Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita boleh berkawan dengan siapa sahaja akhirnya pasti akan ada yang sangat rapat, sederhana rapat dan jauh tapi rapat. Orang tua kata kalau bersahabat biar bersederhana jangan terlalu akrab sangat kerana sejarah sudah banyak membuktikan apabila berkawan terlalu rapat akhirnya jadi musuh paling seteru.
Dalam tempoh 7 tahun menjadi blogger dengan blog Denaihati.com aku mengenali ramai rakan-rakan online yg memang berkualiti. Antaranya seorang sahabat yg ketika itu sedang belajar di Russia kami tidak pernah bertemu tetapi beliau tolong uruskan blog Denaihati dari Russia dan akhirnya bertemu secara tak segaja di Alamanda Putrajaya ketika dia pulang bercuti setelah bertahun berkomunikasi secara online .
Seorang lagi sahabat ketika itu menetap di Kota Bahru dan kami hanya berhubung menggunakan twitter untuk menguruskan blog Denaihati, hanya berjumpa sahabat dari Kota Bahru ini selepas lebih setahun berkenalan secara online.
“Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. – (Al-Furqan: 27-29)
Seorang lagi sahabat dari Shah Alam ketika itu bekerja di sebuah bank terkenal di Kuala Lumpur. Kami selalu berkomunikasi secara online dan kali pertama kami berjumpa apabila beliau nak minta nasihat untuk bersara awal untuk fokus pada dunia hartanah.
Seorang lagi teman memang world suka buat kerja sukarela di merata dunia. Dia dah buat kerja di Filipina, Australia, India, Nepal, Jepun dan sekarang di Europah. Kami selalu berkomunikasi online dan berjumpa setahun sekali dua sahaja. Aku juga mengenali sahabat Hafiz Al Quran secara online yang menguruskan Madrasah Tahfiz keluarganya lebih sepuluh tahun. Rupanya ustaz ini memang terkenal dan banyak ilmunya memang tidak rugi bersahabat dengan beliau.
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” – (Riwayat Abu Daud)
Kisah sahabat offline memang ramai tidak tertulis satu entri antaranya usahawan wanita online yang hebat dengan berbagai bisnis online dan offline nya dan paling tidak terlawan sahabat yang ada rumah orang tua sudah menjelajah lebih 20 negara yang orang biasa tidak akan jejaki, singgah di ratusan Madrasah Tahfiz. Ada juga dua tiga sahabat yang buat onar sebagai iktibar kehidupan tetapi sudah aku maafkan tanpa ada perasaan permusuhan dan semuga mereka mendapat hidayah dari ALLAH. Ada juga sahabat yang sudah pergi menyahut panggilan ALLAH lebih awal yang akan sentiasa diingati semuga bersama ditempatkan bersama para ahli Syurga.
Kini semua insan ini sudah berjaya dalam bidang masing-masing, itu yang buat aku senyum gembira. Nabi kata kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi insyaa Allah pasti suatu hari terpalit bau wangi di baju kita. Sahabat sekeliling kita memang bakal mewarnakan kehidupan kita dan kejayaan di masa depan. Semuga aku juga akan sukses seperti mereka semua.
445 Comments
Siapa kita 5 tahun akan datang, tengok dengan siapa kita berkawan. Carilah kawan setiap hari. Di mana mana sahaj kita boleh mula berkawan. Kita akan attract kawan yang sama dgn kita. Kalau kita positif makmaka kawan yang rapat juga positif dan juga sebaliknya
Curahan rasa Elias @ ..Adakah kejatuhan harga minyak membawa kebaikan atau keburukan?
Setuju setuju… di facebool ada terlalu ramai kawan.. nak berkawan dengan 5000 orang sekaligus pun boleh… tapi sebelum tu kena baca juga profile mereka supaya kita dpt mengenali rakan kita dgn lebih dekat..
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Di media sosial ni berkawan sahaja boleh tetapi ada juga yang menyumbangkan aura negatif kepada kita, macam tu sukar nak bertahan lama
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Ye sangat setuju dengan penyataan tu…
kalau diri kita positif kita juga akan menarik kawan yang positif dekat dengan kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
kena lebih banyak rajin berkawan dengan penjual minyak wangi la macam nih.
hoho..
Curahan rasa titan @ ..Asingkan SAMPAH dengan bijak. Baru BUANG dengan penuh hemah.
