Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demi bantuan RM500 ada juga yang cuba menipu menjual borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM50 sekeping. Bantuan kalau layak sebanyak RM500 nak kena bayar borang RM50 jadi siapa yang kaya. Sudah pastilah yang jual borang tu. Bayangkan kalau dapat jual 100 keping borang dah berapa diaorang dapat. Rakyat Malaysia ni memang kreatif ada je cara nak menangguk di air keroh. Kepada yang mencari borang jangan gopoh selain di LHDN, borang boleh didapati di media utama tempatan dan boleh download di banyak blog-blog yang menyediakan perkhidmatan.
Ada berbagai persoalan yang ditanya tentang kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ada yang bertanya bagaimana kalau suami yang ada dua isteri dan dua rumah? Ada juga yang bertanya bagaimana pulak kalau anak yang sudah berkeluarga yang masih tinggal dengan ibubapa? Bagaimana pulak dengan orang tua yang tinggal sebatang kara? Ada yang tanya RM3000 tu gaji pokok atau maasuk elaun? Tak percaya bacalah komen-komen di entri “Cara Tuntutan Bantuan RM500“.
Sefaham akulah RM3000 jumlah pendapatan seisi keluarga maksudnya dicampur semua pendapatan isteri dan suami. Untuk nak lebih faham sila lawat website Kementerian Kewangan Malaysia yang menerangkan dengan jelas berserta dengan info grafik. Kerajaan juga telah membuat keputusan untuk membayar kepada semua yang layak walaupun melebihi budget 2012 yang telah ditetapkan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia.
RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia yang kelihatan kecil jumlahnya tetapi sebenarnya akan memberi impak mikro ekonomi yang sangat besar untuk mengerakan ekonomi Malaysia.
TERKINI
1. Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
2. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15/1/2012 ini dalam bentuk baucar tunai SEHINGGA 15/3/2012.
3. Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
4. Pemohon boleh menghubungi talian hotline BR1M 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.
5. Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan Mac 2012 ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. – Utusan.
112 Comments
ada juga ambil kesempatan nk jual borang ni..iss2
peh,teruk betul perangai..
Curahan rasa azrijohan @ ..Harimau Muda digeruni di Australia
saya gak ngerti bahasa malaysia mbak,,borang itu apa ya
Curahan rasa obat herbal penyakit kanker usus @ ..Cara ampuh mengobati sakit pinggang
Wahh kaye la klu jual borang camtuh
Curahan rasa Amir @ ..Gossip Nazmi Faiz Berhubungan Dengan Neelofa?
mmmmm..dlm permasalahan ini..jgn lah anda rasa terkejut kerana perkara penipuan adalah perkara biasa dan semacam dah jadi darah daging manusia yang sentiasa mengambil kesempatan bila ada peluang ..sedangkan borang tersebut juga boleh di perolehi di dalam Akhbar Utusan malaysia …
Dan juga anda berasa hairan sekiranya butir peribadi didalam borang tersebut juga akan di palsukan demi mendapatkan RM500 oleh mereka2 yang mempunyai pendapatan lebih dari RM3000 kerana keperluan di dalam borang tersebut terlalu simple…..
Apa yang penting kita sendiri jgn mengikut rentak sebegini kerana RM500 adalah sumber pendapatan kerajaan yang datangnya juga dari orang ramai..maka takutlah anda di akhirat kelak anda terpaksa merangkak dengan kepala anda penuh dengan bara api mencari setiap rakyat Malaysia yang membayar cukai untuk memohon ampun dari mereka gara2 RM500… sanggupkah anda??????
Curahan rasa aree @ ..2011 Fashion Trendys for Jewelry……
mintak jauh la yang ni..
Curahan rasa paihujey @ ..Perlukah Letak CommentLuv
adik sy kerja sambilan utk proses borang, katanya slip gaji diperlukan sebagai bukti gaji bawah RM3000
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 8 – Key Chain
Percaya tak kalau Ada yg berpakat buat slip gaji n dapat upah.
kreatif mereka ni, tp klu boleh biarlah dpt secara elok
Curahan rasa rosezha @ ..Apa yang aku buat
harap2 bantuan kepada ‘perlu’/needy ini tidak bermusim…dan biarlah bantuan itu lebih viable utk kelangsungan hidup yang berpanjangan…wallahuallam
Curahan rasa dinar @ ..Jika labur emas fizikal, emas tu nak simpan kat mana?
elok tiap-tiap tahun ada kan?hehe..
Curahan rasa paihujey @ ..Perlukah Letak CommentLuv
saya dah hantar 🙂
Adik ipar saya mengadu kepada saya ada pihak cuba menjual borang pada harga RM2.
Curahan rasa akubiomed @ ..Ralat: Pemberian RM500 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M)
mungkin kerajaan patut fikir sesuatu yg lain utk membantu rakyat terutamanya penganggur..bkn sekadar hanya bg duit yg boleh habis dlm masa sehari..
Curahan rasa faiz @ ..Hidup Yang Penuh Survival
knape la nk mnipu..huhu
Curahan rasa syu90 @ ..Win a Samsung Galaxy Y !!
Ide dah baik, tujuan pun baik tapi bila sampai bab respons, lain jadinya, nak menipu la, itu la ini la macam2
Curahan rasa shraqs @ ..Topik Blog Yang Kekal Evergreen
bagus gak program ni, ramai gak org kat kpg aku apply benda ni.. boleh meringankan beban mereka 🙂
Curahan rasa ZoOL @ ..Wordless Wednesday – Oh Hai, Bear
Program yg terus pada sasaran iaitu rakyat yg memerlukan
Bantuan Rakyat Miskin di Indonesia biasanya terbalik yang rakyat miskin menjual kepada orang berduit karena tidak sabar antri
Curahan rasa munir ardi @ ..Pilihan Diskon Hingga 90% di Sebuah Portal Pencarian Diskon Terbesar di Indonesia
ALHAMDULILLAH…sya layak….duit tu dapat simpan utk belanja time bersalin…anak2 masih belum sekolah..so…simpan la dulu…
Curahan rasa ERAH eiey @ ..SuPeR HoT GIVEAWAY BY AZFARAH AND KATIE
Comments are closed.