Bagaimana kalau saya ingin menjadi hebat macam awak?

Spread the love

Jadi macam saya? Apa ke hebat sangat ke? Tapi itulah realitinya. Banyak kali soalan seperti ini diajukan. Terutamanya mereka yang kerap rasa teruja apabila saya bercerita atau melihat saya mengendalikan komputer. Jangan bimbang… saya juga sama macam anda yang sedang membaca blog ini, tiada sebarang keistimewaan pun. Salam ceria dan salam mesra untuk pembaca DenaiHati.Com.

Mungkin mereka yang berkata begitu sebab mereka baru mengenali komputer pada usia yang agak lewat. Namun punya semangat yang berkobar-kobar untuk mempelajari sesuatu yang mencabar dan baru. Ada perasaan nak majukan diri dari sebelumnya. Itu satu perkembangan positif yang patut diberi dorongan atau sokongan.

Sekitar tahun 1998 sehingga 2004, komputer masih lagi sesuatu yang baru di Malaysia. Rata-rata pejabat tak kira sama ada institusi kerajaan ataupun swasta hanya mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua orang sahaja yang mahir mengendalikan computer. Selebihnya, semua kerja dikendalikan menggunakan buku log dan juga bahan catitan berdarjah (borang-borang) secara manual.

Pada waktu itu, siapa yang mahir menggunakan komputer, maka dialah seperti raja. Punyai fasiliti untuk mengawal segala macam bentuk kemudahan termasuk pendapat yang akan digunapakai oleh umum. Dalam pada itu, masyarakat akan menganggap, siapa yang pandai komputer, otaknya adalah genius…. (kata mereka la..) Dalam pada itu juga masih ramai yang takut-takut untuk menyentuh komputer. Tidak dinafikan ianya berlaku kepada warga kerja yang agak berusia atau senior..

[ad#serverfreak]

Bagi mereka, mengendalikan komputer merupakan satu bala yang kalau boleh dielakkan. Sebaliknya mereka silap kerana telah menutup sendiri peluang untuk memajukan diri. Jangan katakan nak mengendalikan komputer, nak menyentuh papan kekunci pon takut dengan alasan… takut rosak dan terus menjenamakan diri “TIDAK PANDAI KOMPUTER”

Ini hal realiti yang berlaku. Waktu itu komputer paling tak kurang harganya mencecah sehingga RM3,500 untuk satu set yang dikhususkan untuk tujuan operasi pejabat. Teringat lagi pada ketika itu saya yang masih baru dalam alam kerjaya, hanya memerhatikan sahaja perilaku perkerja senior yang takut untuk mengendalikan komputer. Mereka seolah-olah beranggapan bila mendekati kerja melibatkan komputer akan mendatangkan satu musibah.

Sebaliknya sekarang ni, apa yang dapat kita saksikan, penggunaan komputer telah meluas. Tak kira apa lapisan sekali pun, daripada warga emas sampai la ke suri rumah sepenuh masa sudah pandai menggunakan Facebook mahupun Twitter. Itu sudah cukup mengkagumkan di mana minda dan tanggapan masyarakat kita terhadap komputer dan teknologi telahpun berubah sama sekali. Walaupun tidak semua mampu menerimanya.

Sedikit sebanyak peredaran dan perubahan teknologi yang berlaku di Malaysia ini telah mengubah konsep dan cara rakyat kita berfikir daripada bawah tempurung kepada corak pemikiran yang agak kreatif. Kita sudah mula pandai menggunakan bahasa GOOGLE berbanding perkataan CARI. Kita juga sudah pandai persoalkan tentang HAK dan sesuatu pendapat. Kita juga mula mencari sumber maklumat sahih berhubung sesuati isu. Semuanya kerana perubahan drastik dalam teknologi maklumat dan komputer.

Sikap ingin tahu kita pada masa kini menjadikan kita setanding dengan mentaliti rakan-rakan kita yang lain.. Mereka yang telah berjaya atau bersama-sama mereka untuk berlumba dengan rakan yang lain untuk terus maju kehadapan. Mungkin ada juga yang masih di takuk lama!!! Takut akan perubahan atau menolak evolusi teknologi. Ianya terletak pada diri sendiri.

Akhir kata, sekiranya terdapat salah dan silap dalam catatan pada kali ini, saya menyusun sepulih jari kalau ada yang tersinggung dengan beberapa fakta yang telah saya keluarkan. Catatan ini akan disambung dalam keluaran yang akan datang.

Nota: Terima kasih kepada Saudara DenaiHati kerana memberi peluang untuk saya menjadi penulis jemputan pada kali ini. Salam ceria dan salam hormat.

Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya Azman Ishak yang merupakan seorang blogger yang sangat berbakat. Blog beliau  AzmanIshak.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging. Beliau juga adalah penulisan jemputan tetap di blog Hidup Biar Sedap.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

195 Comments

  1. stuju dgn pendapat saudara azman.. kalau nak jadi hebat, perlu berani berubah.. sebab melayu tak maju, kerana takut utk berubah..

