Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita boleh berkawan dengan siapa sahaja akhirnya pasti akan ada yang sangat rapat, sederhana rapat dan jauh tapi rapat. Orang tua kata kalau bersahabat biar bersederhana jangan terlalu akrab sangat kerana sejarah sudah banyak membuktikan apabila berkawan terlalu rapat akhirnya jadi musuh paling seteru.
Dalam tempoh 7 tahun menjadi blogger dengan blog Denaihati.com aku mengenali ramai rakan-rakan online yg memang berkualiti. Antaranya seorang sahabat yg ketika itu sedang belajar di Russia kami tidak pernah bertemu tetapi beliau tolong uruskan blog Denaihati dari Russia dan akhirnya bertemu secara tak segaja di Alamanda Putrajaya ketika dia pulang bercuti setelah bertahun berkomunikasi secara online .
Seorang lagi sahabat ketika itu menetap di Kota Bahru dan kami hanya berhubung menggunakan twitter untuk menguruskan blog Denaihati, hanya berjumpa sahabat dari Kota Bahru ini selepas lebih setahun berkenalan secara online.
“Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. – (Al-Furqan: 27-29)
Seorang lagi sahabat dari Shah Alam ketika itu bekerja di sebuah bank terkenal di Kuala Lumpur. Kami selalu berkomunikasi secara online dan kali pertama kami berjumpa apabila beliau nak minta nasihat untuk bersara awal untuk fokus pada dunia hartanah.
Seorang lagi teman memang world suka buat kerja sukarela di merata dunia. Dia dah buat kerja di Filipina, Australia, India, Nepal, Jepun dan sekarang di Europah. Kami selalu berkomunikasi online dan berjumpa setahun sekali dua sahaja. Aku juga mengenali sahabat Hafiz Al Quran secara online yang menguruskan Madrasah Tahfiz keluarganya lebih sepuluh tahun. Rupanya ustaz ini memang terkenal dan banyak ilmunya memang tidak rugi bersahabat dengan beliau.
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” – (Riwayat Abu Daud)
Kisah sahabat offline memang ramai tidak tertulis satu entri antaranya usahawan wanita online yang hebat dengan berbagai bisnis online dan offline nya dan paling tidak terlawan sahabat yang ada rumah orang tua sudah menjelajah lebih 20 negara yang orang biasa tidak akan jejaki, singgah di ratusan Madrasah Tahfiz. Ada juga dua tiga sahabat yang buat onar sebagai iktibar kehidupan tetapi sudah aku maafkan tanpa ada perasaan permusuhan dan semuga mereka mendapat hidayah dari ALLAH. Ada juga sahabat yang sudah pergi menyahut panggilan ALLAH lebih awal yang akan sentiasa diingati semuga bersama ditempatkan bersama para ahli Syurga.
Kini semua insan ini sudah berjaya dalam bidang masing-masing, itu yang buat aku senyum gembira. Nabi kata kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi insyaa Allah pasti suatu hari terpalit bau wangi di baju kita. Sahabat sekeliling kita memang bakal mewarnakan kehidupan kita dan kejayaan di masa depan. Semuga aku juga akan sukses seperti mereka semua.
445 Comments
Jika kita melihat kepada cermin, sudah tentu kita akan melihat kepada hensem/kacak/cantiknya diri kita sendiri, setakat itu sahaja, tidak nampak akan kelemahan diri atau cacat cela. Tetapi apabila bersahabat dengan orang yang soleh, mereka menjadi ‘cermin’ bagi diri kita, yang mana mereka akan nampak ‘cacat cela’ kita dan menengur kita secara bersembunyi untuk menjadi aib kita daripada tersebar pada pengetahuan orang lain.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Bersahabat dengan orang yang soleh umpama kita melihat kepada cermin.Nabi s.a.w. ada menyebut:
“Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya”
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Teman baik akan membuat kita baik. Teman buruk akan membuat kita buruk pula.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Bersabahat dengan orang yang soleh, kita akan memperoleh ilmu dan kebaikan daripada mereka, sekaligus kita juga akan terpengaruh dengan mereka untuk berbuat baik. Segan nak buat maksiat bila teringat kepada mereka.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Kawan yang baik akan membuatkan kita jadi baik juga. Dapat manfaat dari kebaikanya. Jika kawan tak baik, sebaliknya akan terjadi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan Main Instagram-Wordless Wednesday
Nak berkawan dengan sesiapa sahaja boleh… tak salah… nanti orang ingat kita ni jenis memilih kawan…
Curahan rasa anuar @ ..AWAS! Ada 2 Peserta Contest SEO sudah Disqualified!
