Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Alhamdulillah baru-baru ini telah berlangsung aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Denaihati Network dengan kerjasama Yeos Malaysia di Taman Cabaran, Putrajaya. Aktiviti yang berjaya mengumpulkan lebih 200 orang blogger dan aktivis sosial media di SBBYeos2015 menunjukkan sokongan terhadap jenama Yeos Malaysia yang cukup terkenal.
Pelopor makanan dan minuman Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) akan mengakhiri kempen “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya” dengan acara Kem Ramadhan Yeo’s 2015 untuk Ramadan tahun ini. Bertujuan dalam menjadikan satu platform dan galakan kepada rakan-rakan Muslim untuk meneruskan amalan berbuat baik ketika Ramadan, ianya juga berhasrat mengeratkan silaturahim dalam komuniti apabila pelbagai bangsa, agama juga latar belakang dijemput menyertai Kem ini di Shah Alam Convention Centre pada 11 Julai nanti.
Bermula dari kempen “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya” yang telah dilancarkan di bulan Mei, Yeo’s Malaysia bersama enam bintang terkenal tanahair seperti Akim Ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG dan Heliza Helmi mengalakkan rakyat Malaysia mengumpul nilai derma untuk enam buah rumah kebajikan terpilih. Antara enam buah rumah kebajikan yang terlibat adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ; Teratak Nur Barakah, Shah Alam; Pertubuhan Nur Kasih, Klang; Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah, Klang; Rumah Aman, Sungai Buloh dan Rumah Opah Hasnah, Klang.
Berkonsepkan satu belian bersamaan dengan satu nilai derma dan disertai melalui Akaun Rasmi Wechat Yeo’s Malaysia akan melabuhkan programnya pada 5 Julai. Nilai derma yang terkumpul bakal disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih melalui Kem Ramadan Yeo’s 2015.
Melalui Kem ini, peserta-peserta diajak turut serta bersama bintang berpuasa selama satu hari dan melakukan kerja amal bergotong royong dan pembersihan di rumah kebajikan yang diwakili mereka masing-masing. Selain kerja amal di rumah kebajikan, kem sehari ini juga bakal dimeriahkan dengan aktiviti menarik seperti senamrobik, cabutan bertuah, persembahan dari bintang-bintang juga peluang berbuka puasa bersama-sama. Pemenang “Menang Duit Raya” juga bakal diumumkan pada hari tersebut di mana hadiah utama wang tunai sebanyak RM30,000, hadiah kedua wang tunai sebanyak RM15,000 dan hadiah ketiga wang tunai sebanyak RM 10,000.
Untuk menyertai Kem Ramadhan Yeo’s 2015 layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my/beramalbersamabintang dan menghubungi talian di 1300-80-2828 atau email ke [email protected]. Juga layari Instagram #yeosramadhan untuk aktiviti Kem Ramadan tahun 2014.
- iPhone 4S, iPad 2 dan TV LCD 40″ untuk pengunjung Perasmian My Agro Hypermart
- Balik Kampung Petronas bagi Ang Pow RM2000
- Majlis Penyampaian Hadiah Contest Funderful Video Yeo’s
- Persiapan Akhir untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
- Bahagian ke2 – Bagaimanakah kalau saya ingin menjadi hebat seperti awak?
50 Comments
Pujian harus diberikan kepada syarikat Yeo’s Malaysia yang sentiasa beramal untuk program kemasyarakatan. Semoga syarikat lain ada aktiviti beramal kebajikan mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Perodua Alza Advance Vision 2015 Pilihan Hati
semoga usaha ini dapat membuka mata badan kerajaan tentang nasib sebenar rakyat malaysia.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Mudah Jual Dengan Orang Yang Nak Beli
semoga program seperti ini di teruskan di masa akan datang
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Buffet Ramadhan di Kelantan Delights Citta Mall
sukses selalu, semoga acaranya lancar jaya dan penuh makna dan berkah
salam blogerr ,
blogerr indonesia weldan507
Curahan rasa weldan @ ..Clash of Clans Mod Unlimited Money
tahniah Yoes.. semoga dengan usaha ini dapat ringankan beban dan menceriakan hati mereka
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Buang Iklan Nuffnang
Nikkhazizmi: Harapnya ramai lagi pihak swasta akan turut serta dalam program kebajikan seperti ini..
