Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik membaca entri di blog Abangensem.com bertajuk “Bersara Awal Tidak Bererti Kaya“, kalau belum baca bagus klik link tu dan hayati isi HATI menulis yang selalu fikir dia ensem.
Setelah membaca entri yang menarik tersebut aku lontarkan komen untuk menguji tahap pemikiran penulis dan pembaca entri tersebut.
Komen aku : “Bersara awal sebab nak jadi kaya … mana ada orang makan gaji kaya raya melainkan makan rasuah juta-juta.”
Perangkap mengena ….
Abangensem menjawab : “Alamak Tuan DH dah pecah lobang. Memang saya berenti sebab nak jadi kaya..tapi bukan kaya harta, sebaliknya kaya MASA.”
Komen Anuar : “Saya setuju dengan pendapat Tuan Denai Hati.. Biasanya ornag bersara awal disebabkan untuk menjadi lebih kaya daripada sekarang.. Sebab duit makan gaji memang tak mampu menjadikan kita kaya.. Duit makan gaji hanya mampu memberikan kita kehidupan yang selesa.. Jadi, berenti kerja makan gaji adalah salah satu tindakan untuk mengejar kekayaan.”
Pengumuman Abangensem untuk bersara awal setelah berkhidmat lebih 15 tahun dengan sebuah Bank terbesar di Malaysia memang mengemparkan dunia Blogger Malaysia.
Setelah entri “Penggangur Ensem is in Town” keluar aku yang tak ada kena mengena dengan keputusan Abangensem juga terpalit apabila ada beberapa Rakan Blogger yang menghubungi untuk mengikut jejak Abangensem. Tak salah nak bersara awal cuma bukan ikut emosi kerana tidak ngam dengan suasana kerjaya sekarang atau stress dengan boss yang entah apa-apa. Bersara awal perlu dirancang dengan baik supaya keluarga tidak tergadai dengan angan-angan besar kita yang tidak terancang.
Semasa aku membuat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam pada akhir tahun 1997 aku telah mendapat offer bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji double. Susah juga nak buat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam yang banyak kemudahannya. Setelah aku fikirkan daripada 28 juta Rakyat Malaysia hanya lebih kurang 4 juta keluarga yang bergantung rezeki dari Perkhidmatan Awam selebih bekerja dengan swasta dan bekerja sendiri. Jadi kenapa aku tak boleh jadi sebahagian daripada 24 juta tersebut.
Tujuan utama aku bekerja di Swasta adalah untuk belajar cara menguruskan perniagaan yang betul. Bekerja di swasta bukan mudah kalau gaji RM10k syarikat akan perah tenaga kita sehingga titis peluh yang terakhir. Kena maki F**k, B*B*, An**ng dan macam-macam perkataan hina itu menjadi halua telinga. Aku tak pernah ambil hati sebab aku tahu tujuan utama aku bekerja. Aku tak mahu emosi mengadai kehidupan keluarga seperti beberapa kawan yang bersara awal kerana tak tahan dengan tekanan akhirnya sengsara tidak dapat mencari kerja yang sesuai untuk menyara keluarga. Nak dapat ilmu dan pengalaman kena SABAR tak macam sekarang ramai yang nak berjaya sekelip mata tak sanggup nak bersusah bekerja dengan mereka yang telah berjaya. Setelah melalui berbagai kesusahan akhirnya bila sampai waktu yang sesuai aku meninggalkan jawatan besar dengan gaji dan fasiliti yang peeh memang best di KFC.
Aku meninggalkan KFC untuk menguruskan syarikat sendiri yang hasilnya berlipat kali ganda daripada gaji bulanan yang aku perolehi sebelum ini.
Tapi …
Setelah bekerja sendiri rupanya lagi sibuk daripada bekerja makan gaji. KURANG BENAR seperti jawaban komen Abangensem bersara awal sebab nak kaya MASA. Kaya MASA tak juga tetapi kita boleh menguruskan masa mengikut keperluan perniagaan, keluarga dan peribadi bukan keperluan bos. Sekarang ni walaupun aku selalu berada di rumah kekadang wife komplen juga sebab macam tak de sebab aku sibuk dengan kerja dari pagi sampai ke malam.
