Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat seorang sahabat Blogger tegur kawan-kawan sebab suka letak gambar anak di status facebook terutama dengan aksi seksi tak berbaju, kalau gambar kucing melepak atas sofa tak de masalah. Pernah juga terbaca bagaimana penjahat mencolek seorang budak di sekolah setelah membaca status facebook ibunya tetapi tak ingat baca kat mana. Mengikut pakar analisa jenayah dengan sekeping gambar di sosial media hampir semua rahsia peribadi kita dapat diselongkar oleh mereka yang memerlukan.
Apabila berjalan di sosial media tak kiralah samada di Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain memang berbagai ragam cara penggunaannya. Ada yang menjadikan sosial media sebagai rakan mereka untuk mencurah hati dan perasaan kerana tiada tempat lain untuk mencurah rasa hati. Ada yang menggunakan sosial media sebagai tempat berkomunikasi antara sahabat juga keluarga. Ramai juga yang menggunakan sosial media sebagai platform bisnis untuk mempromosi produk sehingga ada yang sudah berjaya menjadi jutawan.
Pernah juga tengok seseorang yang lebih sepuluh kali sehari update gambar anaknya yang comel dengan berbagai gaya dan aksi di instagram. Aku pulak yang jadi risau sehingga terfikir takkan mereka tak fikir bahaya dengan tindakan mereka itu atau pun bagilah sedikit privasi anak sendiri jangan terlalu over expose. Kita tidak tahu dalam beribu yang follow kita siapa sebenarnya mereka bukanlah berprasangka buruk tetapi sudah banyak kejadian yang telah berlaku. Teringat kisah seorang ibu yang terlalu leka dengan Facebook sehingga anak hilang nyawa dan berapa banyak lagi kecelakaan lain yang berlaku.
Jadi anda dalam kelas yang mana?? Apa batas anda bila bersosial di sosial media, adakah anda akan berkongsi segalanya kisah peribadi??
No related posts.
301 Comments
Saya jenis yang update bila perlu. Sebab saya pun tidak suka expose lebih-lebih. Ada juga rakan-rakan facebook yang lain setiap saat dan minit meng-update status…hahaha…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
memang ada jugak jenis setiap minit update kat wall..kalau info berguna ok je..yang update..sedang mengantuk ke..sedang memotong kuku jari je..tu yang annoying sikit
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
memang betul…gambar yang bersesuaian atau boleh mendatangkan bahaya kepada ahli keluarga kita jangan di upload di facebook..lepas ni tak naklah upload gambar..nak letak link post baru je..hihihi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Dalam sosial media ni pun ada batasnya. Kita kena selalu berwaspada akan tindakan kita. Kerana kita pun perlukan privasi jugak.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
saya memang had kan semua kisah peribadi saya di sosial media .. tak bercerita pun hal2 peribadi sebab risau lagi2 zaman sekarang
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
betul tu..bagi saya…cukupla sekadar update pergi bercuti ke…atau ada benda-benda penting dan bersejarah…geram jugak tengok yang ada masalah boyfren guffren yang update kat wall macam mereka je sembang berdua..hihih
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
risau nak post apa apa takut nanti ada orang print screen dan jadi viral
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sebab itulah saya jarang sangat update pasal family dalam blog. Sebab nakkan privasi. Blog ini semua orang boleh tengok kan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
kadang2 salah ibu bapa juga sebab biar kan anak2 mereka gunakan sosial media tanpa pengawasan ..memang lah anak2 mahukan ruang untuk diri sendiri tapi ibu bapa berhak untuk tahu apa yang ada di sosial media anak2 mereka
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
parents kena sentiasa check pergerakka anak di lama sosial.risau sekarag ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
lagi selamat tak payah update apa2 tentang kehidupan peribadi kalau nak kongsi juga biar yang biasa2 ini tidak makin lama makin macam2 yang di update
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Betul tu sis, kongsi perkara yang biasa-biasa sahaja dalam blog, jangan terlalu detail terutama pasal family/ anak ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
kalau boleh jangan muat naik gambar yg boleh cetuskan kontroversi. nanti kena bahan dgn keyboard warriors
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu, kat media sosial ni memang laju je perkara yang mencetus kontroversi ini tersebar luas. Berhati-hatilah.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
sangat setuju..nanti gambar atau video menjadi viral..kita jugak yang malu..jadi..berpada-pada lah update kat media sosial
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Batasan seterusnya ketika bersosial adalah menyebut nama orang lain dnegan baik. Janganlah pula menggunakan nama gelaran yang dia tak suka, nanti ada yang terus menyimpan perasaan terluka dan tersinggung
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
betul tu saya setuju,pendek kata kenalah saling menghormati,terkadang terfikir juga kenapa lah medium sosial nk di jadikan tempat menghina,atau menyakiti hati orang lain,.amat menakutkan juga ya,kena berhati-hati sokmo..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Siapakah Pembeli Pertama iPhone 6 ?
