Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia tidak pernah menyangka suatu hari nanti seorang berbangsa Afrika Amerika akan menjadi Presiden Amerika. Bukan setakat berbangsa Afrika Amerika tetapi lebih hebat bernama Islam itulah dia Presiden Barack Hussein Obama. Dilahirkan pada 4 Ogos 1961 di Honolulu Hawaii dari pasangan Ann Dunham dan Barack Obama Sr. yang merupakan seorang muslim berasal dari Kenya. Ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Nairobi pada tahun 1982. Ayah dan ibunya berpisah ketika Obama masih kecil dan ibunya berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia. Obama pernah menetap dan bersekolah di Jakarta.
Agama Presiden Barack Hussein Obama menjadi membincangan hangat di kalangan musuh politik dan di sosial media dan ramai yang sangsi dengan status agama Obama. Kesangsian sangat jelas kerana nama HUSSEIN yang merupakan nama cucu Rasulullah SAW. Tidak hairan bila banyak lawatan Obama ke negara Islam beliau pasti singgah di masjid seperti Masjid Negara ketika melawat Malaysia. Apa pun agama Obama aku mendoakan semuga beliau mendapat hidayah dari ALLAH.
Barack Hussein Obama menjadi susuk tubuh yang mengerakkan perubahan dunia dengan tagline “CHANGE” ketika bertanding jawatan Presiden Amerika penggal pertama. Ramai yang telah mengunakan aura Barack Obama seperti Anwar Ibrahim di Malaysia dan terkini Joko Widodo di Indoensia untuk merebut pemerintahan negara. Kepintaran Barack Hussein Obama berdebat memang dapat mengusik jiwa rakyat sehingga terpilih penggal kedua Presiden Amerika.
[box type=”shadow”]Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah” dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok, dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu”. – sumber [/box]
Ada juga analisa di kalangan pengkaji-kaji yang mengaitkan Barack Obama dengan akhir zaman, dengan kuasa sebagai Presiden Amerika akan menjadi manusia yang meruntuhkan Kaabah berdasarkan beberapa riwayat. Tidak semua alim ulama yang bersetuju dengan pandangan yang mengaitkan Barack Hussein Obama dengan peristiwa akhir zaman. Dunia memang berada di akhir zaman seperti pesanan Rasulullah SAW tetapi tiada siapa yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku yang paling penting untuk diri kita membuat persediaan menghadap akhir zaman.
Video Biografi Presiden Barack Hussein Obama
Barack Hussein Obama menjadi Presiden Amerika kedua melawat Malaysia selepas lawatan pertama Presiden Amerika, Presiden Lyndon Johnson pada tahun 1966. Memang ada banyak teori dan spekulasi yang menyatakan lawatan Presiden Obama ke Malaysia penuh dengan misteri dengan suasana dunia yang tidak menentu. Sebagai umat Islam kita hanya yakin pada satu ALLAH SWT yang akan menentukan untung nasib manusia di dunia bukan makhluk yang sememangnya lemah.
127 Comments
Tak terlintas difikiran untuk sangsi terhadap Barack Obama. Di zaman Rasulullah dahulupun, baginda menyambut tetama bukan Islam dengan budi pekerti yang mulia, tidak ada perasaan prasangka terhadap orang bukan Islam malah dilayannya dengan penuh kemesraan. Semoga Allah beri hidayah kepada Presiden Amerika itu.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Lawatan Presiden Barack Obama Ke Malaysia
setiap orang berhak untuk pergi ke mana sahaja mereka mahu jika mematuhi peraturan dan undang2 di tempat tersebut…tiada siapa boleh halang hak dia…
semuanya bergantung kepada budi bicara tempat yang dia nak pergi sama ada mahu menerima atau tidak.
Curahan rasa Pendekar @ ..Pluggin SEO Terbaik Dari Pakar SEO
Harapan yeop bukan sekadar identiti sebagai Presiden Amerika tapi sekadar menjadi umat Islam seluruh dunia. Yeop rasa kalau beliau datang ke Arab Saudi baru yeop percaya. Tapi kalau datang untuk membebankan org lain baik pergi saja.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Hati Seorang Bakal Pengantin
boleh je beliau pergi Arab Saudi… tapi lawatan rasmi ke luar negara akan mengambil masa yang lama… banyak hal negara boleh tertangguh…
sebab itu pemimpin kerajaan tak di galakkan pergi ke luar negara sewenang2nya…
Curahan rasa Pendekar @ ..Macam Mana Cara Nak Menaikkan Ranking Alexa?
Berapa agaknya harga kereta Cadillac kalis peluru The Beast tu?
