Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik membaca entri di blog Abangensem.com bertajuk “Bersara Awal Tidak Bererti Kaya“, kalau belum baca bagus klik link tu dan hayati isi HATI menulis yang selalu fikir dia ensem.
Setelah membaca entri yang menarik tersebut aku lontarkan komen untuk menguji tahap pemikiran penulis dan pembaca entri tersebut.
Komen aku : “Bersara awal sebab nak jadi kaya … mana ada orang makan gaji kaya raya melainkan makan rasuah juta-juta.”
Perangkap mengena ….
Abangensem menjawab : “Alamak Tuan DH dah pecah lobang. Memang saya berenti sebab nak jadi kaya..tapi bukan kaya harta, sebaliknya kaya MASA.”
Komen Anuar : “Saya setuju dengan pendapat Tuan Denai Hati.. Biasanya ornag bersara awal disebabkan untuk menjadi lebih kaya daripada sekarang.. Sebab duit makan gaji memang tak mampu menjadikan kita kaya.. Duit makan gaji hanya mampu memberikan kita kehidupan yang selesa.. Jadi, berenti kerja makan gaji adalah salah satu tindakan untuk mengejar kekayaan.”
Pengumuman Abangensem untuk bersara awal setelah berkhidmat lebih 15 tahun dengan sebuah Bank terbesar di Malaysia memang mengemparkan dunia Blogger Malaysia.
Setelah entri “Penggangur Ensem is in Town” keluar aku yang tak ada kena mengena dengan keputusan Abangensem juga terpalit apabila ada beberapa Rakan Blogger yang menghubungi untuk mengikut jejak Abangensem. Tak salah nak bersara awal cuma bukan ikut emosi kerana tidak ngam dengan suasana kerjaya sekarang atau stress dengan boss yang entah apa-apa. Bersara awal perlu dirancang dengan baik supaya keluarga tidak tergadai dengan angan-angan besar kita yang tidak terancang.
Semasa aku membuat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam pada akhir tahun 1997 aku telah mendapat offer bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji double. Susah juga nak buat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam yang banyak kemudahannya. Setelah aku fikirkan daripada 28 juta Rakyat Malaysia hanya lebih kurang 4 juta keluarga yang bergantung rezeki dari Perkhidmatan Awam selebih bekerja dengan swasta dan bekerja sendiri. Jadi kenapa aku tak boleh jadi sebahagian daripada 24 juta tersebut.
Tujuan utama aku bekerja di Swasta adalah untuk belajar cara menguruskan perniagaan yang betul. Bekerja di swasta bukan mudah kalau gaji RM10k syarikat akan perah tenaga kita sehingga titis peluh yang terakhir. Kena maki F**k, B*B*, An**ng dan macam-macam perkataan hina itu menjadi halua telinga. Aku tak pernah ambil hati sebab aku tahu tujuan utama aku bekerja. Aku tak mahu emosi mengadai kehidupan keluarga seperti beberapa kawan yang bersara awal kerana tak tahan dengan tekanan akhirnya sengsara tidak dapat mencari kerja yang sesuai untuk menyara keluarga. Nak dapat ilmu dan pengalaman kena SABAR tak macam sekarang ramai yang nak berjaya sekelip mata tak sanggup nak bersusah bekerja dengan mereka yang telah berjaya. Setelah melalui berbagai kesusahan akhirnya bila sampai waktu yang sesuai aku meninggalkan jawatan besar dengan gaji dan fasiliti yang peeh memang best di KFC.
Aku meninggalkan KFC untuk menguruskan syarikat sendiri yang hasilnya berlipat kali ganda daripada gaji bulanan yang aku perolehi sebelum ini.
Tapi …
Setelah bekerja sendiri rupanya lagi sibuk daripada bekerja makan gaji. KURANG BENAR seperti jawaban komen Abangensem bersara awal sebab nak kaya MASA. Kaya MASA tak juga tetapi kita boleh menguruskan masa mengikut keperluan perniagaan, keluarga dan peribadi bukan keperluan bos. Sekarang ni walaupun aku selalu berada di rumah kekadang wife komplen juga sebab macam tak de sebab aku sibuk dengan kerja dari pagi sampai ke malam.
Bila bekerja sendiri tak kerja makna tak ada gaji itu bezanya dengan bekerja makan gaji yang pasti setiap bulan ada gaji dan kalau ada rezeki setahun sekali dapat bonus. Bestnya kerja sendiri ini semakin banyak kita kerja semakin lebih pendapatan untuk diri kita sendiri. Kepada yang malas dan suka berfoya-foya akhirnya gigit jari.
Kepada Rakan Blogger yang nak bersara awal seperti mamat ini memang aku sokong cuma pastikan ada perancangan yang betul dan pasti ada simpanan untuk keluarga sekurang-kurangnya 1 tahun sebab bisnis tidak selalunya indah. Ramai yang berjaya setelah melalui banyak kegagalan dan ada yang lansung terkapai-kapai setelah gagal mencuba kali pertama. Jangan pulak sudah bersara awal baru nak rancang nak buat apa itu menempah mautlah namanya.
Paling baik bina network dari awal kerana bekerja dalam network lebih mudah untuk berjaya bersama dan boleh mengurangkan kemungkinan kegagalan. Cuma bukan senang nak cari network yang satu kepala …
Paling penting be creative ..