Bila bekerja sendiri tak kerja makna tak ada gaji itu bezanya dengan bekerja makan gaji yang pasti setiap bulan ada gaji dan kalau ada rezeki setahun sekali dapat bonus. Bestnya kerja sendiri ini semakin banyak kita kerja semakin lebih pendapatan untuk diri kita sendiri. Kepada yang malas dan suka berfoya-foya akhirnya gigit jari.
Kepada Rakan Blogger yang nak bersara awal seperti mamat ini memang aku sokong cuma pastikan ada perancangan yang betul dan pasti ada simpanan untuk keluarga sekurang-kurangnya 1 tahun sebab bisnis tidak selalunya indah. Ramai yang berjaya setelah melalui banyak kegagalan dan ada yang lansung terkapai-kapai setelah gagal mencuba kali pertama. Jangan pulak sudah bersara awal baru nak rancang nak buat apa itu menempah mautlah namanya.
Paling baik bina network dari awal kerana bekerja dalam network lebih mudah untuk berjaya bersama dan boleh mengurangkan kemungkinan kegagalan. Cuma bukan senang nak cari network yang satu kepala …
Paling penting be creative ..
236 Comments
Salah satu sebab kenapa suka blog denaihati ini. Banyak artikel2 yang dipaparkan berunsur nasihat dan based on pengalaman. Super like it.
Curahan rasa dennis @ ..FUN FAIR
Seeloknya masa makan gaji kita cuba mencipta pendapatan sampingan yang dapat membantu kita kurangkan pergantungan kepada gaji.
Curahan rasa Rem @ ..Budget 2013 dan Harapan
kdg2 kena cari wang saku tambahan juga utk menampung pebelanjaan..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Pertandingan Jarak Puting Payudara Paling Ideal
Ia merupakan satu pencapaian yang terbaik sekiranya dapat berhenti kerja dan mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan hidup.
Curahan rasa Rem @ ..Budget 2013 dan Harapan
ada bisnes yang stabil ok le bersara..klu xda wat parttime pn ok..
Curahan rasa rumorslogy @ ..Video about Iphone 5
Yaaa satu pendapat yang sungguh menyentuh perasaan…sy terasa juga nak brenti kerja..tapi sy tak kisah mana pun brenti kerja dekat gov ni sebab status pun sambilan..anytime org boleh fired jer..skrg tgh usaha untuk menjari tempat di syarikat swasta sebelum menjadi apa yang diinginkan..sebab kerja di syarikat swasta lebih byk ilmu dan kemahiran yang diperolehi..not in gov..pagi punch petang punch..hasil sari2 kerja tekanan jer sebab selalu kena buli buat kerja org..emmmm..yang penting apa yang kita buat, ada diorg hargai…tu yg pernting..hahahaha..kalau diorg hargai bagus lah..kalau tak hargai, pujuk la hati tu sendiri..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #25 – Ukur Lilit 19 cm
bisnes baru membolehkn kita b’sara awal..