Cikgu Titan ada kenal dengan kawan yang menjual minyak wangi tak? Kalau ada perkenalkan kepada saya… jalau boleh saya nak kenal juga sekurang2nya seorang… 😉
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Kalau dapat kawan macam Cikgu Titan pun dah bersyukur sangat tu…wangi juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
sekarang ni orang melayu pun dah ramai buat minyak wangi jenama sendiri memang ;power
Curahan rasa kosmetikmurah @ ..AURAWHITE STEMCELL harga dan MURAH ORIGINAL
Haah.. macam Abang Ipin tu.. buat minyak wangi guna Gaharu… tengok masyuk jer…
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Paling best sekali tengok model2 yang mengiklanlan minyak wangi beliau dalam video… memang cantik2.. setanding nelofa…
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Kena berkawan dengan Rozita Che Wan la sebab dia tengah top jual minyak wangi ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Kalo misalnya kita berteman dengan penjual minyak wangi, maka kita akan ikutan wangi
Sepatutnya begitu.. tetapi ada juga orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi tapi enggak bisa terpalit wangiannya..
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Itu jenis kawan yang tidak tahu menghargai peluang kot bila dapat berkawan dengan orang baik
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Memang untung berkawan dengan penjual minyak wangi. Dapat bau wangi aje bila ada sebelah dia.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Yang Merajuk
Betul tu saya setuju… terutamanya kalau terlupa pakai minyak wangi, boleh minta sikit daripada penjual minyak wangi.. hehehe..
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Kalau nak nilai diri sendiri, tengok dengan siapa kita berkawan. Selalunya kawan kita cerminan kita. Berkawan dengan semua orang, tapi dengan siapa kita rapat, kena pilih. Takut terpengaruh pula. 🙂
Curahan rasa Rara Zack @ ..VIDEO JEPUN 2015 : Kemudahan Solat, Pengangkutan, Makanan halal
Betul tu. kawan mudah bawa pengaruh kepada seseorang. berkwan dengan kawan baik. Kita akan jadi baik juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Yang Merajuk
berkawan dengan orang yang baik baik InshaAllah kita akan menjadi baik juga.Alhamdulillah.
Curahan rasa yusri @ ..Contoh Buku Program Sekolah
Ya….jangan pandai-pandai cari rakan yang tidak baik, kelak nanti kita pun terikut sama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Menang Komen Terbanyak 3 Kali Berturut-turut Di Denaihati.com
Kita pun kena jadi baik juga supaya lebih menarik orang2 yang baik.. Semoga kita semua jadi baikkk..!
Curahan rasa Rara Zack @ ..VIDEO JEPUN 2015 : Kemudahan Solat, Pengangkutan, Makanan halal
Kawan macam cermin diri kita. Lihat kawan boleh tahu macam mana diri kita. Cari kawan yang baik.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Yang Merajuk
Tuan Aqif Azizan rasanya dah ramai yang tahu kehebatannya…. Beruntung saya dapat bersua muka dengan beliau secara live semasa Majlis Sepetang Bersama Denaihati… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Kena berkwan dengan beliau. Insyallah akan dapat banyak ilmu darinya. Orangnya hebat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Yang Merajuk
Beruntung Tuan Denaihati dapat kenal dengan bro Eizil… Ternyata kepakaran yang beliau miliki sangat membantu dalam penjenamaan Blog Denaihati…
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Isteri Saya, Cantik tak? (Bahagian 78, 79 dan 80)
Bro DH n memang ramai kawan di kalangan bloger2 yang hebat2 belaka n…
Curahan rasa Supernifz @ ..Alfalfa Shaklee maksimum 6 biji sehari?
Apasal Tuan Denaihati ambil gambar Abang Ensem yang tengah diapit oleh cewek-cewek…. Nanti bangga Abang Ensem tengok gambar ni…. Harap lain kali boleh cari gambar lain… hahaha
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Suka abg Hensem selalu aje di apit oleh teman-teman yang comel. Kena kawan dengan abg hensem juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Yang Merajuk
Erk… Ada tak penjual minyak wangi yang sudi berkawan dengan saya yer… Setakat ni saya belum ada kawan yang menjual minyak wangi… Kawan kenal dekat facebook adalah…
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Kalau ada sesiapa dekat sini yang boleh perkenalkan kepada saya kawan yang ada menjual minyak wangi, tolong hubungi saya yer… TQ
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Ramai juga kawan yang jual minyak wangi ada pada hari jumaat. Nanti boleh berkawan dengan mereka.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Yang Merajuk
Malam tadi saya menghadiri ceramah agama… Dalam ceramah tersebut ustaz tersebut ada berkongsi garis panduan dalam perhubungan…. Termasuk ketika berkawan:
1. Kita boleh pulaukan orang Islam yang tidak bersembahyang…. Contoh pulaukan ialah, tak menghadiri majlis kenduri yang orang tersebut anjurkan..
