Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat seorang sahabat Blogger tegur kawan-kawan sebab suka letak gambar anak di status facebook terutama dengan aksi seksi tak berbaju, kalau gambar kucing melepak atas sofa tak de masalah. Pernah juga terbaca bagaimana penjahat mencolek seorang budak di sekolah setelah membaca status facebook ibunya tetapi tak ingat baca kat mana. Mengikut pakar analisa jenayah dengan sekeping gambar di sosial media hampir semua rahsia peribadi kita dapat diselongkar oleh mereka yang memerlukan.
Apabila berjalan di sosial media tak kiralah samada di Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain memang berbagai ragam cara penggunaannya. Ada yang menjadikan sosial media sebagai rakan mereka untuk mencurah hati dan perasaan kerana tiada tempat lain untuk mencurah rasa hati. Ada yang menggunakan sosial media sebagai tempat berkomunikasi antara sahabat juga keluarga. Ramai juga yang menggunakan sosial media sebagai platform bisnis untuk mempromosi produk sehingga ada yang sudah berjaya menjadi jutawan.
Pernah juga tengok seseorang yang lebih sepuluh kali sehari update gambar anaknya yang comel dengan berbagai gaya dan aksi di instagram. Aku pulak yang jadi risau sehingga terfikir takkan mereka tak fikir bahaya dengan tindakan mereka itu atau pun bagilah sedikit privasi anak sendiri jangan terlalu over expose. Kita tidak tahu dalam beribu yang follow kita siapa sebenarnya mereka bukanlah berprasangka buruk tetapi sudah banyak kejadian yang telah berlaku. Teringat kisah seorang ibu yang terlalu leka dengan Facebook sehingga anak hilang nyawa dan berapa banyak lagi kecelakaan lain yang berlaku.
Jadi anda dalam kelas yang mana?? Apa batas anda bila bersosial di sosial media, adakah anda akan berkongsi segalanya kisah peribadi??
No related posts.
301 Comments
Alhamdulillah, jika kita jaga adab dan akhlak kita, tak ada alasan untuk orang bergaduh dengan kita di facebook mahupun Twitter. Jangan mulakan benda tak baik, nanti kita pula terkena
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Satu lagi kena ingat, bukanlah bermakna apabila kita di media sosial ni kita boleh buat apa saja. Antaranya, janganlah terlalu banyak buat spam dengan iklan anda setiap saat, nanti orang lain pun menyampah. Apatah lagi apabila ditagnya kita
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Media sosial ni juga sebenarnya tempat sesetengah usahawan online mencari rezeki. Jadi jagalah amanah yang ditugaskan dan janganlah nak cuba buatkan pelanggan sakit hati. Nanti kurang rezeki anda.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Media sosial ni juga sebenarnya menyebabkan soalan UPSR baru-baru ni dengan mudahnya terbocor. Makna kata akan jadi mudahnya rahsia terbongkar, dan sebenarnya tak semua rahsia perlu dihebohkan. Bocornya soalan UPSR menandakan betapa teruknya akhlak mereka.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Nak bergaul di media sosial seperti Facebook dan Twitter ni bukan tak boleh. Tapi kenalah jaga apa yang kita tulis. Terutamanya apabila ada konflik, selesaikan di luar dan jangan bergaduh di depan umum. Maklumlah di Facebook ni, semua orang boleh baca.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Media sosial yang terbaru tu, saya tak ingat dah. Oh, ya. Ummaland, ia cuba menggantikan Facebook, dengan pelbagai fungsi yang kurang melalaikan berbanding Facebook. Tak tahu apa cerita sekarang Ummaland.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Ada sampai anak-anak muda remaja asyik berkongsi kisah cinta mereka, sampai tunjuk gambar berpelukan dan berciuman. Ya Allah, kamu tu belum kahwin lagi, jaga la batasan!
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Tak seronok juga melihat gambar lelaki yang berselfie dengan tidak berbaju, nanti orang sangka kita ni entah buat apa, tambah lagi kalau bersama dengan perempuan bukan mahram dalam satu bilik. Itu confirm dah berdosa berkhalwat!
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
dan janganlah pula si isteri menceritakan aib si suami, dan janganlah pula si suami menceritakan aib dan malu si isteri. dah jadi pasangan tu, kenalah jaga aib masing-masing, bukannya tempat nak bercerita semua benda.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
yang ni ada kebenarannya kadang kita dapat lihat posting xkiralah dari suami ke isteri ke yang memburuk buruk kan pasangan mereka,tidak ada sikap malu atau menjaga maruah perhubungan kekeluargaan antara mereka,memang xptut hal sebegini berlaku kan..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Penampakkan Makhluk Berkepala Manusia Berbadan Lembu
yang ini sangat setuju aib pasangan jangan di ceritakan … senang kata tak payah nak buka aib diam2 dan simpan sendiri itu lagi baik
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Antara yang perlu dijaga juga adalah mualamat antara wanita dan lelaki muslim. Pastikan jaga bahasa dan kata-kata ketika bergaul, jangan terjebak dengan perkara tak baik, sudahlah
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Saya pasti ramai yang suka berkongsi tazkirah dan peringatan di Facebook atau status media sosial masing-masing. Saya harap bahasa tu cantik dan tak kasar dan taklah tak senonoh, akhlak kena jaga juga walaupun ketika kita menasihat.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Antara batasan lagi, kena jaga dan berhati-hati dan jangan terlalu percaya dengan semua orang. di Facebook ni ramai juga penipu, kalau nak jumpa pun, pastikan berteman.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
kadangkala sedih juga tengok orang jadikan media sosial sebagai tempat bergaduh dan mengata sesama mereka. contohnya di kalangan peminat pasukan bola dengan peminat pasukan bola yang lain. Macam-macam perkataan yang ditulis.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Satu lagi batasan ketika bersosial di media sosial adalah kita kena elakkan daripada menyebarkan (share) status yang mempunyai maklumat yang dibimbangi salah dan membuatkan orang ramai salah faham. Apatah lagi yang berunsur fitnah dan penipuan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
fitnah dan penipuan di laman sosial mmg cpt tersebar,ini adalah hal yang sangat bahaya bt kita semua,semoga kita di jauhi dari sifat fitnah ini,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Mengimbau Kembali Tragedi Pondok Pak Ya
Kalau nak kemaskini status di media sosial seperti Facebook dan Twitter, pastikan juga ianya status yang bermanfaat, ada nasihat dan memberikan faedah kepada rakan-rakan yang lain.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Comments are closed.