Batalkah puasa untuk Blogger yang terkentut

Spread the love

Assalamualaikum dan salam Lailatulqadar, soalan mudah adakah batal puasa untuk  Blogger yang terkentut? Jawapannya pasti tidak batal puasa untuk Blogger yang terkentut. Seperti firman Allah swt dalam ayat Al- Baqarah ayat 183, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa”. Jadi kalau jumpa orang Melayu yang tak puasa tu bukanlah sebab mereka terkentut tetapi kerana mereka kurang imannya. Kalau tengok di Twitter pun ada di kalangan follower Melayu yang dengan selambanya tweet bahawa mereka sedang makan. Yakinlah mereka ini tak puasa bukan kerana terkentut tetapi imannya terlalu nipis.

Selamat Berbuka Puasa

Aku segaja nyatakan Orang Melayu kerana kalau Islam pasti mereka takut pada tuhan dan tidak akan tinggalkan puasa dengan segaja. “Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya” [Bukhari-Muslim]. Bagaimana pula bagi yang segaja meninggalkan puasa terutama di 10 terakhir ramadhan yang sepatutnya kita bertungkus lumus mencari Lailatulqadar.

Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun” [Bukhari-Muslim]. Jadi jangan sesekali meninggalkan puasa dan azam untuk tingkatkan ibadah di 10 malam terakhir ramadhan semuga kita berjumpa Lailatuqadar.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

66 Comments

  1. dulu saya dengan kawan-kawan ada borak pasal bayangkan kalau ketawa je batal puasa..haha alamatnya lebih ramai orang tak puasa daripada sekarang. nasib baik kentot dan ketawa tak batal puasa.
    Curahan rasa MASA @ ..Merdeka bersama DigiMy Profile

  2. kalau kentut batal puasa..alamat ramai la yang makan sahur banyak2..supaya nanti mereka terkentu, dah tak kena puasa kan

  3. gua pun tak berapa selesa juga bila baca tweet org melayu yg selamba kodok ckp tgh mkn time siang2 hari bulan puasa..xtau la ape yg mereke fikir/rasa agaknya

    Kentut itu adalah anugerah tuhan kepada manusia. Semua manusia pun kentut.

    gua share saja lah:
    Manusia Dan Kentut – http://akulinglung.blogspot.com/2010/07/manusia-dan-kentut.html

    Kerana Kentut Misteri.. – http://akulinglung.blogspot.com/2010/07/kerana-kentut-misteri.html
    Curahan rasa linglung @ ..Joyah Dan TwitterMy Profile

  4. Thank Bro pasal info.

    kentut adalah anugerah Allah kat dunia ni. sbb tu ianya berbau busuk, Kat syurga dah takde kentut yg berbau busuk.

    Moga kita semua tergolong dlm golongan yg berjaya di ramadan kali ini. InsyaAllah

  5. Allahu Akhbar… sangat suka entri ni. Sama-sama lah kita meningkatkan amalan dan mencari malam lailatulqadar itu… rugi lah bagi mereka yang x memanfaatkan 10malam terakhir ramadhan… siapa tahu, ini mungkin ramadhan yang terakhir… Wallahualam..
    Curahan rasa tpinky @ ..Nini keluar dengan Abah dan Aweknya hihiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!