Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demi bantuan RM500 ada juga yang cuba menipu menjual borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM50 sekeping. Bantuan kalau layak sebanyak RM500 nak kena bayar borang RM50 jadi siapa yang kaya. Sudah pastilah yang jual borang tu. Bayangkan kalau dapat jual 100 keping borang dah berapa diaorang dapat. Rakyat Malaysia ni memang kreatif ada je cara nak menangguk di air keroh. Kepada yang mencari borang jangan gopoh selain di LHDN, borang boleh didapati di media utama tempatan dan boleh download di banyak blog-blog yang menyediakan perkhidmatan.
Ada berbagai persoalan yang ditanya tentang kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ada yang bertanya bagaimana kalau suami yang ada dua isteri dan dua rumah? Ada juga yang bertanya bagaimana pulak kalau anak yang sudah berkeluarga yang masih tinggal dengan ibubapa? Bagaimana pulak dengan orang tua yang tinggal sebatang kara? Ada yang tanya RM3000 tu gaji pokok atau maasuk elaun? Tak percaya bacalah komen-komen di entri “Cara Tuntutan Bantuan RM500“.
Sefaham akulah RM3000 jumlah pendapatan seisi keluarga maksudnya dicampur semua pendapatan isteri dan suami. Untuk nak lebih faham sila lawat website Kementerian Kewangan Malaysia yang menerangkan dengan jelas berserta dengan info grafik. Kerajaan juga telah membuat keputusan untuk membayar kepada semua yang layak walaupun melebihi budget 2012 yang telah ditetapkan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia.
RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia yang kelihatan kecil jumlahnya tetapi sebenarnya akan memberi impak mikro ekonomi yang sangat besar untuk mengerakan ekonomi Malaysia.
TERKINI
1. Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
2. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15/1/2012 ini dalam bentuk baucar tunai SEHINGGA 15/3/2012.
3. Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
4. Pemohon boleh menghubungi talian hotline BR1M 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.
5. Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan Mac 2012 ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. – Utusan.
112 Comments
Moga membantu rakyat n ekonomi berkembang lagi pesat.
Terima kasih pada kerajaan yang prihatin.
Apa jenis borang tu sampai RM50, kalau RM5 pun aku tak sanggup. Berilah kpd yg benar2 layak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Siapakah Mangsa Seterusnya?
itu cara orang nak ambil kesempatan.. bijak sungguh nak pekenakan orang
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway RM30 dalam 24 jam Siri 2
itu melampau….download je borang tu, pastu edar byk2..huhu..buat pahala.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..masak kucing sebab balas dendam
itulah saya ada baca borang ini pun jadi isu…
Curahan rasa azura @ ..Selangor FA The red giants itu haiwan apa?
Begitulah secebis manusia yg mempunyai sifat ingin mengambil kesempatan drpd kemudahan yg diberi. Sentiasa mencari jalan utk menipu org ramai yg masih keliru dgn BR1M, lebih2 lagi org2 tua. Kepada yg dpt tu pandai2 lah gunakannya utk kebaikan keluarga anda.
Curahan rasa sensasi2020 @ .."PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN"
semoga memang yang benar-benar membutuhkanlah yang mendapat bantuan seperti ini.. 🙂
Curahan rasa Majalah Masjid Kita @ ..SDIT Harapan Ummat
terima kasih di ats penerangan siapa layak dan tidak layak walaupun tinggal serumah.
sekarang baru terang lagi bersuluh..
Curahan rasa matmim @ ..Lagu hit akhir tahun 2011 ini membawa berita gembira kepada Penyokong BN?? Macamana tue ???
dan yg terbaru ada yg ckp bantuan rm500 ni slh 1 taktik kerajaan nk kenakan cukai pd rakyat. Katanya.. sebenarnya org yg bergaji rm2++ k je akan dpt supaya kerajaan dpt kenakan cukai pd mereka.. kononnnya yg keluarkan statement tu org dlm LHDN.. x tau la betul ke tidak
Curahan rasa lekatlekitgurl @ ..DIA HANYA MAHUKAN ISTERI BUKAN ANAK
Aku rasa bukan kerajaan nak kenakan rakyat tetapi kerajaan nak membantu rakyat disamping tu nak detect rakyat yang lari dari tanggungjawab membayar cukai pendapatan. Ramai sebenarnya rakyat yg lari dari tanggungjawab bayar cukai pendapatan.
sapa la pi buat kerja mcm tu, dan juga siapalah yg x reti smpi percaya borang tu rm50
Curahan rasa Juan @ ..Kelahiranku
biarlah yang betul2 layak sahaja yang terima.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Wordless Wednesday #16
harap kerajaan terus boleh bagi bantuan camni, tapi sekarang ni terlalu terbuka.. buat macam graham banks.. kecil-kecil je nak tolong orang yang betul-betul susah.
family aku boleh lah mintak ni, so terima kasih kerajaan. dan kepada yang jual form ni.. harap happylah dapat duit haram camtu.
Curahan rasa Izzat Aziz @ ..Pertama kali di Penang
org mcm ni pon ade…amik ksempatan je tau….
Curahan rasa Syapit @ ..NoTes HuJUnG sEm BuAt TeMaN2 kUh…
tak patut betul sape yang jual satu keping borang RM50. Orang nk bagi bantuan dia plak nk amik percent cket dari bantuan.
Curahan rasa Terbakor @ ..[Terbakor Gosip] Awie bergaduh besar di Langkawi, lapor polis lepas kena belasah?
aku x layak lagi.huhu
Curahan rasa mochan @ ..Costa Rica Real Estate – Getting Rich in the New Real Estate Boom – Real Estate – International Property
Asslm…
lintas 1dunia izin berlabun and tengok-tengok ni blog… 😀
baru hntar borang td..hope dpt rezeki..:-)
Curahan rasa ezuekhai @ ..Produk EMAS GCP untuk Pelaburan EMAS
Comments are closed.