Dahulu Kami Diajar Untuk Tidak Mencari Silap Guru

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dahulu kami diajar untuk tidak mencari silap guru. Berdoa agar aib guru ditutup rapat di depan kami anak muridnya. Semoga dengannya lahir hormat dan keberkatan pada guru dan ilmu akan menjadi manfaat.

Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik, Di zaman yang teknologi yang serba canggih menjadikan tugas seorang guru semakin mencabar.

Dengan pelajar yang bermacam ragam menjadikan tugas guru untuk mendidik anak bangsa untuk mencapai kejayaan penuh dengan cabaran.

Namun kita sekarang senang sekali mencari silap celanya guru. Merobek-robek dan mencari aibnya sedangkan guru juga manusia biasa yang punya kelemahan dan keaiban.

Sahabat, jangan dicari cela guru, kita pasti akan menjumpainya sebab guru juga manusia biasa sebanding kita. Bersangka baiklah dengannya, kesungguhan dan keihlasannya mungkin tak dapat kita gambarkan. Memadailah kita menilainya melangkaui dari keaiban dan kelemahannya.

Baca : Adab dengan guru, jangan pernah lupa pesanan ini

Perlu ada perasaan cinta dan kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik kita, sekalipun sedikit sahaja ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu.

Cinta dan kasih kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru adalah mulia di sisi Allah SWT.

Imam Al-Ghazali dalam Bidayah Al-Hidayah. Permulaan untuk mendapat petunjuk menegaskan hal berikut :

1. Kurangkan bercakap dihadapan guru.

2. Bertanya setelah dizinkan oleh guru.

3. Tidak menyanggahi guru. Contohnya berkata, “Kenapa ada pandangan lain yang bercanggah dengan pandapat cikgu”.

4. Berbahas dengan guru. Menunjukkan pandangan yang berbeza. Seolah-olah ia lebih tahu daripada guru.

5. Berbual-bual dengan rakan semasa guru sedang mengajar.

6. Jangan berpaling muka daripada guru. Tataplah matanya. Beradab seolah–olah di dalam solat.

7. Jangan bertanya soalan yang banyak. Ketika guru kelihatan letih atau jemu.

8. Bersangka baik dengan amalan zahir guru. Yang mungkin dilihat tidak benar disisi murid. Ingatlah kisah Nabi Musa dan Khidir.

Adab ini akan menambah kefahaman ilmu. Tambah berkat. Disayangi guru.

Baca : 4 tips menguruskan masa seharian bekerja

Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati oleh orang yang belajar dan beramal.

Sumber : Hj Jafri


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!