Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demi bantuan RM500 ada juga yang cuba menipu menjual borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM50 sekeping. Bantuan kalau layak sebanyak RM500 nak kena bayar borang RM50 jadi siapa yang kaya. Sudah pastilah yang jual borang tu. Bayangkan kalau dapat jual 100 keping borang dah berapa diaorang dapat. Rakyat Malaysia ni memang kreatif ada je cara nak menangguk di air keroh. Kepada yang mencari borang jangan gopoh selain di LHDN, borang boleh didapati di media utama tempatan dan boleh download di banyak blog-blog yang menyediakan perkhidmatan.
Ada berbagai persoalan yang ditanya tentang kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ada yang bertanya bagaimana kalau suami yang ada dua isteri dan dua rumah? Ada juga yang bertanya bagaimana pulak kalau anak yang sudah berkeluarga yang masih tinggal dengan ibubapa? Bagaimana pulak dengan orang tua yang tinggal sebatang kara? Ada yang tanya RM3000 tu gaji pokok atau maasuk elaun? Tak percaya bacalah komen-komen di entri “Cara Tuntutan Bantuan RM500“.
Sefaham akulah RM3000 jumlah pendapatan seisi keluarga maksudnya dicampur semua pendapatan isteri dan suami. Untuk nak lebih faham sila lawat website Kementerian Kewangan Malaysia yang menerangkan dengan jelas berserta dengan info grafik. Kerajaan juga telah membuat keputusan untuk membayar kepada semua yang layak walaupun melebihi budget 2012 yang telah ditetapkan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia.
RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia yang kelihatan kecil jumlahnya tetapi sebenarnya akan memberi impak mikro ekonomi yang sangat besar untuk mengerakan ekonomi Malaysia.
TERKINI
1. Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
2. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15/1/2012 ini dalam bentuk baucar tunai SEHINGGA 15/3/2012.
3. Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
4. Pemohon boleh menghubungi talian hotline BR1M 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.
5. Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan Mac 2012 ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. – Utusan.
112 Comments
benda-benca camni tak payah nak tipu la. nanti masuk dalam perut anak bini jugak nanti
kan?…xpyh la sampai nak tipu2…x berkat..x jd drh dging lerr…
Curahan rasa dzuandiey @ ..masak kucing sebab balas dendam
tak baik betul amik kesmepatan sampai jual rm50 sekeping! giler ar…dasyat sungguh nak untung…fotostat baru seposen! print baru 30sen…aishhhhh..tak patot2….
Curahan rasa lin azlina @ ..?
sepatutnya kena bagi awal2 lagi sebab parent nk nato anak ke asrama nak pakai duit especially yg jauh2 tu..
Curahan rasa lin azlina @ ..?
dah nak masuk sekolah bulan depan ni,memang eloklah bantuan ni disalurkan pada waktu ini..boleh guna duit tu buat beli keperluan anak-anak ke sekolah..
Curahan rasa paihujey @ ..Percubaan pertama untuk live blogging
bila dah dapat bantuan ni kena gunakan dengan betul..contohnya buat beli keperluan rumah seharian..
Curahan rasa paihujey @ ..Perlukah Letak CommentLuv
rasanya mcm tak layak… terlebih skit saja… so saya tak apply… ramai lagi di luar sana yang lebih memerlukan
Curahan rasa saiful @ ..Proses Manipulasi Melampau…. ( 8 Gambar)
saya dah isi borang.. tunggu respon nanti. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway RM30 dalam 24 jam Siri 2
Saya baru nak isi borang…hehehe
Curahan rasa KDN @ ..Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati
teruk betul! benda macam ni pun ada pihak nak ambil kesempatan..
Curahan rasa unggu cyber @ ..Antara Spam, Seni Mengkritik Dan Personal Branding
tunggu balasan jela nanti ni sebab ambil kesempatan dari orang yang susah..
Curahan rasa paihujey @ ..Percubaan pertama untuk live blogging
emm..pandai diorang buat duit ye..
Curahan rasa titan @ ..Central South Mariner menang tipis
suka dengan ayat bro yang last itu…RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia yang kelihatan kecil jumlahnya tetapi sebenarnya akan memberi impak mikro ekonomi yang sangat besar untuk mengerakan ekonomi Malaysia…. Indeed, so true….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Give Away | Novel Ombak Rindu Cover Terbaru
ape ye maksud tersirat di sebalik ayat tu yer … 😉
Manusia memang selalu tak ada puas nya,tapi aku percaya pemerintahan malaysia lebih bijak dari indonesia dalam hal memberantas KKN {Korupsi,Kolusi dan Nepotisme}.
semoga semua masalah di malaysia cepat terselesaikan..amin.
Informasi yang membantu menyelesaikan kekeliruan. Thanks.
Curahan rasa Sparrow @ ..Gadget Impian: iPhone 4s Putih
rm50 utk satu borang?? x berbaloi tu..
jgn la buat bnde keji smpi jual borang rm50..haishh
semoga bantuan ni sdikit sbyk dpt membantu sesetengah pihak..
Comments are closed.