Batalkah puasa untuk Blogger yang terkentut

Spread the love

Assalamualaikum dan salam Lailatulqadar, soalan mudah adakah batal puasa untuk  Blogger yang terkentut? Jawapannya pasti tidak batal puasa untuk Blogger yang terkentut. Seperti firman Allah swt dalam ayat Al- Baqarah ayat 183, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa”. Jadi kalau jumpa orang Melayu yang tak puasa tu bukanlah sebab mereka terkentut tetapi kerana mereka kurang imannya. Kalau tengok di Twitter pun ada di kalangan follower Melayu yang dengan selambanya tweet bahawa mereka sedang makan. Yakinlah mereka ini tak puasa bukan kerana terkentut tetapi imannya terlalu nipis.

Selamat Berbuka Puasa

Aku segaja nyatakan Orang Melayu kerana kalau Islam pasti mereka takut pada tuhan dan tidak akan tinggalkan puasa dengan segaja. “Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya” [Bukhari-Muslim]. Bagaimana pula bagi yang segaja meninggalkan puasa terutama di 10 terakhir ramadhan yang sepatutnya kita bertungkus lumus mencari Lailatulqadar.

Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun” [Bukhari-Muslim]. Jadi jangan sesekali meninggalkan puasa dan azam untuk tingkatkan ibadah di 10 malam terakhir ramadhan semuga kita berjumpa Lailatuqadar.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

66 Comments

    1. kentut merupakan realitas kehidupan sehari-hari, dilakukan oleh siapapun. Tidak ada orang hidup di dunia ini yang tidak kentut, secantik atau seganteng apapun. Tom Cruise pasti kentut, Sandra Dewi pun kentut, SBY pasti kentut, George Bush kentut, apalagi Tukul Arawana. Kentut itu merupakan fenomena manusia sehari-hari.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..HIDUP SEORANG BLOGGER Yang Selalu BersyukurMy Profile

    1. Sekali baca macam kelakar tetapi memang ada yang masih kurang faham sehingga mereka fikir kentut membatalkan puasa …no joke.

  1. selamat berpuasa..pada mrk yg tak puasa,kalau tak puasa pun janganlah permainkan pasal puasa.
    “selamat berpuasa & selamat menyambut hari raya & selamat menyambut hari kemerdekaan”.
    Curahan rasa ozzy @ ..BLOG PAK PANDIRMy Profile

    1. Berapa ramai yang tanpa rasa bersalah mempermain-mainkan puasa lihat sahaja di FB dan Twitter. Mungkin mereka sangka kita tak nampak tapi Allah nampak.

    1. Sebenarnya entri ini khas menyahut cabaran blogger jad untuk buat entri khas blogger yang terkentut ..tapi sempena bulan mulia ni aku sesuaikan utk peringatan kpd diri aku sendiri.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!