Tapi kena berpada2lah… kena tahu mana tang dan mana yang buruk setiap perkara yang kawan2 kita lakukan…
Curahan rasa anuar @ ..AWAS! Ada 2 Peserta Contest SEO sudah Disqualified!
Mana yang baik, kita ikutlah… mana yang tak baik, tak usahlah kita ikut… sebaliknya kita kena tegur atau menasihati kawan kita…
Curahan rasa anuar @ ..AWAS! Ada 2 Peserta Contest SEO sudah Disqualified!
Sebenarnya inilah peranan utama seorang kawan…. dalam masa yang sama dapat membimbing rakan2 kita yang kurang baik, menjadi lebih baik… In Shaa Allah…
Curahan rasa anuar @ ..AWAS! Ada 2 Peserta Contest SEO sudah Disqualified!
Betul tuh, dalam berkawan kita perlulah pandai memilih antara kawan yang ok dengan kawan yang tak ok.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Suka entry ni. Menjadi kawan yang sebegini, harumnya kita terkena jua 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..WESTON, BEAUFORT KAMPUNG NELAYAN YANG INDAH
Tu yang rasa tak sabar nak berkawan dengan penjual minyak wangi… Tapi sayangnya saya tak kenal sorang pun… hehehe
Curahan rasa Anuar @ ..AWAS! Ada 2 Peserta Contest SEO sudah Disqualified!
Betul tu. Kesan dapat kawan yang baik. Kita pun akan dapat kebaikanya juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan Main Instagram-Wordless Wednesday
Betul tu. Kesan dapat kawan yang baik. Kita pun akan dapat kebaikanya juga. Kawan yang sentiasa memberi kebaikan kepada kita.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan Main Instagram-Wordless Wednesday
Betul tuh, kewanginnya akan tercalit kat kita jugak akhirnya nanti…. sonya menjadi tanggungjawab kita tuntuk mengekalkan kewangiannya tuh…
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Suka ayat ni”Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya.”
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Wangi jer kan kalau kita lalu dekat kedai minyak wangi, rasa nak lalu banyak-banyak kali jerk kan.. macam itu juga lah dalam berkawan kan…
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Alhamdulillah. Kawan adalah ibarat cerminan diri kita. Andai baik kawan kita in shaa Allah baik jugalah diri kita. Berkawan dengan penjual emas akan terpalitlah warna keemasan pada tubuh kita.
Curahan rasa Azu Naurah @ ..MUDAHNYA BUAT PINJAMAN
Setuju tu, kalau tersalah pilih kawan maka kita pun akan terjerumus sama benda yang tak baik
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Fuiyaaa.. terpalit keemasan tuh yang lagi seronok rasanya tuh, dah lah wangi, siap shine2ing lagi pulak tuh… besh2…
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Ada kawan macaam ni memang seronok. Boleh bantu kita di saat memerlukan. Kena cari kawan yang baik.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Untung Buat Jobdirumah
Kawan yang baik yang mengajak kita ke arah kebaikan…yang menunjukkan jalan kebenaran
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Kawan di saat susah memang susah nak carik, sebab kebanyakkan kawan hanya nak kawan dengan kita masa kita senang jer.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
ramai kawan memang bagus untuk membina jaringan. apatahlagi kalau berkawan dengan penjual minyak wangi.. pasti baunya akan terasa juga
Curahan rasa zool @ ..Umurku 37 tahun
Betul tu. kawan yang baik akan sentiasa bantu kita untuk jadi baik. So kena santiasa cari kawan-kawan yang baik.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Untung Buat Jobdirumah
Kena pandai memilih kawan..tetapi kalau tersalah pilih kawan andaikata hati kita cekal nak bawa dia kembai ke pangkal jalan Alhamdulillah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Kalau bau tu tahan lama, syok kan…
terasa wangi ja walaupun kita ni tak wangi sangat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Kena carik yang jenis long lasting lah kalau macam tuh sis Noriza Rahman, baru lah baunya kan berkekalan…
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
sangat postif…berkawan dengan mereka akan menarik kita turut wangi sama.hihi
Curahan rasa huda @ ..Promosi Shaklee Disember 2015
Betul tu. Kita dapat kesannya juga jika kawan-kawan kita seperti penjual minyak wangikan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Untung Buat Jobdirumah
Terpalit kewangian di badan kita tu boleh la nampak secara fizikal kan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Biasalahkan bila kawan kita wangi, kita pun secara automatik akan mewangikan diri kita juga kan…