  2. sekarang nih nak belajar it memang tak susah, budak2 baru merangkak pon dah boleh cam bunyi komputer atau bunyi dering hp, mana taknya dalam perut dah dengar benda2 tu yang dimainkan oleh ibunya… itu sekarang
    kalau zaman kita dulu2… tengok komputer pun takut macam2 akan jadi meletup ler… tu kawan2 punya citer gertak macam2 kedekut… sekarang dah boleh beli sendiri, pandai2 le
    Curahan rasa yangbaik @ ..Nuffnang Premiere Screening – The Chronicles of Narnia- The Voyage of the Dawn TreaderMy Profile

  3. graduan IT pun ramai yang masih terkapai2 lagi bila handle komputer, terutama perempuan walaupun gred diorang jauh lagi bagus dari lelaki. Tapi tak semua kot, cuma susah nak jumpa perempuan yang betul-betul mahir.
    Curahan rasa tarmizishukri @ ..Jalan Yang SukarMy Profile

    1. Hehe.. macam mana kalau kita kata time degree atau diploma tu dorang belajar untuk lulus jer? asal dapat degree dan diploma dah cukup bagi dorang?

      1. sekarang ni dah banyak open sources. code pon boleh copy paste. lepas tu alter sikit-sikit… then submit sebagai hasil kerja. macam tu la orang kita ni belajar sekarang.

        Katanya:-

        “Study Smart, but no way for hard”
        Curahan rasa Kreuger @ ..Abang- abang di manaMy Profile

  4. Bill Gates drop out dari Harvard. Steve Jobs tidak pernah menyelesaikan college. Masih banyak contoh lainnya. Tapi, apakah benar bahwa pendidikan formal tidak dibutuhkan?

    1. certifitate belum tentu lagi penentu kejayaan kalau seseorang individu itu hanya beranggapan…. “aku sangat pandai sebab ade IJAZAH” tapi input dan outputnya adalah kosong.
      Curahan rasa Kreuger @ ..Abang- abang di manaMy Profile

      1. Sedangkan yang ada PhD tu pun tidak semestinya tahu sangat pasal benda general.. Rasanya yang ada PhD dalam computer science tu mana dapat challenge technician bertaraf sijil di kedai komputer tu.. Nak Show dan Hide folder pun masih bertanya kat orang lain… Tapi tak semua macam tu kan. hanya segelintir jer.. bagi yang terasa tu, minta maaf.. tapi benda ni memang kenyataan.
        Curahan rasa Steward John @ ..Experience the infusion of Urban Music and Nature Inspired Music only in Stompin Sabah 2010My Profile

  5. Salah satu pertanyaan yang sering muncul dari penggemar IT adalah bagaimana caranya untuk menjadi pakar IT. Menjadi Pakar IT ternyata gampang-gampang susah, tetapi bukan hal yang mustahil dicapai asalkan ditekuni tiap-tiap hari.

  6. Dalam kehidupan kita mendatang (sekarangpun sudah tampak), sektor teknologi informasi dan telekomunikasi merupakan sektor yang cukup dominan. Siapa saja yang menguasai teknologi, akan menjadi pemimpin dalam dunianya.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Metrotik LaunchingMy Profile

  7. bijak IT merupakan satu kelebihan di dunia serba moden ni…sebab itu MSC sarankan rakyat agar berkecimpung dalam bidang IT sebab peluang pekerjaan dalam bidang tersebut meningkat dengan drastik menjelang tahun 2015 nanti
    apa pun, satu kepuasaan bila kita antara salah seorang yang bijak IT (-_-“)
    Curahan rasa afiq aiman @ ..Perkembangan Banjir Di Utara Tanah AirMy Profile

    1. Entah betul ker tak prediction dorang tu.. hari tu kata menjelang tahun 2010 permintaan terhadap graduan IT tinggi, tapi tengok trend sekarang banyak jer kolej tawarkan kursus perubatan dan Separa perubatan.. Kursus IT macam tak dipandang lagi ni.. Rasanya permintaan dalam bidang perubatan lagi meningkat nanti.
      Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s FilmMy Profile

  8. Senang jer.. kalau kita ada benda tu depan mata, kita latih guna benda tu, mesti boleh master lebih daripada yang tidak pernah pegang benda tu kan. Dulu kemungkinan faktor benda tu mahal, jadi orang pun takut nak pegang, takut rosak.. Benda macam tu pernah terjadi kepada rakan saya sewaktu zaman kolej dulu.. nak tekan power switch pun dah takut, nak tekan “on” button lagi takut.. Yer la, dulu harga PC bukannya murah sangat pun.. Sekarang ni RM1K pun dah boleh dapat..

    Sekarang ni, kalau pegi dekat institusi pendidikan, mesti boleh lihat cara bagaimana budak2 sekarang pegang laptop dorang tu.. macam buku jer dibawa kesana sini (dipegang tanpa bawa beg lagi tu).. Zaman saya dulu, laptop tu kena handle bagus2… kesana kemari kena bawa dengan beg sekali, takut rosak sebab benda bukan murah kan.. Entah 5 tahun kehadapan macam mana pulak, mesti laptop tu siap dilambung2 macam bola.

