Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita boleh berkawan dengan siapa sahaja akhirnya pasti akan ada yang sangat rapat, sederhana rapat dan jauh tapi rapat. Orang tua kata kalau bersahabat biar bersederhana jangan terlalu akrab sangat kerana sejarah sudah banyak membuktikan apabila berkawan terlalu rapat akhirnya jadi musuh paling seteru.
Dalam tempoh 7 tahun menjadi blogger dengan blog Denaihati.com aku mengenali ramai rakan-rakan online yg memang berkualiti. Antaranya seorang sahabat yg ketika itu sedang belajar di Russia kami tidak pernah bertemu tetapi beliau tolong uruskan blog Denaihati dari Russia dan akhirnya bertemu secara tak segaja di Alamanda Putrajaya ketika dia pulang bercuti setelah bertahun berkomunikasi secara online .
Seorang lagi sahabat ketika itu menetap di Kota Bahru dan kami hanya berhubung menggunakan twitter untuk menguruskan blog Denaihati, hanya berjumpa sahabat dari Kota Bahru ini selepas lebih setahun berkenalan secara online.
“Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. – (Al-Furqan: 27-29)
Seorang lagi sahabat dari Shah Alam ketika itu bekerja di sebuah bank terkenal di Kuala Lumpur. Kami selalu berkomunikasi secara online dan kali pertama kami berjumpa apabila beliau nak minta nasihat untuk bersara awal untuk fokus pada dunia hartanah.
Seorang lagi teman memang world suka buat kerja sukarela di merata dunia. Dia dah buat kerja di Filipina, Australia, India, Nepal, Jepun dan sekarang di Europah. Kami selalu berkomunikasi online dan berjumpa setahun sekali dua sahaja. Aku juga mengenali sahabat Hafiz Al Quran secara online yang menguruskan Madrasah Tahfiz keluarganya lebih sepuluh tahun. Rupanya ustaz ini memang terkenal dan banyak ilmunya memang tidak rugi bersahabat dengan beliau.
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” – (Riwayat Abu Daud)
Kisah sahabat offline memang ramai tidak tertulis satu entri antaranya usahawan wanita online yang hebat dengan berbagai bisnis online dan offline nya dan paling tidak terlawan sahabat yang ada rumah orang tua sudah menjelajah lebih 20 negara yang orang biasa tidak akan jejaki, singgah di ratusan Madrasah Tahfiz. Ada juga dua tiga sahabat yang buat onar sebagai iktibar kehidupan tetapi sudah aku maafkan tanpa ada perasaan permusuhan dan semuga mereka mendapat hidayah dari ALLAH. Ada juga sahabat yang sudah pergi menyahut panggilan ALLAH lebih awal yang akan sentiasa diingati semuga bersama ditempatkan bersama para ahli Syurga.
Kini semua insan ini sudah berjaya dalam bidang masing-masing, itu yang buat aku senyum gembira. Nabi kata kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi insyaa Allah pasti suatu hari terpalit bau wangi di baju kita. Sahabat sekeliling kita memang bakal mewarnakan kehidupan kita dan kejayaan di masa depan. Semuga aku juga akan sukses seperti mereka semua.
445 Comments
Pengaruh kawan sangat besar dalam diri setiap orang, ada orang yang lebih rapat dengan kawan berbanding dengan ibu bapa dan keluarga sendiri.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Andai kita mendapat rakan yang mahu berhijrah dari yang kurang elok ke arah lebih elok alangkah beruntungnya. Sekurang-kurangnya dapat juga kita tempias kebaikan dari rakan itu.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Sama-samalah bersahabat kerana Allah demi meraih syurga yang kekal abadi. InsyaAllah… Aamiin…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Bersahabatlah kerana Allah.
Orang yang bersahabat kerana Allah dan saling mencintai dipandang mulia oleh Allah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Sedikit nasihat daripada al-Ghazali, jauhilah daripada bersahabat dengan orang yang hanya suka kepadamu ketika engkau senang sahaja, kerana dia adalah musuhmu yang paling berbahaya dan jangan engkau jadikan hartamu itu lebih mulia daripada maruahmu.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Setiap orang boleh berubah sekelip mata sahaja, kita tidak akan tahu kerana hanya Allah yang boleh mencampakkan hidayah kepada hati seseorang.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Berhati-hatilah apabila bersahabat.
Bersahabatlah dengan orang-orang yang soleh, tetapi jangan memandang hina kepada orang yang jahat, kerana yang jahat itu adalah perbuatannya, bukan dirinya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Jangan pula menjadi seperti seorang tukang besi yang memberikan bau-bau busuk dan hapak kepada orang lain, maksudnya ialah apabila kita melakukan maksiat/kejahatan, mereka juga turut akan terpengaruh dengan perbuatan kita dan akhirnya akan membawa kepada kebinasaan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Maksudnya jika kita seorang yang sentiasa beramal soleh, mudah-mudahan sahabat kita itu juga akan turut terpengaruh untuk melakukan perkara yang sama.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Kita jangan jadi kayu api yang membakar sebaliknya jadilah seorang penjual minyak wangi yang apabila didekati, orang lain akan turut mendapat bau-bauannya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Sekiranya orang yang jahat cuba mendekati kita maka sambutlah mereka dengan baik. Ucapkan salam, tanyakan khabar, berikan senyuman yang ikhlas. Janganlah memberikan sebarang isyarat atau mimik muka yang menunjukkan seakan-akan kita benci kepada mereka.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Kadangkala kita perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah diri ini sudah cukup baik untuk sahabat karib kita?
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Adakah kita seorang sahabat yang mendatangkan kebaikan atau pun yang membawa kepada kebinasaan?
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
“Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat.”
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Bila bersahabat dengan orang yang sering melakukan maksiat, kita akan mudah terpengaruh dengan perbuatan maksiatnya yang akhirnya akan merosakkan diri kita sendiri.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Comments are closed.