bt bisnen mmg boleh bersara awal..salah satu cara juga..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Pertandingan Jarak Puting Payudara Paling Ideal
pensiun dini dan mengerjakan pekerjaan yang ‘ideal’ membawa seseorang ke suasana yang baru. Meminjam istilah Abraham Maslow, ada kesempatan mengalami ‘self-actualization’ sekalipun tanpa kecukupan kebutuhan materi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Tidak mau diikat oleh rutinitas pekerjaan yang sekedar memenuhi kebutuhan hidup, tapi bebas dari ikatan-ikatan materi atau harga diri dalam segala bentuk.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
ada sejumlah risiko yang harus Anda hadapi jika memutuskan pensiun dini.terutama penghasilan rutin akan terhenti.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
rutinitas sehari-hari juga akan terhenti.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
semua fasilitas kenyamanan yang kita miliki selama jadi pegawai akan hilang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
kalau jadi blogger yang berhail yang menghasilkan puluhan juta perbulan boleh jugalah
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kemenkeu akan membuka Penerimaan 700CPNS
sebelum mengambil pensiun dini adalah menentukan terlebih dahulu mencari penghasilan pengganti. Ini bertujuan agar Anda tetap memiliki pemasukan untuk memenuhi kebutuhan hidup di masa depan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Sederhananya, apa yang harus dilakukan dalam menjalani hidup di masa depan setelah pensiun dini? Sebab, pensiun dini sangat mungkin mengubah aktivitas dan rutinitas seseorang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
bayangan apa yang akan dilakukan setelah pensiun dini harus tergambar sebelumnya. Ini demi menghindari perubahan pola hidup yang salah pada masa setelah pensiun dini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Pensiun dini secara sejahtera adalah dambaan setiap orang. Tapi, seperti sebuah perjudian, keputusan melakukan pensiun jauh sebelum masa pensiun tiba memiliki sejumlah keuntungan dan risiko. Jernihlah berpikir sebelum memutuskan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Benar kata Bang Iwan, pensiun saja membuat orang tua saya tak banyak kesibukan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Padahal sebagai Guru SD, bapak saya termasuk orang banyak kesibukan yang berkaitan dengan pekerjaan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Setelah pensiun 1 tahun yang lalu karena kesibukannya berkurang banyak awal-awal ada istilah seperti banyak orang “post power sindrom”
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Alhamdulillah sekarang bapak sudah ada kegiatan lainnya yang menjadi salah satu kesibukannya selain momong cucu-cucunya Bang Iwan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Tentu boleh Bang Iwan, jauh sekali sama pendapatan PNS
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Kalau sebulan income bisa sampai puluhan juta banyak PNS yang minta pensiun dini Bang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Awal ngeblog dan buat Blog awalnya hanya untuk sharing saja
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Makin lama malah makin ketagihan untuk terus ngeblog, bahkan sampai coba pasang adsense juga
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Semoga nantinya jadi blogger bisa menjadi tambahan income Bang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Pengalaman tu .. kalau bekerja sendiri lagi lah tak ada masa , lagi2 bisnes baru nak naik kan
Curahan rasa puanbee @ ..Oh sifu ku ..Kantoi
Kerja sendiri juga bukan mudah seperti yang disangka, kitalah bos, kitalah kuli
Curahan rasa donnyien @ ..“Muaz Faris dan Google Adsense”: Blogwalking Tingkatkan Earning Blog
setuju sgt dengan pendapat bro. Takrifan kaya tu berbeza-beza. AE mungkin boleh goyang kaki sebab ‘gaji tetap’ setiap bulan diperolehi daripada sewa rumah. Cuma cabarannya, tak semua indah dan lansung dengan teratur. apa jadi kalau penyewa buat masalah..waktu tu memang bermasalah.
Curahan rasa halif @ ..Bila la agaknya nak masak makanan sendiri
byk faktor yang kena fikirkan terutama tanggungan.. paling penting hutang.klu apa2 terjadi tiadalah menyusahkan orang lain.
Curahan rasa qadar @ ..Kata-Kata Motivasi: 11/9/2012
bukan mudah untuk bersara dari zon selesa lagi-lagi kalau sudah ada komitmen yg tinggi. Tapi ramai je yg berjiwa kental bersara utk lbh selesa di kemudian hari
Curahan rasa aslam @ ..Pelaburan yang berbaloi
Saya punya kenalan, dulunya beliau adalah pegawai pemerintahan, namun setelah mempunyai penghasilan yang lebih dari bisnis MLM, beliau pun bersara awal….
Tapi apa yang terjadi sekarang, beliau tak punya pekerjaan tetap, karena bisnis MLM nya bangkrut
Curahan rasa Dadan @ ..Perjalanan Gratis Blogger Indonesia Ke Genting Malaysia
kalau tak pandai-pandai memanage keuangan memang seperti itulah kang
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kemenkeu akan membuka Penerimaan 700CPNS
Memang setiap keputusan akan beresiko Kang Dadan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Termasuk dalam pensiun dini dari pegawai negeri
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Hanya saja saya dibesarkan dalam keluarga yang sebagian besar PNS
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Jadi keinginan orang tua anaknya bisa kuliah dan harus bisa jadi PNS
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Lowongan CPNS 2012-2013
Comments are closed.