Berita-Harian.Net @ ..517,139 Calon Duduki UPSR Mulai Hari Ini
syukron informasinya,,sukses trus denaihati
Curahan rasa tri @ ..Sari Kurma Premium Raudhoh
aikk, bro berkerja di “KFC” .. ?
perancangn pun kena rapi bila nak bersara awal.. takut nnti bersara awal tak kena mane.. tp ade juga yang bersara jadi kaya raya..
terpulang pada diri kita juga.
Curahan rasa muazfaris @ ..Buka akaun baru HSBC Amanah di Prima Sri Gombak
Saya pun tak menyangka bro DH pernah bekerja di KFC
Curahan rasa Dadan @ ..Perjalanan Gratis Blogger Indonesia Ke Genting Malaysia
salam..
setuju sangat dengan anda Bro..
bukan senang nak senang..meniaga
bukan mudah macam kita ingat mudah
fikir masak-masak bila nak bersara tu
dah ada berapa ratus ribu RM dalam akaun bank?
hutang rumah dah habis ke..?kalau Mrs kerja,bolehlah
ambik risiko berniaga, Mrs boleh cover apa yang patut..
itupun kalau Mrs jenis tak berkira..ni duit engko, duit aku,
duit aku..duit aku..payah gitu..silap hari bulan porak peranda
rumahtangga
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Muat Turun (Download) Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Bersara awal boleh, tapi kena ready fizikal dan mental. Jangan buat separuh jalan bila dah bersara.
Curahan rasa Fadzmie @ ..Hasil ‘tangkapan’ di Kota Kinabalu Book Fair 2012
Berhenti kerja mmg nak kaya, tapi perancangan mesti betul. Pastikan bidang/perniagaan dah kukuh baru merancang nak berenti kerja. Banyak juga yg diluar sana berhenti kerja tapi dengan alasan nak cari kerja lain…yg kes cam ni yg parah.
Curahan rasa anjangman @ ..Clean Install Mac OS X 10.8.1
hehehe..saya kerja ngan kerajaan juge huhu
Curahan rasa segalabenda @ ..Beli Rumah Di UUC Kota Kinabalu
hehe..kerana omak..den korjo jugo kerajaan nihh..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 95 dari TNX
dengan pekerjaan yg ditawarkan merupakan rezeki dari Allah,
Curahan rasa Vionet @ ..Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penerapan Metode Kerja Kelompok
iya benar sekali pekerjaan itu harus dihadapi dengan tekun dan sungguh-sungguh
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Acer Guraru Award 2012
nasihatnya bagus, saya juga sudah mempertimbangkan hal serupa, ketika memutuskan untuk memulai bisnis. thanks
Curahan rasa ardi @ ..Jeli Gamat Luxor Mengobati Luka Diabetes
bukan saja jadi boss boleh stress, jadi staf bawahan pun stress juga dan yang turut stress adalah pegawai di pertengahan … selalu jer kena perli dengan bos bila staf tak perform… hei… stresss betulll
Curahan rasa yangbaik @ ..Cabaran mengasah bakat kemahiran menulis
kalau dah nak bersara sangat… pastikan juga semua kelengkapan sudah mencukupi
Curahan rasa yangbaik @ ..Cabaran mengasah bakat kemahiran menulis
apa pun kerja yang kita lakukan pastikan kita tidak mengabaikan 5 waktu yang wajib sehari semalam barulah berkat dan kekayaan itu boleh datang dengan sendiri
Curahan rasa yangbaik @ ..Cabaran mengasah bakat kemahiran menulis
kesabaran juga penting dalam mengejar kejayaan kerana kejayaan itu tidak datang dalam sekelip mata walaupun setelah berhenti kerja 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Cabaran mengasah bakat kemahiran menulis
Comments are closed.