Betul tu, Kita kenalah saling hormat-menghormati sesama manusia ini. Bergurau pun biarlah bertempat kan. 🙂
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
perlunya membatas kn dri sendri di dunia media sosial,kena pula skrg ni siap dah ada keyboard warrior lah,dan terdapat juga pages yang mndatangkn keburukan,laman sosial skrg pun bkn org dewasa saja yang guna malah seawal 12 tahun pn ada
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Buah Kering Membantu Menurunkan Berat Badan
macam benda peribadi ke,barang peribadi ke,hal peribadi ke jika boleh xprlu lah nak di update sbb ia nya bersifat peribadi kan xkn lah nk kongsikan juga,atau pun sengaja mohon perhatian tapi berisiko mcm ni dedahkan mcm2 termasuk foto rumah,kereta dll..kita xthu kn..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..8 Penyakit Akibat Marah-Marah.
ibu bapa patut pantau anak2. kalau boleh jgn guna media social lagi sebelum umur 13 thn
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
penat juga kalau nak layan orang tak sependapat dengan kita di Facebook. So jangan duk buang masa sangat nak berdebat, cukuplah dnegan kita nyatakan pendirian kita, selagi tak bertentangan dengan Quran dan Sunnah.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Betul tu. Ni ada jugak jenis manusia yang tak habis-habis berdebat dalam Facebook tu gara-gara tak sependapat.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
orng orang mcm tu memang ramai di FB dan twitter. bergaduh gara2 x sependapat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
orang macam tu memang saya tak layan saya biar kan je bazir masa layan orang yang macam tu
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Saya juga nak pesan supaya usahlah terlalu memuji diri sendiri ketika di Facebook. Nanti kawan-kawan pun akan rasa rimas. Cubalah bersikap rendah diri dan dalam masa sama yakin kepada diri sendiri
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Memang ada jenis manusia yang macam ini. Kalau dah rimas, memang terus unfriend je kat Facebook tu. Hehe
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
lagi satu tak payah nak update pasal putus cinta bagi naik rimas jadinya dah macam baca sandiwara apa je
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Nak bersosial, juga kena jaga kita punya cara berkawan. Janganlah duk invite rakan-rakan untuk main games, sedangkan mereka tak minat pun main games di Facebook. Ramai akan rasa menyampah
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
dah tahun 2014, masih ada lagi yg invite main farmville. rimas betul tgk notifications mcm tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Memang masih ada yang sering invite untuk main game ini. Stress pulak tengok notification kita penuh dengan game saja. hee
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
Anak memanglah anugerah Allah. Tuhan dah beri sifat yang sangat comel kepada anak kita. Tapi tak adalah sampai berpuluh-puluh update sehari cerita pasal anak kita. Logiklah sikit. Hehe
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Betul tu, agak-agaklah kan kalau nak update pasal anak sekalipun. Cuma kena sentiasa waspada dengan tindakan lah.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
kalau puluh2 masuk kan dalam satu album tak apa ini jenis yang upload satu2 memang naik rimas macam dia je ada anak .. bukan lah jeles tp kena fikir sama kawan2 yang lain
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Terpedaya di Facebook tu, dengan hanya percaya melalui Facebook dan transfer banyak duit tu, saya rasa tak harus berlaku. Sebab jumlah puluhan ribu malah ratusan ribu. Kalau beri kepada saya pun, mungkin saya boleh buat kelas blogging. Hehe 🙂
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
kes kena tipu ni pun satu hal, mcm tak pernah dgr cerita org kena tipu sblum ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu, Masih tak terfikir lagi macam mana mereka yang kena tipu tu boleh transfer duit yang banyak dengan hanya kenal di Facebook je.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
betul tu benda tu tak seharusnya berlaku .. dan kenapa nak rugikan diri sendiri hanya sebab org yang baru di kenali malah langsung tak kenal
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Antara batasan lagi adalah menjaga aurat kita. Janganlah sewenang-wenangnya kita menunjukkan aurat kita, terutamanya wanita. Gambar tak bertudung dalam rumah tu, janganlah disebarkan
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
yang tu saya tak buat sejak bertudung .. memang nak upload fikir banyak kali dah sekarang nieh
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Comments are closed.