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Isteri Saya, Cantik tak? (Bahagian 78, 79 dan 80)
2. Kita juga boleh tidak menghadiri mana-mana majlis kenduri yang ada ciri-ciri maksiat di dalamnya… Contohnya kenduri kahwin yang ada kugiran/band yang penyanyinya terdiri daripada kaum wanita yang tidak bertudung…
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Isteri Saya, Cantik tak? (Bahagian 78, 79 dan 80)
3. Kita juga boleh tidak menghadiri jemputan kenduri, sekiranya tuan rumah tidak menutup aurat (Terutamanya wanita)
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Isteri Saya, Cantik tak? (Bahagian 78, 79 dan 80)
4. Sekiranya ladang kelapa sawit kita dicerobohi oleh haiwan ternakan(contohnya lembu). Kita boleh menjual lembu tersebut, kemudian kita boleh mengambil kerugian yang disebabkan oleh lembu tersebut.. Wang selebihnya perlu kita pulangkan kepada tuan lembu (kalau kita kenal). Kalau kita tak kenal, kita boleh sedekahkan wang tersebut ke masjid untuk kegunaan ramai orang…
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Isteri Saya, Cantik tak? (Bahagian 78, 79 dan 80)
Untuk perkongsian yang seterusnya bersambung pada masa akan datang… Tak sempat nak tulis sekarang… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Isteri Saya, Cantik tak? (Bahagian 78, 79 dan 80)
Fuiyoo.. berangkai-rangkai tuh tazkirahnyer.. memang hebat sungguh pengomen kat blog bro DH nih…
Curahan rasa Supernifz @ ..Alfalfa Shaklee maksimum 6 biji sehari?
bagus perkongsian ini. Ramai yang tak tahu tentang perkara macam ni. Kena ambil berat lepas ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Ramai Yang Berjaya dengan Jobdirumah
Indahnya dunia jika kita semua bisa membuka hati, memperluas kebesaran hati untuk berkawan. Berkawan tidak perlu pilih-pilih, dengan siapa aja.. karena yakinlah hubungan yang baik akan menjadi hubungan yang saling mengisi.
Terimakasih sudah berbagi tulisan yang sangat insporatif ini.
Salam Sahabat dari Kami
Jabat Erat Selalu
Villa Istana Bunga
Curahan rasa Villa Istana Bunga @ ..Villa Istana Bunga J6 – 4 Kamar
Kalau kita ikhlas dalam berkawan, walau dengan sesiapa sahaja…. In Shaa Allah kita akan semakin dimurahkan rezeki,,,,, Memang tepat kata peribahasa berkasih biar satu, berkawan biar beribu…
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Isteri Saya, Cantik tak? (Bahagian 78, 79 dan 80)
Kita kena sentiasa jujur dalam berkawan, jangan sesekali kita tikam kawan kita dari belakang. Tak baik tuh…
Curahan rasa Supernifz @ ..Alfalfa Shaklee maksimum 6 biji sehari?
Betul tu. Kena buat baik pada orang. baru orang buat baik pada kita. Jika sebaliknya susah juga jadinya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Ramai Yang Berjaya dengan Jobdirumah
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berkawanlah dengan orang yang baik, jika mahu kita pun akan jadi orang baik juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Menang Komen Terbanyak 3 Kali Berturut-turut Di Denaihati.com
Dulu masa kecik2… cikgu selalu berpesan kat kami.. Berkawan biar beribu2 macam beribu2 lemon… hahah.. siapa yg ingat iklan beribu2 lemon suatu masa dulu…
Memang benar kita harus berkawan dengan siapa saja. Asal jangan dengan orang yang berperilaku jelek.
Curahan rasa Muhamad Ilyas @ ..Perbedaan Otak Kiri dan Otak Kanan yang Sebenarnya
Itu memang betul… Saya setuju sangat-sangat… Bila kita ada ramai kawan, akan dapat memudahkan kita untuk membuat networking… Networking bagus untuk memperkembangkan perniagaan kita… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Isteri Saya, Cantik tak? (Bahagian 78, 79 dan 80)
Betul tu, berkawan dengan orang yang baik. kita akan jadi baik. jika tak kita pun akan susah juga nanti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Ramai Yang Berjaya dengan Jobdirumah
Berkawan dengan penjual minyak wangi, inshaa Allah kita akan dapat juga wangiannya.
Carilah kawan-kawan yang dapat memberikan manfaat kepada kita. Dan jangan lupa untuk ambil manfaat yang ada pada dirinya.
Curahan rasa Pakar Merawat Sihir @ ..7 Jenis Sihir Melibatkan Suami Isteri & Ketahui Tanda-Tandanya
Yang baik itu kita ambil yang tidak tu kita jadikan sempadan buat diri kita.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Betul tu. kawan yang baik macam minyak wangi. sentiasa memberi kebaikan kepada kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Ramai Yang Berjaya dengan Jobdirumah
Comments are closed.