236 Comments
dapat gaji banyak pun jika jiwa tak tenang tentu tak memberi erti apa-apa melainkan kita bijak bahagi masa antara kerja dan keluarga
Curahan rasa yangbaik @ ..Cabaran mengasah bakat kemahiran menulis
apa pun yang kita buat bergantung juga kepada kesanggupan dan keberanian bukan sahaja ‘nasib baik’ semata
Curahan rasa yangbaik @ ..Cabaran mengasah bakat kemahiran menulis
bekerja sendiri memang mencabar, keuntungan bergantung kepada kerajinan sendiri, sebaliknya bekerja makan gaji dengan ‘orang’ bergantung kepada keuntungan kompeni
Curahan rasa yangbaik @ ..Cabaran mengasah bakat kemahiran menulis
Takut hendak melangkah ke dunia tanpa jaminan sebenarnya…
Selagi kita hidup memang tiada jaminan yg penting yakin kita rezeki dari Allah bukan dari pekerjaan kita.
Curahan rasa Denaihati @ ..Paris ibukota Perancis Kota Fesyen
teringin nak kerja sendiri… tapi belum cukup kekuatan dan modal… moga satu hari akan berjaya…
Curahan rasa StaiBaqHang @ ..Tiket Legoland Percuma Dari KFC
belum terfikir nak bersara lagi, masih bekakai lagi ni bah hehe
Curahan rasa donnyien @ ..Cara Naikkan Alexa Rank: 1ST Giveaways BudakFelda.Com
saya pernah terfikir juga untuk tinggalkan kerusi sekarang…keluar dari zon selesa…Tapi sekarang ini masih dalam pertimbangan lagi…
Curahan rasa daddydee @ ..Bicara Kita Imej Kita
Selama ini banyak orang memburu kekayaan, sehingga rentang waktu 24 jam dihabiskan oleh perkara perolehan harta duniawi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Bahkan, walau mereka telah diberi waktu 24 jam, terasa masih kurang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Jika pemburu duniawi itu ditanya, apakah Anda sudah puas dengan capaian kekayaan yang Anda dapatkan di hari ini? Mereka akan menanggapinya, saya belum puas dengan perolehan saya di hari ini. Ketahuilah, tatkala di dalam hatinya telah lenyap perasaan puas terhadap anugerah duniawi ini,
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
sejatinya ada kekayaan hakiki yang dicabut dari hatinya, yakni qonaah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Bilamana sifat qona’ah telah dicabut dari hatinya, justru hatinya akan selalu digoncang oleh persoalan duniawi, walhasil dia luput mendulang kebahagiaan yang hakiki.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Saya sepakat dengan Bang, semangat memburu kebahagiaan dunia kadang selalu melupakan kebahagiaan yang hakiki
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
Bersara Awal Untuk Jadi Kaya, menurut saya tergantung kitanya
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
apakah mampu tidak untuk melakukan usaha setelah bersara
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
Karena tak sedikit yang gagal terus menjadi penganggur…
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
kekayaan bukan hanya keinginan yang muncul dari kawah hawa nafsu,
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
tetapi kekayaan juga didambakan oleh hati nurani.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Bahkan sejatinya kekayaan definisi hawa nafsu hanya pantulan yang terdistorsi dari kekayaan yang dimaksud oleh hati nurani.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Hati nurani mendambakan kekayaan, ketika dia telah merasakan kelezatan bermunajat pada Allah, berzikir pada Allah, dan timbul perasaan fakir dan butuh pada Allah semata-mata.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Kalau orang telah mendapati kekayaan hakiki ini, dia tidak berharap kekayaan eksternal, dan dia selalu berada dalam keadaan bahagia, walau kondisi luar membenturnya ke tembok-tembok kesusahan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Siapa yang telah mendapati kekayaan batin, ia akan selalu mencapai bahagia setiap saat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Bersara awal tidak salah cuma perlu perancangan yang amat amat teliti. Walau apapun bidang yang diceburi, kegigihan, usaha keras, rajin, jujur dan ikhlas adalah penting bukan hanya seperti peribahasa “hangat-hangat tahi ayam”. Bekerja sendiri memerlukan komitmen yang tinggi dalam diri.
Betul sekali itu yang saya rasakan dari awal hingga sekarang ini
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
Pekerjaan adalah suatu ibadah..Siapa pun kita, yang penting ‘pekerjaan’ tersebut mampu memberi manfaat kepada orang lain…Insyaallah kita dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat…
Curahan rasa SBY @ ..Lanskap Air Terjun ala Bali
Untuk membuat keputusan berhenti kerja tuh memang agak susah namun Rasulullah SAW pun pernah bersabda.. “9/10 kejayaan dan kekayaan akan datang dari berniaga sendiri..”
Curahan rasa nurmisnan @ ..Khasiat buah anggur segar
sebagaimana pengalaman, dalam membuka kerja sendiri untuk awalnya selalu mengalami kegagalan
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
Tapi kalau kita bersabar dan terus membina network dan promosi yang baik, insya Allah akan sedikit demi sedikit akan berhasil
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
apa juga pilihan yang hendak dibuat rasanya eloklah terlebih buat solat istikharah… semoga diberikan petunjuk dan kekuatan
Ia juga impian saya. Memang perlu perancangan yang rapi supaya segala kemungkinan biasa kita hadapi dengan sebaiknya. Terbaik entri ini.
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Google Adsense – Rahsia Di Sebalik $1,077 (RM3,264) Sebulan – Bahagian 2
Comments are closed.