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Senarai Logo Halal Yang Diiktiraf JAKIM
Katanya 1USD 1 Juta. Kalau tak silap dengar kat berita Tv3. Atau gua tersalah dengar.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Lawatan Presiden Barack Obama Ke Malaysia
lebih mahal dari itu sebenarnya… kereta tersebut dilengkapi dengan teknologi2 canggih…
Curahan rasa Pendekar @ ..Ulasan Keputusan Penuh Perlawanan Chelsea VS Liverpool
hopefully kedatangan Obama lebih banyak bawa kebaikkan dari keburukkan…
semoga kebaikannya untuk semuanya… tiada pemimpin yang mahu menggadaikan masa depan dan negaranya secara wenang2nya…
percaya kepada pemimpin… itulah tanggungjawab kita…
Curahan rasa Pendekar @ ..Ulasan Keputusan Penuh Perlawanan Chelsea VS Liverpool
Tagline “CHANGE” beliau itu tersangat menarik,selain dari petah berucap , dia sangat peramah ..jadi tidak mustahil ramai yang menerima kedatangan beliau ke Malaysia dengan hati yang terbuka .
Curahan rasa wazy @ ..Produk Penjagaan Kulit Muka Dari Thursday Plantation
bukan tagline Hope ke bro?
Curahan rasa Pendekar @ ..Khidmat Servis Pakar SEO Malaysia
moge diberi hidayah…
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Setelah Tamat Pengajian
InsyaALLAH…mudah2an… amiinn…
Curahan rasa Pendekar @ ..Macam Mana Cara Nak Menaikkan Ranking Alexa?
Astaghfirullahalazim… tak pernah tahu ada hadis mengatakan bahawa dinding kaabah akan runtuh… sahih ke hadis tu? lama dah tak mengaji, sampai tak tahu pasal hadis ni… dan saya setuju dengan tuan, kena berharap kepada Allah swt jua… kalau nak jadi apa-apa pun sebenarnya tak hairan sebab sejarah berulang, hidup pun bagai roda… maknanya sesuatu yang pernah berlaku… boleh berlaku lagi sekali… jadi perkara terbaik adalah kembali ke jalan Allah swt… berpegang teguh dengan tali Allah serta eratkan silaturrahim…
Curahan rasa wafacw @ ..Frust Dan Demotivated
Tentang hadis saya memetik dari sumber dan ramai ustaz-ustaz yg menyebut hadis ini dalam taklim.
terima kasih untuk entri ni tuan sebab dah berjaya menenangkan hati yang resah sebab kedatangan barack obama ni :'(
Barack Obama ni biasa-biasa je bagi aku walaupun petah bercakap.
Curahan rasa Bahrain @ ..Kenapa Presiden Obama Datang Ke Malaysia?
manusia jugak…kencing berak macam kita jugak… haha…
Curahan rasa Pendekar @ ..Ulasan Keputusan Penuh Perlawanan Chelsea VS Liverpool
Kehadiran Obama ke Malaysia sememangnya mengundang pelbagai spekulasi. Diharap tiada agenda tersembunyi atau udang di sebalik mee melalui lawatan beliau ke Malaysia. Obama @ Obomba @ a Bomber 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Philippines vs Malaysia Peluang baiki Ranking FIFA
tak berani nak kata ada kisah di sebalik kedatangan si obama ni…hanya berfikir optimistik..
Curahan rasa hafiz @ ..Panduan peperiksaan Akauntan W41
Adakah Obama seorang muslim? itu adalah satu persoalan yang menarik. Secara zahirnya, kita tak nampak ciri2 keislaman baik dari segi kepimpinananya, ketenteraan mahupun peranannya di negara-negara Islam selain menjadi ‘pendamai’.
Tapi, saya berdoa agar dia diberikan hidayah oleh Allah satu hari nanti.
Isu nama Islam yang dimilikinya telah lama diperkatakan. Walaupun sejarah keluarga beliau mempunyai keturunan beragama Islam, tapi kita semua sedia maklum iman memang tak dapat diwarisi.
Semoga Allah lindungi umat Islam dari tangan-tangan yang membinasakan dan jauhkan kita semyua dari sifat munafik! Amin yarabbal alamin.
Curahan rasa Kenit Cinonet @ ..Tips Dapat Banyak Komen Macam Blog Denaihati
Tidak dinafikan apabila Barack Hussein Obama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat ramai yang sangsi tentang agama yang dianutinya. Banyak juga teori yang timbul apabila beliau dipilih. Apa yang buat beliau dihormati ialah beliau pandai berdebat. Sebab itu beliau disukai kawan dan lawan. Yang penting kita perlu memandang secara positif kehadiran beliau ke Malaysia.
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..DS Najib & Barack Obama Berselfie
saya pun ada juga banyak terbaca kisah perdebatan agamanya.. yang pastinya dia sudah di Malaysia…
Curahan rasa KiD @ ..WordPress Essential Denaihati Network
Baru tahu nama penuh dia Barack Hussein Obama.
Pernah tengok ucapan pertama beliau ketika bertanding jawatan presiden, memang dia ni pandai tarik perhatian melalui ucapannya. Mungkin juga sebab sifat periang yang dimilikinya.
Curahan rasa Afiq @ ..Contoh Soalan Akauntan W41: Panduan Peperiksaan 6 Mei 2014
Comments are closed.