Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demi bantuan RM500 ada juga yang cuba menipu menjual borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM50 sekeping. Bantuan kalau layak sebanyak RM500 nak kena bayar borang RM50 jadi siapa yang kaya. Sudah pastilah yang jual borang tu. Bayangkan kalau dapat jual 100 keping borang dah berapa diaorang dapat. Rakyat Malaysia ni memang kreatif ada je cara nak menangguk di air keroh. Kepada yang mencari borang jangan gopoh selain di LHDN, borang boleh didapati di media utama tempatan dan boleh download di banyak blog-blog yang menyediakan perkhidmatan.

Ada berbagai persoalan yang ditanya tentang kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ada yang bertanya bagaimana kalau suami yang ada dua isteri dan dua rumah? Ada juga yang bertanya bagaimana pulak kalau anak yang sudah berkeluarga yang masih tinggal dengan ibubapa? Bagaimana pulak dengan orang tua yang tinggal sebatang kara? Ada yang tanya RM3000 tu gaji pokok atau maasuk elaun? Tak percaya bacalah komen-komen di entri “Cara Tuntutan Bantuan RM500“.

Sefaham akulah RM3000 jumlah pendapatan seisi keluarga maksudnya dicampur semua pendapatan isteri dan suami. Untuk nak lebih faham sila lawat website Kementerian Kewangan Malaysia yang menerangkan dengan jelas berserta dengan info grafik. Kerajaan juga telah membuat keputusan untuk membayar kepada semua yang layak walaupun melebihi budget 2012 yang telah ditetapkan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia.

RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia yang kelihatan kecil jumlahnya tetapi sebenarnya akan memberi impak mikro ekonomi yang sangat besar untuk mengerakan ekonomi Malaysia.

TERKINI

1. Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.

2. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15/1/2012 ini dalam bentuk baucar tunai SEHINGGA 15/3/2012.

3. Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.

4. Pemohon boleh menghubungi talian hotline BR1M  1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.

5. Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan Mac 2012 ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. – Utusan.


Spread the love

112 Comments

  1. Kes jual borang tu adalah disebabkan kita tak baca akhbar arus perdana, kita nak tengok berita… Kita dok layan akhbar-akhbar fitnah… Lepas tu kena tipu beli borang percuma, kita salahkan kerajaan… Sdgkan kerajaan dah war-warkan borang ini adalah PERCUMA… Mereka yang mengambil kesempatan dengan menjual borang ni adalah mereka yang bijak mengambil kesempatan ke atas mereka yang dungu…
    Curahan rasa eXception @ ..Epic Failed!! Kesilapan Marketing Atau Strategi??My Profile

  2. Pertama nak bgtau BR1M ni diberi sekali sahaja… Soal cukai dikenakan tidak timbul, sebab ianya bukan pendapatan tetapi bantuan. Cukai pendapatan dikira berdasarkan pendapatan tahunan kita iaitu berdasarkan gaji yang kita terima termasuk elaun-2… Jgn percaya semua fitnah-2 ni… Mereka yg dok tabur fitnah ni sbnrnya cemburu dengan kerajaan… Mereka tak mampu nak buat semua ni, hanya mampu BERJANJI… Tapi banyak tak pernah ditunai… Jika was-was jangan mohon… Tapi ketahuilah, bahawa org yg dok tabur fitnah ni lah antara org yg pertama anta borang ni…
    Curahan rasa eXception @ ..Epic Failed!! Kesilapan Marketing Atau Strategi??My Profile

  3. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) .. Satu bantuan yang memang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Akan tetapi apa yang ada dalam kotak fikiran aku yang mana tidak menyebelahi mana-mana pihak atau parti politik, alangkah bagus jika budget untuk bantuan tersebut digunakan untuk melahirkan usahawan-usahawan kecil yang secaralangsung boleh menjana pendapatan negara. Sediakan satu program keusahawanan khusus untuk isirumah yang berpendapatan kurang daripada rm3000. Dari program tersebut RM500 bukan lagi RM500 pada masa akan datang InsyaAllah. Jika diberi terus kepada individu yang layak rasa nya tidak sampai satu hari sudah habis dibelanja.

    Walaubagaimanapun ini cuma satu perkongsian dari satu renungan.. Selamat Maju Jaya..
    Curahan rasa Pandangan Bebas @ ..WAKTU SOLAT FARDHUMy Profile

  4. Org yg menipu sebegini tak fikir halal atau haram, duit tu nnti beri pula mkn kpd ahli keluarga , tidakah terfikir makanan itu nnti mjadi darah daging,.. salah siapa bila tjadi masalah sosial bila mknan diberi bkn dari sumber yg baik..fikirkan. Semoga pihak2 yg mendapat duit rm500 dpt membelanjakan wang yg diberi utk kebaikan keluarga anda.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!