Curahan rasa Sani @ ..Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
Baru-baru ini puhak Yro’s Malaysia ada buat pendaftaran aktiviti beramal bersama Yeo’s di SBBYEOS2015, akibat ada pogram lain, saya tidak berdaftar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Perodua Alza Advance Vision 2015 Pilihan Hati
Semoga aktiviti ini berjalan lancar dan dapat mengumpul dana yang besar untuk rumah-rumah kebajikan yang terpilih dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada orang ramai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Perodua Alza Advance Vision 2015 Pilihan Hati
InsyaAllah, bagusnya Yeos kerana menganjurkan majlis yang sebegini. Pasti seronok mereka yang diraikan.
semoga program ini membawa kemaslahatan bagi semua blogger juga bagi masyarakat umum
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Nasehat Tentang Sabar
Islam di dadaku: Itulah harapan semua para blogger, macam kata-kata blog denaihati “hidup untuk memberi”
Ada juga aktiviti menderma… Bagus juga beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini.. Semoga beroleh keberkatan.. Amin
Curahan rasa Weschairs @ ..Hati-hati bila berada di surau atau masjid di Kedah
5 Julai akan tamat program ni. Masih ada lagi masa nak turut serta ni. Jom semua pra blogger ikut serta sementara ada peluang ni..
Curahan rasa Sani @ ..Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
Terbaiklah semoga program ini dapat membeikan banyak inspirasi untuk semua orang, khususnya para blogger
Curahan rasa moh Amin @ ..Tas kain jeans Keren Untuk Remaja Cewek dan Cowok
Moh Amin: Ini adalah satu contoh bagus CSR syarikat swasta dalam membantu mereka yang memerlukan. Kita juga boleh buat macam tu samada secara berjemaah atau solo.
Curahan rasa Sani @ ..Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
Teringin nak join… Tapi macam tak boleh jer… Sekarang ni saya dah kena buat kelas ganti untuk 2 hari Sabtu pada bulan Ramadhan, untuk ganti cuti raya… 2 Hari Sabtu jer yang available untuk balik berbuka puasa di rumah emak sendiri dan balik berbuka puasa di rumah emak mertua….
Curahan rasa Anuar @ ..Flyers Untuk Project X
Anuar: sekarang dah start buat kelas ganti untuk Raya nanti ya.. Insya Allah kalau tak sempat joint boleh buat solo aje…
Curahan rasa Sani @ ..Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
Ya betul.. Hari raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu… jadi terpaksa ganti cuti awal untuk hari Rabu dan Khamis… sebab nak bagi student balik kampung awal…
Yang tak bestnya terpaksa korbankan 2 hari Sabtu di bulan Ramadhan… huhuhu….
Curahan rasa anuar @ ..Flyers Untuk Project X
Annuar: Jadi hari Rabu dah boleh start balik kampung ya…Itulah pengorbanan yang besar dari guru-guru semua..
Curahan rasa Sani @ ..Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
Baru faham.. Setiap bintang mewakili rumah-rumah kebajikan masing-masing… Dan setiap peserta akan bersama bintang-bintang ini untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kerbajikan…. Tempat adalah terhad kepada 300 orang peserta sahaja
Curahan rasa Anuar @ ..Flyers Untuk Project X
Untuk bintang dan bukan bintang. Inilah masanya bersama retis untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik..
Curahan rasa Sani @ ..Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
Terbaik lah DH….semoga program ini dpt memberi manfaat kepda mereka yg memerlukan..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Zurich Switzerland
Ya… Harapan saya pun macam tu juga… Saya support hubungan kerjasama yang erat di antara Team Denaihati Network dengan Syarikat YEOS…
Curahan rasa Anuar @ ..Flyers Untuk Project X
nampak menarik dan terbaik program ni, satu program yang bermanfaat
Curahan rasa Ebook Bisnes Online @ ..Ebook Himpunan Tips Hartanah Abang Ensem Terkini
Harap ramai yang dapat sertai program yang sangat bermanfaat macam ni… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Flyers Untuk Project X
Comments are closed.