    Kalau kat pejabat rasanya banyak jer salahgunakan kemudahan komputer dengan internet… Dekat office saya dulu, tak sah kalau staff tak masuk FB biar pun time kerja.. Time lunch lagi la adoiiii.. melayan youtube berhabisan.. macam mana la nak pakar komputer macam tu.. disuruh send email, satu benda pun tak tahu, kalau disuruh cari videoklip kat youtube tu, cepat jer jari-jemari tu menaip.. hehe

    Yang penting ada teknologi depan mata tu, kenalah gunakan sebaiknya..
    Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s FilmMy Profile

      1. kekeke… sangat setuju dengan statement tu. mujut kat opis aku aku dah block semua social site. yang boleh access cume admin jer. kalau nkorang yang lain nak main internet kat pejabat macam cybercafe… sila la bawak berokben sendiri. haha kalau nak gune kampeni punye internet… sila ikut kepada prosidur dan polisi.

        P/S: macam hang cakap.. banyak pandai carik youtube.. tapi nak bukak outlook pon terkial-kial. Bila tak connect ke wifi, depa cakap server ade masalah. muahaha.. ade ke patut?
        Curahan rasa Kreuger @ ..Lawatan kekilang pembuat Gegelung Tenaga IronmanMy Profile

    1. Perkembangan sistem informasi dalam kehidupan manusia sebenarnya seiring dengan peradaban manusia itu sendiri yang sekarang sampai pada Teknologi Informasi. Informasi yang dibutuhkan, senantiasa dikekola, disampaikan juga terus dikembangkan, dari informasi yang sederhana seperti sekedar menggambarkan sesuatu yang bersifat indiidual, sampai pada informasi strategis seperti taktik bertempur.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Metrotik LaunchingMy Profile

      1. Salah satu sarana untuk memberi tahu keberadaan website adalah melalui Mesin Pencari (Search Engine). Dengan teknik dan cara-cara khusus, maka suatu website dapat ditemukan (bahkan menjadi posisi teratas) dari hasil pencarian saat seseorang mencari “kata kunci” tertentu didalam mesin pencari. Teknik atau cara ini dikenal sebagai SEO (Search Engine Optimization).
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Metrotik LaunchingMy Profile

  9. evolusi perkembangan komputer sangat pantas, sekarang semua orang sudah pandai menggunakan komputer, jadi kalau kita tidak mengambil kesempatan pada peluang yang terbentang luas itu, terasa seperti sedikit kerugian

    sekadar pandangan dari hamba
    Curahan rasa mijie @ ..Rezeki bulan novemberMy Profile

  10. betul tu.sayangnya ada juga yang tahu komputer pada zaman tu, tp besara awal. sekarang, hanya tahu ber email sahaja. dah read news paper online. walhal sebelum tu, pakar IT. memang berbeza zaman dulu dan kini. perubahan yang sangat cepat.

    nice azmanIshak.com. Like!
    Curahan rasa donha @ ..Nuffnang Premiere Screening–SkylineMy Profile

    1. Kalau sektor swasta.. memang wajib dah semua kene tahu pakai komputer bro. tapi ade lagi sesetengah agensi kerajaan cume menghadkan 1 atau 2 komputer untuk satu ruang legar pejabat yang besar. Jenuh la berebut-rebut. itu tak termasuk yang:

      “Alah.. hang pandai komputer… tolong buat sat untuk aku..”

      Nampak kan? masih ade lagi perkara ni. Meskipon kita sekarang melangkah ke alam Malaysia Maju. haiiissshhh~ *sigh*
      Curahan rasa Kreuger @ ..Lawatan kekilang pembuat Gegelung Tenaga IronmanMy Profile

          1. Hal pertama yang sangat penting menurut saya adalah passion, minat, kecintaan. Sama seperti bidang lain, penguasaan bidang IT harus disertai dengan adanya keinginan yang menggebu-gebu.
            Curahan rasa Bang Iwan @ ..Metrotik LaunchingMy Profile

            1. Penguasaan bidang IT tidak terjadi dalam waktu sekejap. Dia tidak bisa tercipta hanya dengan mengikuti sebuah seminar saja. Saya melihat banyak orang yang datang ke seminar dan kemudian berharap menjadi seorang jagoan.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Metrotik LaunchingMy Profile

            2. Ini sama seperti kita menonton pertandingan sepak bola dan kemudian pulang ke rumah berharap langsung menjadi jagoan sepak bola. Tidak bisa. Untuk menjadi pakar sungguhan dibutuhkan waktu tahunan, kecuali Anda mau sekedar menjadi “pakar”.

            3. Yang penting benda tu kena selalu latih.. baru la dapat kendalikan dengan baik.. macam juga nak drive kereta, kalau tak practice, mana la dapat memandu dengan baik

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!