Barack Hussein Obama agamanya dipertikaikan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia tidak pernah menyangka suatu hari nanti seorang berbangsa Afrika Amerika akan menjadi Presiden Amerika. Bukan setakat berbangsa Afrika Amerika tetapi lebih hebat bernama Islam itulah dia Presiden Barack Hussein Obama. Dilahirkan pada 4 Ogos 1961 di Honolulu Hawaii dari pasangan Ann Dunham dan Barack Obama Sr. yang merupakan seorang muslim berasal dari Kenya. Ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Nairobi pada tahun 1982. Ayah dan ibunya berpisah ketika Obama masih kecil dan ibunya berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia. Obama pernah menetap dan bersekolah di Jakarta.

Apa tujuan lawatan Barack Obama ke Malaysia?

Agama Presiden Barack Hussein Obama menjadi membincangan hangat di kalangan musuh politik dan di sosial media dan ramai yang sangsi dengan status agama Obama. Kesangsian sangat jelas kerana nama HUSSEIN yang merupakan nama cucu Rasulullah SAW. Tidak hairan bila banyak lawatan Obama ke negara Islam beliau pasti singgah di masjid seperti Masjid Negara ketika melawat Malaysia. Apa pun agama Obama aku mendoakan semuga beliau mendapat hidayah dari ALLAH.

Barack Hussein Obama menjadi susuk tubuh yang mengerakkan perubahan dunia dengan tagline “CHANGE” ketika bertanding jawatan Presiden Amerika penggal pertama. Ramai yang telah mengunakan aura Barack Obama seperti Anwar Ibrahim di Malaysia dan terkini Joko Widodo di Indoensia untuk merebut pemerintahan negara. Kepintaran Barack Hussein Obama berdebat memang dapat mengusik jiwa rakyat sehingga terpilih penggal kedua Presiden Amerika.

[box type=”shadow”]Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah” dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok, dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu”. – sumber [/box]

Ada juga analisa di kalangan pengkaji-kaji yang mengaitkan Barack Obama dengan akhir zaman, dengan kuasa sebagai Presiden Amerika akan menjadi manusia yang meruntuhkan Kaabah berdasarkan beberapa riwayat. Tidak semua alim ulama yang bersetuju dengan pandangan yang mengaitkan Barack Hussein Obama dengan peristiwa akhir zaman. Dunia memang berada di akhir zaman seperti pesanan Rasulullah SAW tetapi tiada siapa yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku yang paling penting untuk diri kita membuat persediaan menghadap akhir zaman.

Video Biografi Presiden Barack Hussein Obama

Barack Hussein Obama menjadi Presiden Amerika kedua melawat Malaysia selepas lawatan pertama Presiden Amerika, Presiden Lyndon Johnson pada tahun 1966. Memang ada banyak teori dan spekulasi yang menyatakan lawatan Presiden Obama ke Malaysia penuh dengan misteri dengan suasana dunia yang tidak menentu. Sebagai umat Islam kita hanya yakin pada satu ALLAH SWT yang akan menentukan untung nasib manusia di dunia bukan makhluk yang sememangnya lemah.


Spread the love

127 Comments

  1. Zaman ini adalah zaman yang penuh dgn fitnah dan dakyah2 yang menyesatkan. Sukar untuk memastikan sesuatu itu adalah kejadian sebenar, dirancang atau sekadar tohmahan. Yang penting kita tetap yakin akan kebenaran Al-Quran dan Hadis… serta percaya akan segala yg telah ditentukan itu tetap akan berlaku…
    Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cita-Citaku Ingin Menggapai PelangiMy Profile

  2. Sebenarnya, PG tak berapa mengikuti empunya nama Barack Hussein Obama. Pernah juga dengar orang memperkatakan tentang status agama Presiden Amerika ini. Tapi hujung pangkalnya bagi PG, mari kita lihat bagaimana peranan beliau sebagai Presiden Amerika menerajui sebuah negara yang selalu menjadi tajuk utama di media sosial ini.
    Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  3. Memang menjadi isu yang hangat berkaitan dengan agamanya tapi apa yang lebih penting peranannya dalam keamanan dunia dan juga dunia barat. Kuasa yang dimiliki untuk memimpin negaranya seolah-olah berat sebelah terhadap negara Islam.
    Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze RunnerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!