Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia tidak pernah menyangka suatu hari nanti seorang berbangsa Afrika Amerika akan menjadi Presiden Amerika. Bukan setakat berbangsa Afrika Amerika tetapi lebih hebat bernama Islam itulah dia Presiden Barack Hussein Obama. Dilahirkan pada 4 Ogos 1961 di Honolulu Hawaii dari pasangan Ann Dunham dan Barack Obama Sr. yang merupakan seorang muslim berasal dari Kenya. Ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Nairobi pada tahun 1982. Ayah dan ibunya berpisah ketika Obama masih kecil dan ibunya berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia. Obama pernah menetap dan bersekolah di Jakarta.
Agama Presiden Barack Hussein Obama menjadi membincangan hangat di kalangan musuh politik dan di sosial media dan ramai yang sangsi dengan status agama Obama. Kesangsian sangat jelas kerana nama HUSSEIN yang merupakan nama cucu Rasulullah SAW. Tidak hairan bila banyak lawatan Obama ke negara Islam beliau pasti singgah di masjid seperti Masjid Negara ketika melawat Malaysia. Apa pun agama Obama aku mendoakan semuga beliau mendapat hidayah dari ALLAH.
Barack Hussein Obama menjadi susuk tubuh yang mengerakkan perubahan dunia dengan tagline “CHANGE” ketika bertanding jawatan Presiden Amerika penggal pertama. Ramai yang telah mengunakan aura Barack Obama seperti Anwar Ibrahim di Malaysia dan terkini Joko Widodo di Indoensia untuk merebut pemerintahan negara. Kepintaran Barack Hussein Obama berdebat memang dapat mengusik jiwa rakyat sehingga terpilih penggal kedua Presiden Amerika.
[box type=”shadow”]Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah” dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok, dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu”. – sumber [/box]
Ada juga analisa di kalangan pengkaji-kaji yang mengaitkan Barack Obama dengan akhir zaman, dengan kuasa sebagai Presiden Amerika akan menjadi manusia yang meruntuhkan Kaabah berdasarkan beberapa riwayat. Tidak semua alim ulama yang bersetuju dengan pandangan yang mengaitkan Barack Hussein Obama dengan peristiwa akhir zaman. Dunia memang berada di akhir zaman seperti pesanan Rasulullah SAW tetapi tiada siapa yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku yang paling penting untuk diri kita membuat persediaan menghadap akhir zaman.
Video Biografi Presiden Barack Hussein Obama
Barack Hussein Obama menjadi Presiden Amerika kedua melawat Malaysia selepas lawatan pertama Presiden Amerika, Presiden Lyndon Johnson pada tahun 1966. Memang ada banyak teori dan spekulasi yang menyatakan lawatan Presiden Obama ke Malaysia penuh dengan misteri dengan suasana dunia yang tidak menentu. Sebagai umat Islam kita hanya yakin pada satu ALLAH SWT yang akan menentukan untung nasib manusia di dunia bukan makhluk yang sememangnya lemah.
127 Comments
Mungkin obama adalah pemimpin yang dilatih oleh israel, bagi mengaburi masyarakat dunia terutama umat islam. pendapat aku sahaja.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Pendirian Barack Obama tidak banyak menyebelahi umat Islam. Pemikirannya tidak banyak menguntungkan orang Islam. Walaupun kurang agresif terhadap Islam berbanding sebelumnya, namun masih banyak perkara yang menyusahkan umat Islam. Mulut mungkin manis, tetapi dasarnya terang-terang menekan orang Islam, contohnya sokongan beliau terhadap Israel dan penjajahan di bumi Islam.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
wawa pun pernah tertanya agama yang dipegang oleh barack obama ni, kalau melihat sejarah keluarganya, memang dia islam. Seperti mana komen yang khadeejah hasmad katakan, mengapa dia menghantar askar untuk menyokong israel?
Semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau untuk kembali ke pangkal jalan yang benar.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Namun dia telah secara terang mengisytihar menghantar askar untuk menyokong Israel..
Tapi tiada siapa antara kita dapat menjangka apa yang bakal berlaku..
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
Oh? ayah dia Muslim? Tak tahu pula saya selama ini..
hmm apa la agendanya agaknya. moga kita di hindari perkara tak elok dari dunia luar. aman malaysia
Orang bukan Islam tapi bernama Islam sudah tak pelik lagi. di UK, nama Muhammad adalah nama yang paling banyak didaftarkan bersama2 nama Harry dan George.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia 2014
pelik kenapa rakyat america masih menyanjung Obama sedangkan beliaulah ygmemberkan arahan supaya membantu dan menyokong Israel utk serang Palestin.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia 2014
Dalam politik dunia, banyak benda lagi yang tersirat yang tidak dapat kita huraikan..
saya pernah terbaca dalam buku Art of Deception. Obama tidak pernah memeluk agama Islam atau Christian. Obama adalah Jewish. Tapi tak tahu lah kan.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia 2014
wallahualam. buku tu ada selit dari mana2 fakta atau bukti ke?
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
Masa awal-awal obama bertandingan untuk jawatan presiden, memang nampak mungkin dia boleh mendamaikan pertikaian tentang islamophobia.Tapi sekarang, tak pasti lah. Mungkin tanggapan saya salah.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
setelah isu Gaza diserang lagi baru-baru ini, sudah terselah lah Barack Obama ni cuma sembang.
kata nak baik dengan Islam… last-last tengok sama jer dengan pemimpin sebelumnya
Tak tahu status sebenar Obama samada Islam atau pun tidak.. jika benar harap beliau dapat membersihkan nama Islam di mata rakyatnya yg terkenal Islamophobia..atau beliau sama saja sepertimana bekas presiden2 AS lainnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
atau barrack obama hanya islam hanya pada nama? semoga dibukakan pintu olehNYa.
Curahan rasa JMR @ ..Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Hidayah Allah.. Allah berhak untuk memberi hidayah kepada mana-mana yang DIA mahu..
kita doakan bersama..
Curahan rasa Pendidik2u @ ..Pelawaan Calon Penulis Buku Teks Tahun 6 KSSR
apa-apa pun smoga beliau diberi hidayah
Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya
masal lawatan ke masjid negara, tak ditunjukkan si solat sunat tahiyatul masjid, jadi saya ragu2… dengan namanya yg ada nama Islam
Curahan rasa KelipKelip @ ..Galleta Biskut Homemade Rasa Mengasyikkan
Comments are closed.