Assalammualaikum dan salam sejahtera
Dalam keadaan negara kita sedang kecoh dengan peralihan kuasa untuk memimpin kerajaan, satu cicipan dari saudara Syafaat Nasir telah mendapat perhatian netizen.
Di dalam cicipan beliau, dia berkata
Sedang pemimpin Malaysia berebut kuasa, satu kisah untuk direnung bersama. Tadi latihan pusat olahraga, ada sorang peserta dari sekolah lain datang pakai seluar sekolah.
“Mana seluar sukan?”
“Harini giliran adik pakai sebab dia ada PJ. Saya pakai seluar sekolah la.”
Sedih.
Budak ni bukan sekolah saya. Bekas anak murid masa dia darjah 1 je dulu. Masa mula posting. Sekarang dah darjah 5.
Dia atlet olahraga saya. Sekarang tengah latihan pusat. Next week kejohanan.
Dan apa yang mengharukan ialah apabila ada beberapa insan yang pemurah memberi sumbangan kepada adik tersebut untuk beli seluar.
Terima kasih yang DM nak bagi sumbangan kat dia. Nanti saya bagi la cikgu dia suruh belikan seluar.
Terima kasih semua yang menyumbang. Ada banyak dah ni. Cukup dah saya rasa. Esok insyaallah pi beli seluar dia dan untuk adik dia. Kalau ada lebih lagi, belanja dia makan.
Terima kasih abang dan akak semua. Esok saya update. Beli lepas training kot.
Dan hari ini adik tersebut telah dapat seluar track, baju sekolah dan stokin baru hasil dari sumbangan netizen.
Habis training olahraga tadi terus beli seluar track, baju sekolah dan paling penting stokin sebab stokin dia ada sepasang je.
KFC sebab ada yang derma suruh bawa dia makan KFC. Siap bungkus untuk family sekali. Terima kasih abang dan akak semua! Semoga dimurahkan rezeki!
Baca : Sedekah yang terbaik, ini amalan yang harus dilaksanakan
Reaksi Netizen
Baca : Hebatnya Kuasa Istighfar!
Alhamdulillah. Semoga apa yang disumbangkan oleh netizen menjadi amal jariah di akhirat kelak. Aminn
Kredit : SyafaatNasir
- Tak sengaja terlanggar, tindakan Doktor berbangsa India ini menyentuh hati netizen
- Suka-suka, terpaksa atau ketagih? beri nafkah haram untuk keluarga
- Sonny Williams bangga jadi muslim di bumi New Zealand, tidak mahu lagi Islam dikeji
- Biodata Dr. Nur Amalina Che Bakri
- Demonstrasi protes #GejayanMemanggil Mahasiswa bertempur
5 Comments
Alhamdulillah. semoga yang membantu dapat mendapatkan rezeki yang lebih lagi untuk kembali berbagi kepada siapapun, aamiin
Alhamdulillah , muka adik tuh nampak happy sangat dengan senyumnya .
Semoga yg memberi sumbangan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah .Aminn
alhamdulillah ramai rakyat malaysia yg prihatin . dah join giveaway mama tak? jom join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. RM 1000 utk dimenangi
Semoga yang membantu dimurahkan rezeki melimpah ruah, tidak putus-putus. Dan semoga adik tu menjadi insan yang mendatangkan kebahagiaan kepada orang di sekelilingnya.
Curahan rasa JMR @ ..Apa Nak Buat Bila Terlibat Dalam Kemalangan Kereta?
Alhamdulillah, suka tengok adik tu tersenyum. Moga adik berjaya dalam apa jua yang diusahakan.
Comments are closed.