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Ada kawan macam minyak wangi memang seronok. Sentiasa bagi kebaikan dalam setiap perkara yang dibuat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kenduri Kahwin dan Aiskrim Tidak Terpisah
Harapnya kita dapat ramai kawan macam tu dalam hidup kita… In Shaa Allah kawan macam ni sangat membantu untuk kita mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat…
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Bercuti Di Legoland Malaysia (Tahun 2015)
Kawan yang wangi nih memang susah nak carik nih… sentiasa ada tika kita sedih ker gembira kanh…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Bila dah ada kawan yang wangi nih, kita kena lah pandai hargai dan jaga hati mereka, so that mereka nih akak sentiasa wangii jerk dengan kita.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Kawan yang nak palit minyak wangi ni sukar nak dicari…yang banyak jenis berlawanan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Betul tu. akan bagi kebaikan dan pandu kita untuk menjadi lebih baik dan boleh memberi manfaat kepada insan lain juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Untung Buat Jobdirumah
Betul tu. akan bagi kebaikan dan pandu kita untuk menjadi lebih baik dan boleh memberi manfaat kepada insan lain juga. Jadi kita pun boleh jadi baik juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Untung Buat Jobdirumah
Dia memberi kebaikan kita pun terseret sama sebab berdampingan dengannya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
mendalam maksud tersurat dan tersirat atikel ni, betul juga kena berkawan dengan penjual minyak wangi , mana tahu nanti kita akan terpalit juga wanginya kan …
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Gaya Hidup Yang Sihat Dengan Susu Unta Sunnah
In Shaa Allah tuan Wan Zawawi… harapnya macam tulah… disebabkan itu kita digalakkan menghadiri majlis2 ilmu..
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Setiap kali kita berada di majlis ilmu.. malaikat akan turut sama dengan kita… In Shaa Allah, kita akan turut sama mendapat keberkatan ilmu yang disampaikan oleh guru2 kita..
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Majlis ilmu adalah tempat yang sangat mulia, iyer lah kan itu lah tempat kita untuk menuntut sesuatu pelajaran.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Betul tu. Kesan dari wangian yang baik. Akan jadi kesan yang baik juga kepada kita yang berkawan dengannya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kenduri Kahwin dan Aiskrim Tidak Terpisah
Wangi sewangi wanginya lah kan.. kawan dengan penjual minyak wangi, kompem kita akan terpalit wangi jugak.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Betul tu. Kesan dari wanginya akan dapat kepada kawan yang berkawan dengan mereka-mereka yang baik macam ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Untung Buat Jobdirumah
Sangat tersirat maksudnya kan, kekadang kawan ni makan dalam
Ada yang jenis buat kebaikan nak dapatkan balasan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Tp tn DH pon nampak sado ala2 abang tailong gak per….tak salah kan kalo nak berkawan dengan org mcm nie… 🙂
Cuma kadang2 bila nak berkawan dengan orang “ADA-ADA – pinjam dialog mak sudin dalam bujang lapok ” rasa rendah diri juga…maklum aa kita petai jek.. 😀
Curahan rasa si bongkok @ ..Gunung Ledang Resort Review Port Dating Semulajadi Yg Wajib Anda Pergi
Samalah dengan saya… selalu rasa rendah diri bila berhadapan dengan orang2 hebat… sehingga menyebabkan rasa berat mulut nak bercakap..
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Betul tuh kan, kadang tuh bila kita dah berada di kalangan orang-orang yang hebat nih, kita akan automatik berasa kerdil aje kan…
Itu sudah pasti..terasa kerdilnya bile berdampingan dengan mereka yang sangat humble macam tuan DH ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
setuju sangat dengan entry diatas
kawan dengan orang buruk perangai, kita pun akan terjerumus jadi buruk gak, lagi2 kalau iman tak kuat dan mudah terpengaruh….hihihihi
Curahan rasa WERDA @ ..WERDA DI MALAYSIA ISLAMIC CHILDREN’S FAIR di SACC, SHAH ALAM.
Kalau macam tu eloklah berpada2 letika berkawan.. nak berkawan dengan semua orang boleh, tapi contohi sifat baik rakan kita dan elakkan daripada terikut sifat mereka yg tidak baik..
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Comments are closed.